Syoknya dapat minum segelas teh di pagi hari. Nak buat teh yang sedap seperti Teh Pakistan Mashyur ini ada caranya. Hirup ketika air teh masih panas suam memang nikmat rasanya. Bagi cikgu Afy AL Habibi, teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya. Tanpa dicampur gula secara langsung. Kaw rasanya, wangi lemak dan manis-manis buah. Memang terbaik.
Teh Pakistan Mashyur
Ini bahan-bahan:
7 uncang teh wangi ros: koyakkan setiap uncang. ( kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je) Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter) 50 ml susu segar *nak sedap guna susu full cream goodday* 1/5 susu tin (tambah /kurangkan ikut kuantiti air) Untuk melemakkan rasa teh dan memberi kelainan rasa, tambah secubit dua garam
Cara membuat:
1.Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada perbezaan kacau dengan air panas biasa.
2. Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.
3.Kacau sesekali.*boleh adjust rasa susunya*
4.Tutup api selepas teh betul-betul mendidih/ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
Ads
5.Cikgu suka tapis dengan penapis teh kain.
6.Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih. Ini rahsia teh sedap.
Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila berbuka, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh. Jus Limau Kasturi bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi dalam masa yang sama baik untuk melegakan sakit tekak, demam dan sakit kepala. Jom kita cuba buat Jus Limau Kasturi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Masyirah Mat Saad
JUS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji limau kasturi – BELI ONLINE 2 sudu besar gula (ikut cita rasa) – BELI ONLINE 1 1/2 cawan air Asam boi – BELI ONLINE Ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan limau kasturi dan buang bijinya.
2. Kisar bersama air dan gula. Jangan terlalu lama nanti jadi pahit pula.
3. Selepas dikisar, tapis dan ambil air jusnya.
4. Hidangkan bersama ais dan asam boi.
5. Jika suka boleh letak sedikit hampas kulit limau kasturi yang dikisar tadi. Tabur dalam jus limau kasturi.
Suka minum teh tarik? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurdeanna Affendi ni. Mudah, sedap, kaw dan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak. Memang terbaik!
TEH TARIK SUPER KAW
BAHAN-BAHAN:
( bahan-bahan diatas boleh agak-agak. Jangan takut letak lebih bahan sampai dapat rasa ‘kaw’ yang diingini.)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sampai menggelegak. Masukkan semua teh, kacau dan biarkan 5 minit.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau lagi dan biarkan masak dalam 5 minit.
3. Rasa air. Tambah bahan yang diperlukan sampai dapat rasa yang diingini.
Sepanjang tahun 2022, pelbagai resepi menarik muncul dan buat anda terliur ingin mencuba. Ini antara senarai menu makanan buat anda ketagih nak makan dan boleh juga masak untuk hidangan sekeluarga dan tetamu yang bakal datang tahun baru nanti.
1.KARI AYAM BANGLADESH
Bahan-bahan:
4 kg ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
4-5 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
1 inci halia
1 sudu besar jintan putih
2 batang kayu manis
7 biji pelaga
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/4 cawan minyak masak
1/2 sudu besar garam
1 1/2 cawan air
2 biji kentang
Penyediaan bahan:
1.Hiris nipis bawang besar. Potong kasar bawang putih, bawang merah kecil, halia, cili padi dan cili merah besar.
2.Potong kentang kepada 4 bahagian.
3.Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah, halia, jintan putih dan buah pelaga.
Cara memasak:
1.Dalam kuali, masukkan ayam, bahan tumbuk halus, bawang besar, kulit kayu manis, serbuk kari daging, serbuk kunyit, garam dan minyak masak.
2.Gaul sebati kesemua bahan.
3.Tambah air, tutup kuali dan masak dengan api perlahan.
4.Masukkan kentang, sedikit air dan sambung masak sampai kentang empuk dan minyak terapung.
5.Boleh tambah air untuk lebih berkuah.
6.Hidang bersama nasi panas.
Kredit: Che Nom
2.DONUT RED VELVET
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum 1 sudu besar yis instant 1 sudu besar gula 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar emulco Red Velvet ¾ cawan air suam Secubit garam 1 sudu besar marjerin
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin. Gaul dan uli sampai sebati
3.Bentukkan jadi donat guna acuan/tangan. Perap lagi 20-30 minit. 4. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Siap untuk dihidang.
Kredit: Khairunnisa Mohammad
3.CRAB RANGOON
Bahan-bahan kulit: ( jika guna kulit wantan segera, abaikan bahan ini) 2 cawan tepung gandum 4 sudu makan marjerin Air secukup untuk jadikan doh
Cara membuat: 1.Ramas marjerin dengan tepung sampai jadi peroi. 2. Tambah air sedikit demi sedikit sampai jadi doh. 3. Ketepikan doh. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.
Bahan-bahan inti: 1 cawan isi ketam (boleh guna isi ketam tiruan @ crabstick) 1 cawan krim keju / cream cheese ¼ cawan daun sup + daun bawang (ikut selera) Garam secukup rasa Lada hitam secukupnya 1 biji telur – jika suka
Cara membuat: 1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sekata. 2. Jika nak jadikan lebihan inti ini sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada sandwich / croissant, tidak perlu letak telur.
Cara memasak: 1. Ambil doh yang telah direhatkan tadi. Canai doh dengan ketebalan yang tidak terlalu tebal dan nipis. Sedang-sedang sahaja.
Kredit: Hazneza binti Abdul Hamid
4.RAINDROP CAKE@ JAPANESE WATER CAKE
Bahan-bahan: 1 paket Konyaku Jelly Powder / serbuk agar agar 950ml air 250gm gula halus Pewarna – jika suka Gula merah Serbuk kacang tanah
Cara memasak: 1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.
1 biji buah tomato | dihiris 1/2 labu bawang besar Holland Sejengkal batang saleri Segenggam daun ketumbar 1 biji cili merah besar 1 sudu sos ikan (jika suka) 1 sudu air asam limau (jika suka) 2 paket rempah maggie siam (yang ada dalam paket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
250g tepung high protein 1 biji kuning telur 120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung kadang tak sama) 1 sudu besar susu tepung fernleaf full cream 40g gula 30g mentega 2-3g yis
*doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras, donut akan keras. Cukup sekadar tak melekat di tangan dan mudah untuk dirounding* (untuk 500gm boleh gandakan adunan)
Bahan-bahan: 2 cawan ubi keledek oren (direbus & dilenyek) 1/2 cawan tepung ubi 1/2 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung jagung 5 sudu besar gula 1 sudu besar serbuk penaik Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat: 1. Dalam bekas, satukan semua bahan. 2. Gaul sebati sehingga menjadi doh. 3. Bulat-bulatkan doh sehingga habis.