Bila menikmati makanan laut, pasti makanan bercengkerang seperti kerang dan lala menjadi pilihan. Masakan yang disukai sama ada dibakar atau direbus. Kedua-duanya enak tambah pula makan di tepian pantai. Berselera sungguh makan dengan menu enak sebegini. RASA kongsi resipi makanan bercengkerang untuk anda cuba nanti.
SAMBAL KERANG TUMIS CEKUR
BAHAN-BAHAN:
400gm isi kerang
1cm daun cekur
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1cm halia
5 tangkai cili kering
100ml air asam jawa
1 sudu teh gula perang
4 sudu teh minyak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili kering bersama air asam jawa.
Tumis bahan tadi dalam minyak yang panas sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan daun cekur ke dalam masakan tadi.
Biarkan selama 9-12 minit. Selepas itu, masukkan isi kerang dan kacau seketika. Jangan terlalu lama.
Biarkan ia masak dan hidangkan bersama nasi panas.
KERANG AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1kg kerang
5 ulas bawang putih
6-7 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 1/2 keping kecil gula kabung / gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa adabi | dibancuh dengan 2 sudu besar air panas (boleh tambah jika suka masam)
1. Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
3. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Angkat dan hidangkan.
Ads
KERANG GORENG KUNYIT SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | bersih dan tos
1biji bawang besar | hiris
2 batang serai | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 tangkai cili padi merah | kisar
2sm halia | kisar
1 helai daun kunyit
1 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
½ cawan susu cair
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan hiris hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan kerang, asam keping, daun limau purut dan kunyit.
3. Kemudian masukkan susu cair diikuti garam, gula dan perasa secukupnya.
4. Siap dihidangkan.
Ads
LALA GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
50ml air
1 batang bunga kantan
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
3. Masukkan cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga wangi.
4. Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
5. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Kerang goreng kunyit dengan kentang ini boleh dijadikan pilihan untuk masakan kerang selain dibuat sambal atau direbus.
Cara membuat pun ringkas, campak-campak siap.
Resipi kerang goreng kunyit berkentang
Bahan-bahan
1 mangkuk kerang -dibuang kulit
2 biji kentang – hiris sederhana nipis, digoreng dulu.
1 biji bawang besar -dihiris dan bahagi 2 bahagian.
3 tangkai cili padi
1 tangkai cili besar -dihiris
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Garam, gula, serbuk perasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng kerang. Kacau dan biar masak.
2. Masuk bawang besar dan bawang putih. Kacau sampai bawang sedikit layu.
3. Masuk cili besar dan cili padi dan serbuk kunyit. Kacau.
4. Letak 2 sudu besar sos tiram. Kacau lagi.
5. Masuk sedikit air kemudian letak kentang goreng.
6. Masuk lebihan bawang, dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Kacau hingga sebati. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Tip ekstra : Petua bersih kulit kerang
Guna serai
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo ada serai la kan.
Pelepah pisang
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.
Hampas kelapa
Hampas kelapa yang sudah diperah santannya jangan buang dulu. Boleh guna untuk bersihkan kerang. Cuma gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.
Kalau makan sotong goreng tepung di kedai memang layan. Sepinggan pun boleh habis. Harga pun boleh tahan mahalnya. Jadi apa kata membuatnya sendiri. Lebih puas makan dan kerangupannya memang tak boleh bawa bincang.
1.Sotong dipotong kecil. Boleh juga menggunakan gunting bagi memudahkan kerja.
2.Kemudian. Perap sotong dengan tepung bestari yang sudah dicampurkan dengan air.
3.Selepas 10 minit, masukkan telur. Gaul hingga sebati.
4.Sediakan tepung kering (bancuhan tepung bestari dan sedikit tepung beras) di dalam bekas lain. Tepung kering ini boleh jika menggunakan tepung bestari sekiranya tiada tepung beras.
5.Kemudian, pindahkan sotong yang sudah dicelup tadi ke dalam adunan tepung kering.
6.Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan sehingga semua sotong disaluti tepung kering. Inilah rahsia yang membuatkan sotong celup tepung sedap rangup dimakan.
7.Panaskan minyak. Gorengkan sotong sehingga kekuningan. Pastikan minyak betul-betul panas. Siap untuk dihidang.
Sedapnya Sotong Masak Kam Heong! Buat sesiapa yang ada lauk basah sotong di dalam peti sejuk, bolehlah cuba resipi istimewa ini. Resipi yang dikongsi Liza Idris ini sangat mudah untuk dimasak dan sekejap saja dah siap. Jom cuba!
1. Panaskan minyak masak anggaran 5 ke 6 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering yang dicincang halus. Dah kekuningan, masuk daun kari. Oh ya, lebih sedap jika guna bawang holland. 2. Masukkan cili api. Dah naik bau harum semerbak tu, tuang bahan pes serbuk kari, sos tiram dan kicap tadi. Kacau dan kacau.
3. Masak sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air. Kacau dan kacau lagi. 4. Masuk sotong. Kacau sebati. Biar sekejap sampai sotong lembut. Jangan biar lama sangat, nanti liat. 5. Masuk garam dan serbuk perasa ikut selera. Akhir sekali, tabur daun sup sebagai penyeri dan penyedap rasa. Siap.