Mi Rebus Tulang Menu Sedap Makan Bila-bila Pun Boleh. Kuah Dia Best Hirup Sampai Licin. Rasa kuah dari rebusan daging yang sedap dengan rasa lemak dari keledek yang dikisar halus.
Bukan sahaja boleh dijadikan menu makan malam, malah nak buat untuk sarapan atau makan tengah hari juga sesuai. Letak bahan-bahan lain sebagai pelengkap memang best! boleh cuba nanti!
MI REBUS TULANG
BAHAN KUAH:
Ads
1kg tulang lembu | rebus empuk
1 liter air rebusan tulang atau daging
1 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sm halia | kisar
3 sudu makan cili kisar
2 biji ubi keledek saiz sederhana | rebus dan kisar halus
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERENCAH:
1 paket mi kuning | celur
200gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato | hiris nipis
2 biji limau kasturi | belah dua (untuk diperah)
Daun bawang secukupnya.
Bawang goreng secukupnya.
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat.
Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.
Untuk menghidang, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas-panas.
Mi wantan adalah sejenis mi yang boleh dimasak pelbagai jenis hidangan. Tapi lazimnya mi wantan hanya dicelur dan dituangkan sos. Hidangan ini sebenarnya lebih menyihatkan kerana tak guna minyak masak pun. Mi wantan ni, banyak guna kicap. Nak dapatkan rasa mi wantan sebenar, tambah minyak bijan dan sos ikan. Baru macam asli rasanya. Jom buka puasa dengan mi wantan.
BAHAN SOS
1 sudu sos soya cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos ikan
CARA MEMASAK
1. Rebus mi wantan dan sayur sampai masak. Angkat dan basuh dengan air bersih sehingga sejuk dan toskan.
2. Satukan semua bahan sos mi wantan dalam mangkuk. Masukkan mi wantan dan gaul sehingga bersalut semua bahagian.
3. Masukkan dalam pinggan dan letakkan ayam, sayur, telur rebus (jika suka) dan hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.
Mee hailam yang sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Jarang kita merasai mee hailam sedap ni kerana banyak kedai banyak la rasanya dan ada juga yang nampak sedap tapi ‘pangkah X laju-laju’. Untuk penggemar mee hailam boleh la cuba, penyediaannya sangat simple dan rasanya juga sedap.
RESIPI MEE HAILAM SEDAP
Bahan-Bahannya:
1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap
Air (Ikut kita nk kuah banyak mana.. selalunya kita ikut sesedap rasa)
* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu
Cara-Cara Membuatnya:
Pertama sekali tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
Selepas itu masukkan pula perasa, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
Kemudian masukkan mee.
Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
Setelah siap, bolehlah menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
Laksa homemade memang mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Teringin nak buat laksa sendiri? Boleh cuba resipi di bawah ini.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak
Air panas mendidih secukupnya | bergantung jumlah tepung
CARA MEMASAK:
1.Gaul semua bahan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan tepung mengikut acuan laksa. Uli doh menggunakan tangan apabila doh menjadi suam. Jangan biar sampai tepung sejuk. ( Sapu sedikit minyak di tangan untuk elakkan tepung melekat)
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan ke dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada pengukus bagi mengelakkan laksa melekat.
4. Kukus selama 20 minit. Pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus laksa. Bila tepung kelihatan berkilat, ia menandakan laksa telah masak.
5. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Biar seketika.
6. Setelah laksa sejuk, lerai-leraikan laksa tersebut. Masukkan laksa kecdalam penapis dan alirkan di bawah air mengalir. Toskan. Sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda,.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...