Buat penggemar nasi kandar, menu ni memang sedap dan boleh membuka selera. Hidang dengan kuah banjir, lengkap dengan bendi dan cili hijau. Wah, memang makan tak pandang kiri kanan dah.
Menerusi perkongsian resipi daripada Sharinaz Redwan ini, semoga bermanfaat buat semua dan terubat rindu dekat kedai mamak.
Bahan-bahan yang bertanda *, ditumis dengan minyak masak. Setelah siap tumis, masukkan beras, air, sos cili, garam, perasa dan pewarna kuning. Masaklah macam biasa.
Ads
===================================
RESIPI AYAM GORENG MAMAK:
1 ekor ayam | potong & cuci bersih 3 sudu besar tepung jagung – beli online di sini 1 sudu besar tepung beras – beli online di sini 1 sudu besar pes halia 1 sudu besar pes bawang putih 1 sudu besar rempah kari daging – beli online di sini 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 sudu besar kunyit serbuk – beli online di sini 1 sudu kecil lada hitam 1 biji limau nipis 1 sudu kecil gula – beli online di sini 3 tangkai daun kari Garam secukup rasa Minyak yang banyak untuk menggoreng
1. Gaul tepung jagung, tepung beras, bawang putih dan halia. 2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, lada hitam, garam, gula dan perahan air limau nipis. Gaul. 3. Masukkan ayam, daun kari dan sedikit air. Perap dalam 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam secara deep fry.
3 tangkai daun kari 1 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 3 kuntum buah pelaga 1 sudu kecil pes asam jawa adabi Minyak masak untuk menumis
**garam dan gula saya tak letak ye. Sebab dah okay dengan tekak. Kalau nak tambah, terpulang.
Ads
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan-bahan kisar basah sehingga naik bau. 2. Masukkan rempah kering yang dikisar tadi. Kacau-kacau. 3. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit air. Masak api perlahan sampai pekat. 4. Setelah peka,t masukkan asam jawa, garam, kicap dan sos tomato serta sedikit air panas. Masak lagi sampai minyak terbit dan pekat. Rasa, tambah apa yang kurang. Siap.
5 biji telur | rebus & kopek 2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas 2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas 1 sudu besar serbuk cili (saya tak letak, anak tak makan pedas) 1 sudu kecil serbuk kunyit
**Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan ½ cawan air, kacau sebati.
BAHAN-BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar* 3 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 inci halia* (Semua bahan bertanda * di atas dikisar halus) 1 ketul kiub pati ayam Garam Air asam jawa Air secukupnya Minyak untuk menumis secukupnya
REMPAH TUMIS:
Ads
3 tangkai daun kari 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak, tumis rempah. Kemudian masukkan bahan kisar. 2. Agak-agak dah naik bau, masukkan bancuhan serbuk rempah, serbuk cili dan kunyit tadi. Masak sampai pecah minyak. 3. Selepas itu masukkan kiub pati ayam, garam, air asam jawa secukupnya. Masak api perlahan sampai mendidih. Lama sikit pun takpe. 4. Akhir sekali, masukkan telur rebus. Siap.
Kredit resipi: Sharinaz Redwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Korang mesti jarang dengan Nasi Kabuli Diraja ni, menu ni khabarnya popular di Pekan, Pahang. Rasanya memang terbaik sedap dan untuknya masak nasi ni, ia siap pakej dengan ayam goreng, ulam dan sambal sekali. Jadi kalau masak nasi ni, korang tak perlu tambah lauk atau sayur lain lagi. Senangkan sesuai sangat untuk hidangan berbuka puasa.
NASI KABULI DIRAJA
BAHAN-BAHAN:
UNTUK AYAM GORENG:
1 ekor ayam | belah 4 dan bersihkan
2cm ayam
2cm kunyit hidup
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN TUMIS:
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
10 ulas bawang merah | hiris
2 sudu makan ketumbar | kisar halus
2 batang serai | titik
1 sudu makan lada hitam | kisar halus
UNTUK NASI:
4 cawan beras basmathi |rendam lebih kurang 20-30 minit
1 helai daun pandan
Air rebusan ayam
Tambahkan sedikit garam.
BAHAN TAMBAHAN:
1 batang timun | hiris serong
1 biji tomato | hiris
Sambal belacan secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian perap sekejap.
Ambil sedikit bahan hirisan simpan untuk menumis nasi.
Panaskan minyaka tumis bahan hirisan dan titik hingga wangi.
Kemudian masukkan lada hitam dan ketumbar yang telah dikisar halus tadi,
Tambahkan air dan masukkan ayam, biarkan mereneh hingga ayam masak.
Keluarkan ayam dan tos. Simpan air rebusan untuk masak nasi.
Untuk menumis nasi, panaskan minyak, tumis bahan hirisan, bersama daun pandan.
Masukkan beras basmathi yang telah direndam dan tos tadi. Goreng seketika beras baru masukkan 3 cawan air rebusan ayam dan tambah 2 cawan air,
Tambah garam dan tutup periuk, biarkan nasi masak seperti biasa.
Sementara nasi masak, panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan.
Setelah masak, masukkan nasi dalam pinggan, hidangkan bersama ayam goreng,ulam timun, tomato dan sambal belacan.
Terung adalah sayur jenis buah yang selalu jadi sebagai lauk pelengkap dalam hidangan. Namun korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Ada lauk sambal terung ni, sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi atau lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
SAMBAL TERUNG
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Menu pedas ni memang boleh jadi ‘pembuka selera’. Mana tidaknya, semakin membahang mulut dan bibir, semakin laju makanan disuap. Peluh pun tak hirau. Bagi anda yang suka layan pedas, aneka lauk pauk berasaskan sambal dan tumisan cili ini boleh dijadikan pilihan sama ada berkuah mahupun kering. Memang wajib dicuba!
1. DAGING SAMBAL PEDAS
BAHAN-BAHAN:
250gm daging|dihiris nipis dan rebus empuk
10 biji cili hijau|dikisar
6 biji cili padi|kisar
5 ulas bawang merah|kisar
4 ulas bawang putih|dikisar
4 biji buah keras|dikisar
1 labu bawang besar|dibelah empat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging yang telah direbus terlebih dahulu lalu goreng beberapa minit sehingga ia keperangan. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali lalu tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga cili masak.
Masukkan bawang besar, daging yang telah direbus dan sedikit air. Didihkan selama seminit.
Tambah garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.
Info Chef: Pastikan cili merah digoreng sempurna bagi memastikan cili masak.
2. AYAM PANGGANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
8 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau
1 batang serai
4 ulas bawang putih
15ml perahan air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
15ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Lumur garam dan lada sulah ke atas ayam lalu panggang sehingga masak. Ketepikan.
Kemudian kisar cili hijau bersama cili padi, bawang putih dan serai sehingga ia halus dan menjadi pes.
Di dalam kuali, panaskan sesudu minyak lalu tumis bahan kisar hingga cili masak.
Sesuaikan rasanya dengan menambah air asam, garam dan gula secukupnya.
Tuang sambal ke atas ayam dan hidangkan.
Info Chef: Ayam dipanggang untuk rasa sebati yang lebih enak
3. BAWAL GORENG SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal
8 biji cili merah|dikisar
5 ulas bawang merah|dikisar
4 ulas bawang putih|dikisar
3cm halia muda
1 tangkai daun bawang|dipotong seinci
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bawal kemudian kelar tengahnya dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
Kisar cili merah bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga cili masak.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Tambah daun bawang dan tutup api. Tuang sambal ke atas bawal yang telah digoreng terlebih dahulu.
Info Chef: Pastikan cili merah digoreng sempurna bagi memastikan cili masak.
4. AYAM MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam
90gm cili kisar
30gm cili sos
4 ulas bawang merah|dikisar
3 ulas bawang putih|dikisar
3cm halia|dikisar
1 batang serai|dititik
1 labu bawang besar|dibelah empat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Lumurkan ayam bersama sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak dan ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan minyak masak kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
Masukkan serai, cili kisar dan sos cili. Tumis hingga pecah minyak.
Tambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan bawang besar dan ayam yang telah digoreng. Didihkan seminit dua dan tutup api.
Info Chef:Pastikan ayam digoreng terlebih dahulu untuk memastikan hidangan lebih sebati dengan sambal.
5. IKAN TAMBAN CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan tamban masin
15 biji cili padi hijau|dikisar
4 biji cili hijau|dikisar
4 ulas bawang merah|dikisar
3 ulas bawang putih|dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
5ml perahan air asam jawa
3cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan tamban masin dan buang tulangnya. Tumbuk kasar dan goreng separuh masak. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar berserta belacan sehingga wangi.
Masukkan ikan tamban yang telah separuh goreng tadi dan goreng hingga masak.
Tambah air asam, bawang besar, garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.
Info Chef: Tambah cili padi sekiranya anda ingin rasa yang lebih pedas.
6. KEPAH SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
250gm isi kepah
60gm cili kisar
30gm tomato puri
30gm sos tomato
5 ulas bawang putih|ditumbuk halus
3cm halia muda|ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah tumbuk hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
Masukkan tomato puri, sos tomato dan kepah. Tumis sehingga semua bahan sebati dan masak.
Tambah lada sulah, garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.
Info Chef: Basuh kepah dengan air garam bagi mengeluarkan benda asing yang mungkin melekat di kulit kepah.
7. SOTONG CELUP TEPUNG BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong|dipotong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
30gm tepung jagung
BAHAN-BAHAN UNUK SAMBAL:
60gm cili kisar
30gm sos cili Thai
4 ulas bawang merah|ditumbuk halus
3 ulas bawang putih|ditumbuk halus
1 labu bawang besar |dipotong bulat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah ke atas sotong lalu salut dengan tepung jagung.
Goreng sotong di dalam minyak yang banyak sehingga garing dan tos.
Di dalam kuali lain, panaskan minyak masak lalu tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Masukkan sos cili Thai.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masukkan bawang besar dan sotong goreng. Kaup-balikkan sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef:Sotong kering atau sotong rendam boleh digunakan di dalam resipi ini.
8. TAUHU GORENG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
3 biji tauhu |dipotong dadu dan goreng
1 labu bawang besar|dicincang halus
3 ulas bawang putih|dicincang halus
30gm cili kisar
5gm sos tiram
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Gorengkan tauhu sehingga ia menjadi kekuningan. Asingkan.
Tumiskan bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan bawang besar.
Tambahkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak. Tambah sos tiram, tauhu goreng, sedikit air, lada sulah dan garam secukup rasa.
Masukkan tauhu yang telah digoreng ke dalam tumisan cili dan gaulkan sehingga sebati.
9.TEMPE BERLADA
BAHAN-BAHAN:
6 biji tempe |dipotong kecil
30gm cili kisar
4 ulas bawang merah|dikisar halus
3 ulas bawang putih|dikisar halus
1 labu bawang besar|dipotong bulat
30ml air asam jawa
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur tempe dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga ia menjadi perang. Ketepikan.
Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak masak. Tumis bahan yang dikisar bersama cili kisar sehingga wangi dan cili benar-benar masak.
Masukkan air asam jawa, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
Jika sambal terlalu kering, tambah air dan didihkan.
Masukkan tempe goreng yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati
Info Chef:Potong tempe setebal dua inci untuk mendapatkan hidangan tempe cili yang rangup.
10.TERUNG GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
5 biji terung panjang
30gm cili kisar
4 ulas bawang putih |ditumbuk
50gm udang kering|ditumbuk
3cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Terung dibelah dua dan digoreng sehingga perang. Susun di dalam pinggan. Ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis lagi sehingga cili masak. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Tambah garam dan gula secukupnya. Tutup api.
Tuang sambal ke atas terung yang telah digoreng tadi.
Info Chef:Pastikan terung digoreng separuh masak sebelum dimasukkan ke dalam sambal.