Ramai mak-mak merungut anak tak suka makan sayur, ini mungkin idea yang bagus dan boleh dicuba buat sayur goreng rangup. Sangat sedap dijadikan kudapan ringan yang lebih sihat untuk anak-anak berbanding makan ringan yang dibeli. Tiga menu yang dikongsikan ini memang mudah disediakan, comfirm sedap, siapa tahu percubaan ini membantu anak-anak korang mula menyukai sayur yang kaya dengan khasiat ini. Tak percaya cuba tiga menu sayur goreng yang RASA kongsikan.

Menu Sayur Goreng Rangup Sungguh Sedap & Senang Buat.
KANGKUNG CRISPY
BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ikat kangkong | bersihkan, ambil bahagian perlu dan tos

BAHAN BANCUHAN TEPUNG:

  • 6 Sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang putih/2 ulas bawang putih yang dikisar halus
  • 1 sudu teh perasa cendawan
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Air sejuk secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Campurkan semua bahan bacuhan tepung dalam mangkuk.
  2. Masukkan air sejuk, sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati.
  3. Adunan tidak terlalu pekat atau cair.
  4. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas).
  5. Celupkan potongan kangkong dalam adunan, lalu masukkan dalam kuali satu persatu ( utnuk mengelakkan ia bercantum dan elakkan memasukkanya terlalu banyak.
  6. Bila agak garing perlahankan sedidkit api. Goreng hinggga garing.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Masukkan dalam pinggan dan taburkan serbuk cili di atasnya dan terus hidangkan..
  9. Atau boleh dihidangkan dengan sos pencicah yang anda gemari.

@dewi.yuliana23

Menu Sayur Goreng Rangup Sungguh Sedap & Senang Buat.
BROKOLI CRISPY
BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji brokoli
  • 2 biji telur
  • Tepung goreng serbaguna secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rendam brokolo dalam air garam, biarkan 10 minit.
  2. Cuci bersih dan potong dadu.
  3. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih, celur seketika brokoli. Kemudian tos.
  4. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata.
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Celupkan brokoli dalam telur, kemudian gaulkan dalam tepung goreng serbaguna.(jika ingin lebih tebal boleh ulang proses celup dan gaul sekali lagi).
  7. Goreng hingga kuning keperangan.
  8. Angkat dan hidangkan panas-panas dengan sos pilihan anda.

Terima kasih: Vievey9999

 

IKLAN

Menu Sayur Goreng Rangup Sungguh Sedap & Senang Buat.
CENDAWAN ENOKI GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus cendawan enoki | cuci bersih dan tos
BAHAN TEPUNG GAUL:

  • 100gm tepung gandum
  • 50gm tepung beras
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh serbuk pati ayam
  • 1/4 sudu teh lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan tepung gaul rata.
  2. Ambil 4 sudu makan bahan tepung, campurkan dengan 4 sudu makn air ais.
  3. Kacau rata hingga sebati, tidak terlalu cair atau pekat.
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Sementara itu, gaulkan cendawan dalam bahan bancuhan tepung.
  6. Kemudian salutkannya dalam bekas berisi bahan tepung kering.
  7. Apabila minyak cukup panas gorengkan cendawan hingga kuning keperangaan.
  8. Angkat, tos dan hidangkan dengan sos pilihan anda.

@koleksiresepsj

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI