BAHAN-BAHAN:

BAHAN A

  • 454gm lobak |parut kasar
  • 3 biji telur
  • 125ml buttermilk
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 450gm gula
  • 250ml minyak sayur-sayuran
  • 1 sudu makan parutan kulit oren

 

BAHAN B (AYAK):

  • 375gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

 

IKLAN

BAHAN UNTUK MEMBUAT MERINGUE:

  • 4 biji telur putih
  • 180gm gula kastor
  • ½ sudu teh cream of tartar
  • 1sudu teh esen vanila

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan telur, buttermilk, esen vanila, gula, minyak sayur  dan parutan kulit oren. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan bahan B. Gaul sekata.
  3. Setelah itu masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam acuan kek cawan yang telah disusun di dalam loyang dan bakar selama 25 minit pada suhu 165C.
  4. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  5. Untuk membuat meringue; Satukan kesemua bahan dan masak sehingga gula larut dengan menggunakan teknik double boil.
  6. Masukkan ke dalam dlm mixer dan pukul sehingga kembang.
  7. Paipkan di atas kek cawan dan bakar meringue menggunakan ‘blow torch’untuk menghasilkan teknik marshmallowyang dibakar.
  8. Sedia dinikmati.

 

IKLAN

 

INFO CHEF: Lobak merah diparut kasar supaya masih boleh dirasa teksturnya ketika mengunyah kek cawan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI