Brokoli sayuran hijau tinggi serat dan memang banyak manfaat kesihatannya. Tapi sebelum masak tu pastikan ulat kecil sudah dinyahkan terlebih dahulu. Rendam dalam garam sekurang-kurangnya 30 minit atau campurkan sedikit cuka. Kemudian basuh bersih-bersih.
.
Foto : cookinglight.com
Tapi paling best manfaat brokoli hijau dipercayai boleh menjadikan tulang anda sihat, mencegah kanser serta meningkatkan vitamin D. Ia juga diyakini sebagai makanan yang boleh membuatkan anda kelihatan awet muda.
Kaya dengan sumber serat ia mampu membantu sistem penghadaman tubuh. Jom semak 3 resipi dari brokoli.Senang aje buatnya.
Ads
BROKOLI WITH LEMON BUTTER SAUCE
.
Foto : allrecipes.com
BAHAN-BAHAN :
1/4 cawan mentega
1/4 cawan air
1/4 sudu teh air
1 biji perahan jus lemon
1/4 sudu teh cayenne
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
400 gm @16 auns brokoli
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega, air, jus lemon , lada cayenne, garam dan lada hitam ke dalam kuali.
2. Biarkan mereneh atas api yang sederhana.
3. Masukkan brokol, kacau dan tutup.
4. Masak antara 10-15 minit di bawah api sederhana.
5. Biarkan ia masak hingga lembut namun msih mengekalkan warna hijaunya.
6. Hidangkan panas-panas dan jika mahu dihidang sejuk anda boleh masukkan dalam peti sejuk.
2. BROKOLI GORENG TEPUNG
.
Foto : bettycrocker.com
BAHAN-BAHAN :
1 genggam brokoli | dipisah dari tangkai
1 biji telur ayam
4 sudu makan tepung serbaguna
Air sejuk (ais) secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Cuci bersih brokoli yang siap dipotong.
2. Kemudian rendam dalam air garam agar ulat-ulat kecil dalam brokoli keluar.
3. Buat adunan tepung , dengan memasukkan tepung serbaguna dan telur serta kacau rata-rata. Masukkkan air sedikit demi sedikit.
4. Salut brokoli dengan adunan tepung dan goreng dalam minyak yang telah dipijarkan dalam kuali. Goreng dalam minyak penuh.
5. Goreng hingga perang keemasan, siap dihidang.
3. BROKOLI MASAK SOS TIRAM DENGAN CENDAWAN
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
200 gm cendawan butang
200 gm brokoli
50 gm lobak merah
30 gm kobis bunga,
Bahan sos:
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar /dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli.
5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
4. BROCCOLI PASTA
.
Ads
BAHAN-BAHAN:
350gm pasta spageti
2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti
30gm minyak | untuk menumis
10 ulas bawang putih | dicincang halus
50gm brokoli | dicincang halus
50gm brokoli | potong kasar
1 kiub pati ayam
30gm keju parmesan
Air secukupnya untuk merebus spageti
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak dan masin keju parmesan Jenis masakan : Pasta Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng Anggaran kos: RM15
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Juadah minum petang yang best salah satunya adalah paf pastri berinti tuna. Boleh dibuat pedas atau tak pedas. Kalau pedas, letaklah cili api banyak sikit. Kalau buat untuk kanak-kanak, tak payah letak cili api. Jangan lupa sediakan kopi o panas. Wow sangat minum petang ni.
PAFF TUNA
BAHAN-BAHAN
1 tin tuna flakes dibuang airnya
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji cili api (dihiris)
2 sb mayones
1/2 tin jagung
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
Paf pastri segera jenama kawan
1 biji telur kuning dibancuh dengan sedikit susu cair
CARA MEMBUAT
1. Hancurkan tuna di dalam satu mangkuk.
2. Masukkan bawang besar, cili api, mayones, jagung dan serbuk lada sulah.
Gaul rata.
3. Ambil sekeping paf pastri segera.
4. Masukkan inti dan lipat pastri.
5. Tutup dengan garpu.
6. Sapu atasnya dengan kuning telur.
7. Tabur bijan.
8. Susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 200°c selama 20 minit.
Kalau sebut rendang siapa yang tak suka, ramai yang suka lauk autentik yang cukup sinonim dengan Hari Raya. Terasa-rasa kat tekak sedapnya, tak kiralah makan dengan nasi, ketupat, pulut kuning atau pun lemang. Tapi kalau korang nak sedikit kelainan dan rasa lebih sedap, boleh tambahkan dalam rendang daun selom, kena pula dengan rendang cili padi. Tak rugi mencuba.
RENDANG CILI PADI AYAM & DAUN SELOM BAHAN-BAHAN:
500gm ayam potong kecil
Sedikit daun selom
300ml santan
Sedikit air
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
4 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik -carik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkus
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan separuh dari bahan kisar.
Masukkan dalam periuk atau kuali dan campurkan sedikit air, biarkan mendidih atas dapur.
Apabila air kering, masukkan lebihan bahan kisar tadi, santan, serai dan asam gelugor. Biarkan mereneh atas api sederhana.
Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, daun selom dan daun kunyit.
Terus kacau, sambil itu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh hingga ayam empuk.
Udang, antara seafood yang mudah dimasak dan digemari ramai dan masak apapun udang sangat sedap dan mudah disediakan. Untuk kongsi bersama, RASA bawakan dua menu udang Thai yang telah diubahuai dengan selera, kita masyarakat Malaysia. Dua menu tersebut adalah Tumis Udang Bersama Daun Ketumbar dan kedua, Udang Kari Thai yang sangat sedap. Cuba ye, jangan tak cuba!
TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan jus limau nipis
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh halia muda
2 ulas bawang putih | cincang
1/4 cawan daun ketumbar | cincang
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu the kulit limau nipis | parut
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan jus limau nipis, serbuk jintan manis,halia muda bawang putih di dalam mangkuk, kacau rata.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bahan yang sos tadi. Kacau seketika.
Masukkan udang, kacau rata lebih kurang 4 minit.
Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata, segera dihidangkan.
UDANG KARI ALA THAI
BAHAN-BAHANNYA :
700gm udang galah | dibersihkan
350gm hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih
3 helai daun limau purut
2 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 sudu makan jus limau nipis BAHAN KISAR HALUS :
10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut
10 -15 biji lada hitam biji
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh belacan
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.