Tak perlu tunggu ada acara keluarga baru nak buat mix fruit cocktail ni. Bila-bila terasa nak makan, boleh saja sediakan. Campuran pelbagai buah-buahan di dalam tin ni memang memberi rasa yang sempurna.
Tambah pula bila cuaca panas, bila ada minuman begini pasti tak cukup segelas. Buat dan hidang untuk keluarga, pasti semua ulang kali minum.
MIX FRUIT COCKTAIL
Bahan-bahan:
2 peket Jelly sumi
2 tin susu cair ideal
4 sudu besar susu pekat
1 tin buah peach (suka brand Hosen – sliced)
1 tin fruit cocktail (Brand Hosen)
1 tin longan
1 bekas nata de coco
2 biji kuning telur
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu esen vanilla
4 sudu besar gula pasir
Cara membuat:
1.Saya tambah 2 cawan air (sebab tak suka manis sangat)
2.Buah-buahan asingkan dan masuk terus dalam bekas hiding.
3.Satukan bahan-bahan cair (kuah dari tin peach, longan, mix fruit, nata de coco dan susu cair) dalam periuk.
Ads
4.Masukkan kuning telur dan esen vanila.
5.Custard tu kacau dulu dengan air bagi sebati baru campur dalam periuk.Kalau tak nanti berketul-ketul (nak bagi kuah pekat sikit)
6.Dah satukan semua baru hidupkan api perlahan je, tak masak kuah sampai sebati, tak perlu panas sangat.
7.Sejuk je campurkan dalam mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi.
Note:Bila nak makan baru masukkan ais dalam mangkuk dan cedok cocktail ni.
Salah satu jenis kacang yang banyak khasiatnya adalah badam atau almond. Rasanya sedap. Badam mempunyai kulit yang cukup keras sehingga susah untuk dipecahkan. Harga badam juga agak mahal berbanding kacang lain. Hal ini membuatkan kita tertanya-tanya apa khasiat yang ada pada sebiji badam sehingga harganya agak tinggi?
Kacang badam mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walau mahal, ada yang gemar membelinya untuk dijadikan sebagai kudapan. Ini kerana khasiatnya yang tinggi untuk tubuh. Sama ada dijadikan kudapan begitu sahaja, mahukan dikisar untuk dijadikan sebagai minuman berbentuk susu.
1) Kacang badam dipercayai boleh membantu menguatkan jantung. Ini kerana kandungan magnesium, kalsium dan zat yang bagus-bagus ada pada sebiji badam. Paling penting cara memasak badam tersebut. Jangan digoreng kerana jika sudah bercampur dengan minyak, khasiatnya sudah tidak seperti asal.
2) Kadang badam juga membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. Kandungan vitamin E dalam kacang ini boleh menambah kolesterol baik dalam badan.
3) Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, elok makan kacang badam bagi membantu menurunkan kadar tekanan darah. Malah kacang badam juga boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.
4) Bagi anda yang sedang berdiet pula, elok jika amalkan menu yang mempunyai badam. Malah boleh turut membantu meningkatkan imunisasi badan kerana mempunya kandungan vitamin E, B1, B2 dan B3.
BAHAN-BAHAN
30 gram tepung jagung*
250 gram tepung naik sendiri*
250 gram mentega
140 gram gula perang
1 biji telur ayam gred B
1 sudu teh esen vanila
BAHAN HIASAN
150 gram butterscotch
150 gram badam (cencang dan hiris disangai)
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung jagung dan tepung naik sendiri. Ayak. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula perang sehingga sebati.
3. Masukkan telur ayam dan esen vanila. Pukul sebati.
4. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi. Gaul guna spatula sehingga doh jadi lembut.
5. Masukkan butterscotch dan badam cencang. Gaul sebati.
6. Kemudian sudukan dalam cawan kertas.
6. Bakar pada suhu 170°c api atas dan bawah selama 20 minit. Hiaskan dengan badam hiris di bahagian atas.
BAHAN-BAHAN
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Badam dibasuh bersih dan kemudian direndam semalaman.
2. Bilas badam dan kisar halus bersama air.
3. Tapis bahan kisaran tadi dalam periuk. Kemudian masak atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan esen vanila dan garam.
4. Selepas mendidih, sejukkan dahulu. Boleh minum ketika suam.
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder. Kacau secara kaup balik. Masukkan susu cair dan esen vanila. Kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam dulang pembakar. Tabur badam ke atasnya. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
BAHAN-BAHAN
2 cawan badam (jangan buang kulit)
1/4 cawan gula halus
1 sudu besar garam
2 sudu besar madu
2 sudu besar air
2 sudu besar minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Bakarkan badam dalam oven pada suhu 180’C selama 15 minit atau sampai badam masak. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2. Gaulkan gula halus dan garam dalam mangkuk.
3. Dalam kuali, panaskan madu, air dan minyak masak. Didihkan dengan api yang kecik.
4. Masukkan badam bakar tadi dan terus kacau sampai kering lebih kurang 5 minit. Terus masuk dalam campuran gula dan garam tadi. Gaul dan salut rata. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jus! Mendengarkan namanya saja sudah cukup membuat hati ceria. Apatah pula, di tengah hari yang panas terik, segelas jus pasti mampu menghilangkan rasa dahaga sekali gus menyegarkan tubuh badan. Tahukah anda, hampir keseluruhan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dikisar dan dijadikan jus minuman?
Malah terkini, terdapatnya campuran antara jus buah-buahan dan sayur-sayuran di pasaran. Memang sedap! Nak cuba buat sendiri? Jom lihat seleksi buah dan sayur yang paling sesuai dijadikan jus harian anda.
1. TIMUN
Timun atau mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai sayur-sayuran. Ia juga tergolong dalam keluarga yang sama dengan tembikai dan labu. Timun boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Timun mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, B2 dan vitamin C. Jus timun elok diminum ketika sakit tekak dan batuk-batuk. Malah, timun juga sesuai diamalkan oleh individu yang menghadapi masalah membuang air besar.
2. ROSELLE
Hibiscus sabdariffa L. atau lebih dikenali dengan nama roselle dikatakan berasal dari India. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis makanan seperti halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Roselle mengandungi vitamin C melebihi 20 kali ganda berbanding buah limau. Malah roselle juga dikatakan berupaya merawat demam panas, selesema, resdung, asma dan insomnia. Selain itu, roselle juga dikatakan boleh bertindak sebagai pencegah penyakit kardiovaskular, anti penuaan dan anti kanser.
3. KELAPA
Antara minuman kegemaran rakyat Malaysia dan mudah didapati setiap hari. Selain diminum begitu sahaja, air kelapa juga boleh digunakan untuk menghasilkan Coconut Shake, pudding, agar-agar dan bermacam-macam lagi. Malah mengikut amalam orang dahulu kala, air kelapa juga boleh dijadikan penawar untuk mengatasi masalah keracunan, cirit-birit, demam panas, bronkitis dan kesukaran membuang air kecil dan besar.
4. TOMATO
Buah tomato boleh dimakan mentah dan dimasak. Malah, ia juga boleh dijadikan jus minuman. Ini kerana tomato mengandungi vitamin C yang tinggi dan bertindak sebagai anti oksidan. Tomato juga tidak menggemukkan kerana ia mengandungi 21 kalori sahaja. Kandungan airnya yang tinggi iaitu lebih daripada 90 peratus menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar dari badan ketika sedang berdiet.
5. LOBAK MERAH
Lobak merah bukan sahaja mampu mengurangkan kedut pada wajah, malahan amat bagus untuk kesihatan mata anda. Ini kerana lobak merah kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Sebaiknya pengambilan jus lobak setiap seminggu sekali amat digalakkan untuk menjaga mata yang sihat dan menawan.
6. PEGAGA
Selain dinikmati secara mentah sebagai ulam-ulaman, pegaga juga sedap dijadikan minuman. Caranya mudah sahaja. Campurkan 7-11 helai daun pegaga bersama 1 gelas air suam. Kisar dan tapis. Kemudian campurkan madu atau gula dengan secukupnya. Jika suka, boleh juga tambahkan susu segar. Amalkan seminggu sekali sebagai amalan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda.
7. ALOE VERA
Tumbuhan dari keluarga kaktus yang sangat banyak manfaat dan mudah ditanam. Maka tidak hairanlah ia sudah mula digunakan sejak zaman kuno Mesir. Aloe vera mengandungi bahan-bahan yang berkesan merawat masalah kulit seperti luka, kering dan menggelupas. Malah minuman dari bahan ini dikatakan bagus untuk menyejukkan badan. Untuk menyediakan jus aloe vera, anda perlu ambil daun lidah buaya yang matang. Kemudian buang kulit dan potong dadu isinya. Seterusnya didihkan air dan masukkan potongan aloe vera tadi bersama daun pandan serta gula secukupnya. Biarkan mendidih selama 3-4 minit dan sejukkan.
8. SERAI
Terkenal sebagai herba yang kaya dengan khasiat dan manfaat. Air rebusan serai mempunyai rasa yang sedikit pedas namun berkhasiat untuk merawat sakit kepala, menghilangkan kembung, membuang angin dan menyegarkan tubuh.
9. HALIA
Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menambah tenaga dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Malah ia juga dikatakan boleh mengawal demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Di pasaran, ada dijual teh halia segera. Namun jika nak dihasilkan secara homemade pun mudah sahaja. Ambil beberapa keeping hirisan halia dan masukkan ke dalam cawan berisi air panas atau air teh. Biarkan seketika dan minum semasa masih hangat. Memang menyegarkan.
10. DURIAN BELANDA
Batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat. Menurut kajian, durian belanda mampu merawat dan mengelakkan individu daripada mendapat penyakit kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Untuk menikmati jusnya, hanya kisar isi durian belanda bersama air ikut kepekatan yang digemari. Malah isi durian belanda juga boleh disejukbekukan dan disimpan lama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Air Bunga Telang Selasih Lemon, nampak pun dah menggiurkan terutama bulan puasa nanti. Jika ada menanam pokok bunga telang ini di rumah, apa kata gunakan untuk membuat minuman istimewa dan menyegarkan ini untuk berbuka puasa nanti.
Sirap bunga telang ini bukan sahaja cantik malah juga punya khasiat tersendiri kerana tumbuhan ini memang diketahui ada banyak manfaat untuk kesihatan. Dikongsi Ibu Azzah, air ini dah tentu menyegarkan tekak yang seharian menahan dahaga apatah lagi dengan gabungan laici, lemon dan juga selasih. Memang lain dari yang lain.
Bahan A
2 genggam atau 150g bunga telang (basuh bersih dan toskan)
2000ml air
3 helai daun pandan (simpulkan)
5 batang serai (ketuk)
Bahan B
1 plastik besar air batu
1 bekas besar nata de coco (laici)
2 tin laici
150g biji selasih (rendam dalam air sehingga kembang)
13 batang serai (ketuk)
10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja)
5 biji lemon (hiris nipis)
Bahan C
Air gula (perlu dimasak asing dan di isi di dalam cawan apabila hendak diminum sahaja)
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus anggaran 10 ke 15 minit, kemudian tapis.
2. Kemudian, masukkan semua bahan B ke dalam balang berserta air rebusan bunga telang, kacau sebati.
3. Masukkan air gula ke dalam cawan dan diikuti bancuhan air bunga telang. Sedia untuk di minum.
Nota: Sukatan bahan untuk kuantiti balang, boleh kurangkan untuk hidangan keluarga.
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.