Jika anda gemar berkunjung ke restoran yang menyajikan makanan Arab, tentu anda tidak akan terkecuali untuk mencuba pelbagai jenis manisan Arab yang sedap. Salah satu yang boleh dicuba di rumah ialah Mshabak. Rupanya seakan churros namun lebih manis. Memang sedap!
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 sudu makan tepung jagung
5 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan minyak bunga matahari/jagung
1 sudu teh yis / ragi
Air suam secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Ads
UNTUK SIRAP:
Ads
2 cawan gula
1 cawan air
2 sudu makan air mawar
½ biji lemon untuk perahan jus
Pewarna kuning / oren
CARA MEMASAK:
Untuk membuat sirap, cairkan gula kemudian tambahkan air mawar dan jus. Akhir sekali masukkan pewarna mengikut cita rasa. Ketepikan.
Untuk membuat doh; Gaul minyak bunga matahari/jagung, tepung gandum, yis dan tepung jagung, campurkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehinggan sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh di dalam minyak panas, pelbagai cara boleh digunakan untuk membentuk doh sama ada menggunakan acuan atau piping bag (seperti membuat churos).
Goreng doh sehingga perang keemasan dan kemudian angkat, tos dan rendamkan di dalam air gula yang telah dibuat sebelumnya.
Angkat dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apabila nampak buah mangga yang dijual warna kuning dan besar-besar, memang geram nak membelinya kan. Tapi bila beli, ada yang tak sempat nak menghabiskannya.
Apa kata, buah mangga yang ada boleh dijadikan hidangan pencuci mulut yang sedap dan menarik. Contohnya macam resipi puding mangga yang dikongsikan Muhammad Ali ini.
Nampak sedap dan menarik sekali. Cara buat pun mudah je. Selain untuk hidangan makan bersama keluarga, boleh juga dijadikan jualan sebagai pendapatan sampingan.
PUDING MANGGA
BAHAN LAPISAN PERTAMA (PUTIH) (guna loyang petak 8 inci)
4-5 biji mangga (nak kurangkan pun boleh) | potong dadu 8gm agar-agar tali 3 cawan air 50gm gula 130gm susu segar 30gm dairy whipping cream
300gm puree + 2 sudu sunquick mangga (kisar mangga, tapi sebelum kisar tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga. Dah kisar sila tapis)
1. LAPISAN PERTAMA (PUTIH): potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.
2. Letak atas api sederhana 8gm agar-agar tali + 3 cawan air. 3. Biarkan mendidih dan agar-agar tali tadi terurai. Masukkan 50gm gula. Dah larut, baru masukkan 130gm susu segar + 30gm dairy whipping cream.
4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap kemudian tutup api. 5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.
6. LAPISAN KEDUA (KUNING): Guna dalam 3-4 biji mangga. Api sederhana, masukkan 8gm agar-agar tali + 3 cawan air. 7. Bila mendidih masukkan 30gm gula.
Menu Arab memang kesukaan rakyat Malaysia. Aromanya yang berempah dan cukup wangi tu dari jauh dah boleh bau. Dah nikmati makanan berempah tu dibalas pulak dengan pencuci mulut lemak berkrim, terbaiklah.
Manisan Arab lemak berkrim dan manis itu kaya dengan rasa susu, mentega dan krim masakan yang lazat. Resipi dah ada dah ni, jomlah cuba asah skil masak menu Timur Tengah dulu, mesti famili anda teruja.
1. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan. 2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi. 3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi. 4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. LAMB SHANK BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging sehingga 30 minit 2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan. 3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit. 4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi. 5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan. 6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak. 7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato 8. Masukkan air rebusan kambing 9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium 10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang Waktu memasak : 1jam 40 minit Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF: Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
3. AYAM HANITH PANGGANG
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan dan gaul rata rempah hanith, garam dan pewarna saffron. 2. Ayam yang telah dibersihkan ditabur rata dengan rempah 3. Lapik lapisan aluminium di atas dulang, dan susun ayam di dalam dulang pembakar. 4. Taburkan bawang holland dan susun hirisan lemon di atas ayam. 5. Bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 250 darjah celcius selama 2 jam 6. Ayam masywi sedia dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Jus ayam yang terhasil bercampur rempah sungguh lazat
INFO CHEF: Ayam biar diperap dengan bahan-bahan ramuan agar rasanya lebih sebati dan meresap ke dalam daging
4. BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja. 3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar. 4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja. 5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya) 6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan. 7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm) 9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan. 10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi. 11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping Masa memasak: 1 jam 40 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis .
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
5. MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api. 2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu. 3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit. 4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit. 5. Perlahankan api selama lima minit. 6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan. 7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai. 8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas 9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu) Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
6. UMM ALI
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven ke suhu 190 C, bentangkan gulungan pastri dan letakkan di atas kertas minyak yang dialas atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit atau sehingga perang. 2. Campurkan kesemua bahan-bahan hingga sebati dan masukkan di dalam satu bekas/kuali dan panaskan hingga suam. 3. Kemudian potongkan puff pastri yang dibakar kepada ketulan kecil dan masukkan di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan campuran susu tadi ke atas puff pastri, biarkan direndam selama beberapa minit 4. Masukkan ke dalam bekas pembakar. 5. Masukkan ke dalam oven yang dipanaskan, dan bakar secara ‘steam bake’(meletakkan bekas berisi air di bawah loyang pembakar puff pasti tadi). 6. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 1 jam 35 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Puding tradisional negara Timur Tengah Keistimewaan : Lemak berkrim dan manis berempah
INFO CHEF : Boleh juga diletakkan kekacang seperti pistachio atau badam ke dalamnya. Umm Ali adalah pencuci mulut berasal dari Mesir. Ia seakan puding roti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya kalau dapat makan dadih sejuk. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Sekali buat, dapat 9 cawan dan boleh letak macam-macam perasa. Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Nur Haziqah ini.
CARA MUDAH BUAT DADIH HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN: 150gm gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Sukatan ini manis sedang-sedang sahaja) 20gm serbuk agar-agar – beli online disini 1 sudu makan tepung jagung – beli online disini 1 sudu teh garam 1 liter susu segar / susu kotak – beli online disini 500ml air Perasa pilihan ikut cita rasa ( empunya resipi guna serbuk koko dan 1/2 paket serbuk nescafe 3 in 1)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut. Guna api perlahan sekejap sehingga agar-agar larut kemudian baru guna api besar sampai mendidih.
2. Bila agar-agar sudah larut, tapiskan. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati. Tidak perlu masak bila lepas masukkan susu.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perisa kesukaan. Empunya resipi buat tiga perasa iaitu perasa susu, koko dan nescafe. Kalau guna nescafe ni masukkan 1/2 paket sahaja. Kalau masukkan satu pakett nanti manis sangat.
4. Masukkan campuran dadih ke dalam cawan dan biarkan sejuk.
5. Bila sudah sejuk, tutup cawan dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam.
6. Dadih homemade yang sedap sudah siap untuk dimakan.
7. Dadih ini bahagian bawahnya tidak berjeli. Kalau guna serbuk dadih paket, bawah akan berjeli.
8. Hasilnya. Dadih tidak cair dan tidak keras. Gedik-gedik macam puding sedut tu.