Kek yang mana menjadi pilihan? Ada aising di atasnya atau polos tanpa aising. Kek orang lama seperti kek marble ni memang tak pernah muak makan dan menjadi kesukaan ramai. Cara membuatnya juga tidak renyah jadi yang teringin nak kek, bolehlah membuatnya nanti.
Kek Marble
Bahan-bahan:
13 biji telur gred A atau B 1 sudu besar esen creamy vanila 1 sudu besar ovalatte-beli online di sini 2 cawan gula halus(350g) 4 cawan tepung (440g)+ 2 sudu kecil baking powder-beli online di sini 1/2 cawan susu full cream 1 cawan 1/2 majerin cair panas(150-160g)-beli online di sini
Cara memasak:
1.Masuk semua dalam mangkuk kecuali susu dan majerin cair.
2.Mix sampai separuh gebu masuk susu full cream sikit-sikit sampai habis.Mix sampai gebu.
Ads
3.Masukkan majerin cair yang panas, mix slow je sampai sebati.
4.Asingkan kepada dua bekas.1 bekas letak emulco coklat 2 sudu besar, kacau sebati.
5.Masukkan dalam loyang 8 dapat dua loyang ya.
Ads
6.Bakar kek pada suhu 180 darjah selama 45-50 minit.
Kek pisang memang tak jemu makan dan sangat mudah disediakan. Apa kata raya kali ini anda sediakan kek pisang sendiri, ia tak memerlukan bajet besar kerana tidak banyak guna bahan campuran. Sesuai di waktu kita sedang berjimat cermat ni, namun hasilnya tetap sedap.
KEK PISANG BAHAN-BAHAN:
4 biji telur saiz A
120gm gula perang | boleh campur dengan gula putih
300gm pisang berangan | lenyekkan dengan garpu
225gm tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
150gm minyak masak
CARA MEMBUAT:
INFO: Jika inin meletakkan potongan pisang, masukkan selepas 10 minit kek dibakar. Jika dimasukkan awal bimbang akan tenggelam dalam kek.
Sedapnya dapat sejuk-sejuk Mango Cheese Cake ni. Memang patutlah jadi favourite ramai orang, sebab gabungan rasa masam, manis dan lemak mangga dengan cheese memang mengancam.
Nak buat pun senang je, tak perlu bakar. Hanya simpan di dalam peti sejuk semalaman atau 3-4 jam, dah boleh makan. Jom kita buat dengan resipi yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah.
500gm cream cheese | biarkan pada suhu bilik 1 jam @ hingga lembut 200ml dairy whipping cream 1 cawan gula kastor – beli online di sini 1 ½ biji mangga susu | kisar dengan ½ cawan air masak ½ biji mangga susu | dipotong kiub 3 sudu besar gelatin halal ½ cawan air panas
1 biji mangga susu | dipotong dadu (untuk hiasan) 1 ½ biji mangga susu | dipotong kecil ½ cawan gula pasir – beli online di sini ½ cawan air masak 3 sudu besar gelatin halal ½ cawan air panas Pewarna kuning (optional)
1. Crust biskut: kisar halus biskut marie dan campur bersama bijirin nestum. 2. Cairkan mentega. Campur ke dalam biskut dan bijirin Nestum tadi. Kacau rata. 3. Masukkan crust biskut ke dalam bekas mini dan tekan bagi padat sikit. Simpan di dalam peti ais selama 1-2 jam. 4. Cream cheese: Potong 1 biji mangga, kisar dengan air dan gula hingga halus. ½ biji lagi dipotong kiub. Saya guna mangga susu yang bersaiz sederhana besar ye. 5. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
6. Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental. Kemudian, campur ke dalam cream cheese tadi. Pukul lagi hingga kembang. 7. Sementara itu, larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. 8. Masukkan mangga yang telah dikisar tadi dan gelatin. Pukul rata. 9. Campur mangga yang dipotong kiub. Kacau dengan senduk hingga sebati. Tuang adunan ke atas crust biskut. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam hingga keras.
10. Puri mangga: Kisar 1 ½ biji mangga dengan gula dan air masak hingga halus. 1 biji lagi dipotong dadu untuk hiasan/topping. 11. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. Kemudian, campur ke dalam puri mangga berserta pewarna kuning. Kacau sebati. 12. Tuang ke atas cream cheese dan tabur dengan mangga. Simpan di dalam peti ais selama 2 jam hingga set. Sedia dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.