![lasagna roti murah](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design-21.png)
Lasagna merupakan makanan masakan Itali, namun ianya kini digemari oleh semua. Rupanya, ada cara buat lasagna yang sangat senang menggunakan roti.
LASAGNA ROTI
BAHAN-BAHAN:
- 12 keping roti
- 3 biji telur
- 200 ml susu segar
- 8 keping keju
- 1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
- 1 cekak daun sup
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 4 sudu besar sos lada hitam
- 4 sudu besar sos tomato
- 300 gram daging cincang
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 1 cubit garam dan gula
CARA MENEYDIAKAN:
Inti Daging
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
- Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
- Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan daun sup dan cili merah.
- Masak sehingga daging masak dan kering.
- Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti
- Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
- Pukul telur dan susu sehingga sebati.
- Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
- Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
- Susun kepingan keju ke atas daging.
- Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
- Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
- Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
- Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit: Mimie Ali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Pizza Homemade Lembut & Sedap. Memang Best Bila Buat Sendiri
![Resipi Pizza Homemade Lembut & Sedap. Memang Best Bila Buat Sendiri](https://cdn.rasa.my/2022/07/Untitled-design-2022-01-11T102521.853.png)
Pizza homemade resipi perkongsian saudari Shai Anne Ahemed ni nampak sangat sedap. Dari doh hinggalah ke topping, ringkas sahaja namun bila buat sendiri ni, bermacam-macam resipi boleh dicuba. Topping pun boleh letak mengikut selera dan cita rasa. Tak kedekut bahan! Silap haribulan, lebih mewah dan enak berbanding pizza di restoran. Jom cuba buat pizza homemade ni untuk keluarga. Pasti ramai yang suka.
CARA MEMBUAT PIZZA HOMEMADE YANG SEDAP
BAHAN DOH PIZZA:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan yis – beli online disini
1 sudu teh gula
2 cawan tepung gandum – diayak – beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pelembut roti (softener/bread improved) – beli online disini
2 sudu makan minyak sayuran atau minyak zaitun
BAHAN TOPPING:
Sos spageti secukupnya – beli online disini
Keju (empunya resipi guna cheddar dan mozzarella)
Bahan topping mengikut kegemaran masing-masing (sosej, pepperoni, capsicum, nanas, bawang, cili, tuna, daging kisar dan sebagainya)
CARA MEMASAK:
1.Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih (lebih kurang 15 minit).
2. Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti.
3. Masukkan minyak dan campuran yis tadi. Uli sehingga menjadi doh (boleh tambah @ kurangkan air mengikut kesesuaian)
4. Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda.
5. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
6. Sapu sos spageti pada doh dengan secukupnya.
7. Seterusnya tabur topping dan keju mengikut selera dan cita rasa masing-masing.
8. Bakar pizza selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 200C atau sehingga masak.
9. Pizza homemade enak sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Shai Anne Ahemed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sukun Goreng Cicah Sambal Kicap. Begini Cara Bancuh Tepungnya
Kuah Banyak, Tambah Sayur. Sedap Rupanya Daging Merah Masak Macam Ni
Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak. Sedap Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Roti Goreng Chesdale, Resipi Mudah & Sedap Dinikmati Bila-Bila Masa
![Roti Goreng Chesdale, Resipi Mudah & Sedap Dinikmati Bila-Bila Masa](https://cdn.rasa.my/2022/12/Top-Image-RASA-5.jpg)
Tercari-cari menu yang mudah untuk disediakan? Boleh cuba buat Roti Goreng Chesdale. Sesuai sangat dimasak untuk hidangan minum petang. Mudah tak tak renyah. Masak pula menggunakan Keju Cheddar Chesdale, memang bertambah enak la. Bukan saja menambah rasa, keju ini juga tinggi dengan kalsium dan protein menjadikan ia satu hidangan yan g berkhasiat untuk anak-anak.
ROTI GORENG CHESDALE
Bahan-bahan:
- 6 keping roti putih
- 6 keping Keju Cheddar Chesdale
- 2 biji telur
- 2 sudu makan susu UHT Full Cream Fernleaf
- 1 sudu teh chili flakes
- ½ sudu lada sulah
- Garam secukupnya
- Mentega Anchor Unsalted secukupnya
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
Cara-cara:
- Ambil sekeping roti lalu leperkan sedikit dengan rolling pin.
- Letakkan sekeping Keju Cheddar Chesdale ke atas roti. Ambil sekeping lagi roti yang telah dileperkan sedikit lalu tutupkan ke atas Keju Cheddar Chesdale.
- Ambil gelas yang permukaannya lebar lalu tekap roti tadi membentuk bulat. Kemaskan keliling roti tadi.
- Di dalam mangkuk, satukan telur, susu tepung Fernleaf, chili flakes, lada sulah dan garam secukupnya. Kacau rata.
- Panaskan 1-2 sudu makan mentega Anchor di dalam frying pan.
- Celupkan roti tadi ke dalam campuran telur lalu masukkan ke dalam frying pan.
- Goreng roti hingga perang dikedua-dua bahagian.
- Hidangkan panas bersama sos kegemaran.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Donut Susu Gebu & Lembut Gerenti Berebut Anak-Anak Makan
Buat Kek Planta Cara Orang Lama, Guna Dapur Gas Tak Mengecewakan
Ikan Bilis Hancur, Tumis Pedas-Pedas Jadi Lauk Penyedap Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Shawarma Daging Homemade Sedap Ala Bukit Bintang
![Resipi Shawarma Daging Homemade Sedap Ala Bukit Bintang](https://cdn.rasa.my/2023/09/Untitled-design-50.jpg)
Sedapnya andai dapat menikmati Shawarma Wrap homemade ni. Tak perlu lagi ke restoran untuk makan sajian Timur Tengah yang enak. Anda sendiri boleh masak di rumah untuk ahli keluarga tercinta dengan kos yang jauh lebih murah.
Bukan setakat intinya dimasak sendiri, bahkan rotinya juga anda boleh buat secara homemade. Mudah sangat. Pasti puas hati melihat juadah yang terhidang.
Nak cuba? Saudari Ida Alina Salleh ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-cara menyediakan sajian istimewa ini. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT SHAWARMA HOMEMADE
RESIPI ROTI LAFFA (NIPIS, TAK MACAM ROTI PITA) UNTUK SHAWARMA:
BAHAN-BAHAN A:
1 1/2 cawan air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar yis kering (macam mauri pan) – beli online disini
BAHAN-BAHAN B:
3 cawan tepung gandum apa-apa jenama pun
2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak zaitun
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan A. Campurkan semua hingga berbuih.
2.Dalam mangkuk lain campurkan tepung gandum dan garam.
3. Bila adunan yis sudah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit.
4. Masukkan minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk.
5. Bahagikan adunan kepada 8 bahagian. Buat bulat-bulat.
6. Panaskan grill pan. Canai nipis doh tadi dan letak dalam grill pan.
7. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila sudah mula gelembung-gelembung, terbalikkan.
![Resipi Shawarma Daging Homemade Sedap Ala Bukit Bintang](//www.rasa.my/wp-content/plugins/a3-lazy-load/assets/images/lazy_placeholder.gif)
8. Masak lagi roti dalam 30 saat – 1 minit. Angkat dan letak dalam bekas suam.
9. Untuk membuat Shawarma, ambil sekeping roti, letak daging / ayam, parsli, grilled tomatoes, pickles dan lettuce kalau suka. Tambah Sos Tahini. Sos Toum untuk shawarma ayam.
RESIPI DAGING SHAWARMA:
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1/4 cawan jus lemon segar
1/4 cawan cuka putih
1/4 cawan minyak zaitun
BAHAN-BAHAN A (KISAR KERING):
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil “all spice” – beli online disini
1/2 sudu kecil serbuk cardamom / serbuk buah pelaga – beli online disini
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis – beli online disini
1/2 sudu kecil oregano / thyme
1/2 sudu kecil serbuk buah pala – beli online disini
1/2 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk halia – beli online disini
1/4 sudu kecil serbuk cili
![Resipi Shawarma Daging Homemade Sedap Ala Bukit Bintang](https://cdn.rasa.my/2023/09/286723831_10161807264093098_76954717385389670_n.jpg)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan-bahan A dan kisar kering hingga jadi serbuk.
2.Campurkan serbuk yang dikisar tadi dengan jus lemon, cuka dan minyak zaitun. Sebatikan.
3.Lumur campuran pda daging dan biarkan semalaman. Boleh guna daging bahagian “culotte”, steak ribeye, flank steak atau skirt steak. Boleh juga gantikan dengan thigh ayam yang sudah dibuang tulang atau dada ayam.
4. Untuk memasaknya, nyahbekukan daging dan masak atas pemanggang hingga separuh masak.
5. Keluarkan daging dan rehatkan. Hiris nipis.
6. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga sampai tahap masak yang disukai. Ketepikan.
RESIPI SOS TAHINI:
BAHAN-BAHAN:
2 sudu teh pes tahini – beli online disini
3 ulas bawang putih
1/2 cawan lemon jus
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kisar halus.
RESIPI SOS BAWANG PUTIH (TOUM):
BAHAN-BAHAN:
7 ulas bawang putih – kupas & hiris
1 putih telur
2/3 cawan minyak sayur
1 sudu besar jus lemon
Garam sedikit
CARA MEMASAK:
1.Kisar putih telur dengan bawang putih.
2. Bila bawang putih sudah halus, sambil dikisar, masukkan minyak dengan aliran tetap secara perlahan-lahan. Adunan akan memekat.
3. Teruskan tuang minyak hingga adunan menjadi agak kental. Sos toum ni lebih kental dari mayones.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Kisar hingga sebati.
5. Hidangkan bersama Shawarma (sesuai untuk Shawarma Ayam)
Kredit resipi & foto: Ida Alina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official