
Penggunaan sejenis kuali leper yang dinamakan sebagai Tawa sangat popular dikalangan masyarakat India amnya. Kuali ini sangat sesuai untuk sesetengah jenis masakan yang tidak berkuah dan sesuai juga untuk buat aneka kuih. Namun resipi yang dikongsikan ni nampak menarik, tidak menyusahkan bahkan sangat senang disediakan jika ada bahan rempah ni di rumah. Untuk anak, suami atau isteri yang tak makan ikan, mungkin kamu boleh cuba cara masakan ini gerenti orang yang tak makan ikan pun akan teringin nak rasa sebab baunya sangat menyelerakan. Sangat lembut dan garing di luar. Patut cuba!..
RESIPI IKAN GORENG TAWA
BAHAN-BAHAN
1. Saya masak ikan bawal hitam.. bole masak dgn ikan bawal mas… atau ikan ape je no problem asalkan ikan
2. Masukkan cili powder 3 sudu makan
3. Masukkan serbuk kunyit 1 sudu kecik
4. Jintan halus (cumin) 1 sudu kecik
5. Serbuk garam masala 1/2 sudu kecik
6. Serbuk ketumbar 1 sudu kecik
7. Serbuk Lada hitam 1 sudu kecik
8. Masukkan garam skit
9. Masukkan daun ketumbar
10. Kemudian perahkan lemon skit
CARA-CARA:
1. Masa ni saya nasihatkan anda dgr slow music romantic, dan massage ikan anda penuh perasaan.
2. Nampak tak ikan saya dah relax sampai tetidomarinate dlm 30 minit
3. Tak tau tawa tu apa (rujuk gambar) ini lah Tawa (sejenis kuali leper yang sesuai digunakn untuk buat tosai dll). Kemudian, dengan api yg perlahan, renjiskan minyak skit, angkat ikan anda tu tertib dan kemas letak atas tawa(pan) anda.
4. Nak tutup bole tak tutup pun bole.. ikut suka la
5. Masak sampai ikan tu dah nampak cantik kaler menawan menyelerakan (ikut suka korang nak garing macam mana ya)
6. Taraaa siap perahkan lemon atas ikan tadi dan ngap dgn nasi panas..
Kongsi resipi: Noor Shamera
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/cara-cara-buat-ayam-goreng-berempah-rangup-resipi-asli-dari-peniaga-nasi-ayam-berempah-sendiri/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Makanan Korea Sedap & Mudah, Jeruk Ketam Bertelur Mentah

Buat peminat makanan Korea, mesti kenal dengan Gejang (게장), makanan mukbang viral Korea ini, Jeruk Ketam Bertelur Mentah.
Rasanya sedap dan tak hanyir. Namun kena perap dua hari dalam peti sejuk bahagian biasa, baru boleh dimakan.
Menurut wanita yang berkongsi resipi ini, Fienaz Shafie, dia mengolah sedikit resipi asal supaya kena dengan tekak Melayu kita.
“Saya tuang kuah soy sauce tu masa panas-panas, jadi ketam ni akan jadi setengah masak. Bakteria dah mati ye sebab dalam perapan tu ada acidity itu yang punca ‘masak’ ketam tu secara perapan. Lagipun, saya tuang sos tu panas-panas dekat situ pun dah masakkan ketam tu.”
JERUK KETAM BERTELUR MENTAH
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Cili padi | potong kecil
Biji bijan
BAHAN SOS:
200ml kicap – beli online di sini
Air
4 sudu besar cuka
1 sudu besar garam
½ cawan gula – beli online di sini
Minyak bijan
1 biji bawang holland | hiris – beli online di sini
Halia (dalam 2 hiris)
Bawang putih – beli online di sini
Cili kering (ikut tahap kepedasan yang diingini) – beli online di sini
Daun bawang
½ biji epal | potong kecil-kecil
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats
CARA MASAK:
1. Mula-mula, potong semua kaki ketam. Basuh bersih-bersih dan toskan.
2. Masukkan ketam ke dalam bekas. Tuang air soda dan garam, gaul-gaul dan bersihkan. Tos dan ketepikan.
3. Potong bawang holland, halia dan daun bawang. Untuk daun bawang ni, ambil bahagian yang putih sahaja ye.
4. Kemudian, masukkan air dalam periuk. Masukkan kicap, cuka, gula, garam, sedikit minyak bijan.
5. Masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong tadi iaitu epal, bawang, halia dan daun bawang.
6. Saya masukkan sedikit saja cili kering untuk bagi ada rasa pedas-pedas sos ni.
7. Hidupkan api dan masaklah hingga sos pekat. Boleh tengok airnya menjadi sedikit dan warnanya bertukar gelap (kehitaman). Tutup api.
8. Susun ketam di dalam bekas. Tuang sos ketika masih panas-panas. Tuang sehingga ketam tenggelam.
9. Kemudian, tabur bawang putih, cili padi yang sudah dipotong-potong.
10. Akhir sekali, tabur biji bijan. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk (bahagian biasa) selama dua hari.
11. Selepas dua hari, barulah boleh dimakan. Selamat mencuba!
*untuk lebih jelas, boleh rujuk video di sini
Kredit resipi: Fienaz Shafie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rupanya Guna Bahan Ini, Barulah Air Cocktail Sedap Ada ‘Kick’
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Ubah Selera Dengan 4 Menu Tak Banyak Guna Bahan, Senang Masak & Sungguh Sedap.

Tak tau nak masak apa hari ni, Apa kata korang cuba empat menu atentik yang telah diolah semula sesuai dengan cita rasa sekarang, sungguh sedap dan sesuai dengan tekak seisi keluarga. Yang penting resipi mudah dan bahan senang cari. Sesekali ubah selera tak salahkan? Memang terbaik menu ni,
TEMPE GORENG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tempe | hiris kecil
- 50gm daging kisar
- 1/2 sudu teg serbuk lada hitam
- 1 tangkai daun bawang | hiris halus
- 50gm keju Cheddar | parut
- 100gm bawang besar | cincang
- 4 biji telur
- 2 sudu makan serbuk roti
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
- Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
- Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
- Masukkan pula bawang besar, daun bawang garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
- Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
- Sediakan loyang dialas dengan plastik dan disapu minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
- Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
- Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
- Panaskan minyak, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili
MASAK KICAP BEBOLA DAGING INTI TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging kisar
- 1 biji telur ayam
- 2 biji tomato | potong dadu
- 6 ulas bawang merah |hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 2 sudu makan sos tomato
- 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- 6 sudu makan minyak masak untuk menumis
- 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
- 3 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh parutan buah pala
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan daging kisar, garam, gula, lada hitam, parutan buah pala, sedikit kicap dan telur. Gaul rasa.
- Ambil sedikit adunan daging, masukkan di dalamnya telur puyuh dan bulat-bulat. Lakukan hingga habis dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga coklat keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama tumis, hirisan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sedikit air, biarkan hingga mendidih, masukkan pula bebola daging yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan bahan lain seperti kicap dan parutan buah pala, serbuk lada htan, sos tomato, hirisan kentang .
- Masak hingga kentang empuk, sebelum angkat perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
SERUNDING DAGING KELAPA:
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging batang pinang | hiris nipis
- 4 sudu makan minyak masak
- 8 helai daun limau purut
- 250gm kelapa parut
- 250gm air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 10 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 7 biji cili merah
- 3cm lengkuas
- 1 sudu makan ketumbar biji
- 2 sudu makan gula perang
CARA MEMASAK:
- Hirisan daging diketuk dan ketepikan.
- Panaskan minyak, kemudian masukkan daging,bahan kisar dan daun limau purut. Kacau rata.
- Masukkan air, kecilkan api menjadi sederhana dan biarkan air kering.
- Masukkan pula kelapa parut, terus kacau hingga kering, Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila dendeng sudah kering dan cukup rasa, Angkat dan hidangkana panas-panas.
PEPES UDANG & TAUHU:
BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang | saiz sederhana
- 1 biji tomato | cincang
- 200gm tauhu putih | hancurkan
- 3 tangkai daun kemangi | hiris
- 1 biji telur
- 8 biji cili padi | hiris
- 3 helai daun salam | hiris
- 1/2 cawan santan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai | hiris
- Aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
- 2 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1cm haia
- 2cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan udang dengan sedikit garam dan air limau nipis, kemudian cuci bersih dan toskan.
- Kemudian campurkan udang bersama tauhu yang telah dihancurkan bersama hirisan cili, tomato, daun kemangi, telur, serai, santan dan bahan kisar.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Ambil aluminium foil, letakkan atasnya daun salam, kemudian lapiskan dengan adunan pepes.
- Bungkus bentuk empat segi.
- Panaskan pengukus, dan kukus pepes lebih kurang 15 minit.
- Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

Ibu-ibu memang sukakan masakan mudah dan sedap. Istimewa buat anda RASA kongsikan koleksi resipi lauk pauk menggunakan daging dan ayam yang boleh dimasak setiap hari. Semuanya ringkas dan sedap, malah orang bujang pun boleh cuba masakan mudah ini. Pasti membuka selera anda dan keluarga.
ANEKA RESIPI SAJIAN MASAKAN MUDAH MENGGUNAKAN AYAM & DAGING
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ayam | potong kecil
- 2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 batang serai | titik
- 10 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
- Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Ayam cuci bersih dan tos.
- Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
- Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
- Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
- Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah secukup rasa, tutup api.
- Ayam kicap sedia dihidangkan.
2. AYAM SERUNDING SERBUK ROTI
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 6 ulas bawang putih | cincang halus
- 8 biji cili padi hiris halus
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
- Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
- Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
- Masukkan ayam dan tutup api.
- Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.
3. AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
- 150gm biji gajus
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
- 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2cm halia muda | hiris halus memanjang
- Garam secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
- Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
- Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
- Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
- Sedikit hirisan cili Benggala merah
- Sedikit hirisan cili Benggala hijau
- 4 biji cili padi | hiris memanjang
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | ketuk
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
- Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
5. DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging rebus | hiris nipis
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu teh sos cili
- 1 sudu teh sos tomato
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih | ketuk
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
6. KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging /yang telah dihiris nipis
- 1 biji bawang besar/dihiris membulat
- 5 biji cili api/dihiris
- 1 batang serai/dihiris nipis
- 2 biji limau kasturi
- Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
- Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
- Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
7. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 300gm daging
- 2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
- 2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
- 5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
- 1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
- 1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
- 4 keping asam gelugor
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
- Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
- Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.
8. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
- 2 sudu makan tempoyak
- 2 batang serai | titik
- 5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
- 1 kuntum bunga kantan | jika suka
- 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
- Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
- Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
- Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
- Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
9. AYAM LEMON ALA KAK NGAH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg ayam | potong kecil
- 100gm tepung serbaguna untuk goreng ayam
- 1 biji lemon | perah ambil jusnya
- 1 sudu makan sunquick
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | titik
- 2cm halia | hiris halus memanjang
- 5 biji cili padi | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan tepung serbaguna dan perapkan lebih kurang lima minit.
- Sementara itu panaskan minyak, kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan pes cili kering kacau rata dan jus lemon, sunquick dan hirisan cili padi.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Ayam sedia dihidangkan.
10. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong 16
- 4 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- Garam secukupnya untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 3cm lengkuas
- 3 batang serai
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam kemudian toskan.
- Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.
- Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.
- Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.
- Sajian masakan mudah; Ayam goreng berempah sedia dihidangkan.