Anda sekeluarga suka makan Mac & Cheese? Nah, ini resipi homemade yang boleh anda cuba. Masak je sendiri kat rumah, terasa macam makan di restoran. Pasti anda puas hati dengan rasanya. Lagi sedap bila dimasak menggunakan Perfect Italiano Perfect Melt dan Perfect Italiano Mozzarella. Jom cuba!
MAC & CHEESE
Bahan-bahan:
2 cawan makaroni | siap rebus
3 cawan Fernleaf Susu UHT
150gm Perfect Italiano Perfect Melt
150gm Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu besar mixed herbs
100gm daging kisar
1 sudu besar serbuk perasa
Cara Memasak:
Tumiskan daging kisar bersama mixed herbs hingga masak. Masukkan makaroni dan gaul sebati.
Masukkan Fernleaf Susu UHT bersama Perfect Italiano Mozzarella untuk memekatkan kuah.
Tuangkan di dalam loyang/bekas aluminium dan taburkan Perfect Italiano Perfect Melt.
Bakar dalam air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit.
Teringin nak makan kentang hari ni? Jom kita buat Potato Au Gratin yang mudah dan enak ini. Ada rasa tomyam yang cukup memikat selera. Tak muak dan sangat memikat selera. Untuk efek keju tarik yang sempurna, gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan keju Chesdale yang tinggi dengan protein dan kalsium. Jom cuba.
POTATO AU GRATIN
Bahan-bahan:
3 biji kentang russet | potong nipis
2 kotak Anchor Cooking Cream
4 sudu Anchor Salted Butter
1 sudu besar mixed herbs
2 sudu besar pes tomyam
2 keping keju Chesdale
100gm Perfect Italiano Mozzarella
Parsli kering | hiasan
Cara Memasak:
Panaskan Anchor Salted Butter, masukkan Anchor Cooking Cream, mixed herbs dan pes tomyam dan masak hingga mendidih. Pastikan api perlahan.
Masukkan keju Chesdale ke dalam kuah. Kacau hingga keju cair dan kuah jadi lebih pekat dan creamy.
Potong nipis kentang menggunakan slicer lalu susun berlapis di dalam loyang.
Tuangkan kuah tadi ke dalam loyang hingga rata. Taburkan Perfect Italiano Mozzarella. Lalu taburkan parsli kering di atasnya.
Bakar selama 170°C selama 30 minit atau sehingga kentang masak.
Hidangan yang cukup membuka selera, tentunya Kerang Rebus Sos Butter Cili. Nampak cukup enak, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas. Cukup dengan rasa pedas dan ‘creamy’ dari mentega.
Gunakan Mentega Anchor Salted kerana mentega ini diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Dengan warna keemasan semula jadi dan rasa berkrim, Mentega Anchor memang sesuai digunakan untuk hidangan ini. Jom cuba!
KERANG REBUS SOS BUTTER CHILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang – bersihkan
BAHAN-BAHAN B (SOS):
100gram Anchor Butter Salted
400ml Susu Full Cream Fernleaf
200gram Anchor Cooking Cream
1 sudu makan chili flakes
1 sudu makan gula
2 sudu teh paprika
5 ulas bawang putih – cincang halus
6 biji cili padi – cincang
2 tangkai daun kari
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Kerang dibersihkan lalu rebus mengikut yang diingini. Buka kerang dan susun dalam pinggan/mangkuk yang sesuai.
Untuk membuat sos; cairkan Anchor Butter Salted dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari, cili padi, paprika dan chili flakes.
Tuang Susu Full Cream Fernleaf dan Anchor Cooking Cream.
Masukkan gula, lada sulah dan garam secukupnya. Didihkan sebentar hingga semua bahan sebati.
Tuang sos butter cili ke atas kerang rebus dan hidangkan.
Dah dua minggu berpuasa ni tentunya anda pun buntu memikirkan menu apa nak dimasak hari ini kan? Jom masak Pasta Pendek Sambal Daging Bakar Berkeju untuk berbuka nanti. Memang kena hidangan ini dengan selera orang Malaysia yang suka makan pedas. Tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Hidangan juga jadi bertambah lazat. Cubalah!
PASTA PENDEK SAMBAL DAGING BAKAR BERKEJU
Bahan-Bahan:
150gram pasta pendek (macaroni/penne) – celur hingga al-dente dan toskan
250gram Perfect Italiano Perfect Bakes
50gram Anchor Unsalted Butter
100ml Anchor Cooking Cream
Cincangan daun bawang
Bahan-Bahan Sambal Daging:
200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
1 mangkuk medium cili kisar
5 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
1 labu bawang besar – potong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal daging; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan daging yang telah direbus, bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan
Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu dengan Anchor Unsalted Butter secukupnya. Masukkan pasta yang telah direbus bersama sambal daging. Tuang Anchor Cooking Cream dan masukkan separuh Perfect Italiano Perfect Bakes lalu gaul sebati dan ratakan. Tabur separuh lagi Perfect Italiano Perfect Bakes di atasnya.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 20-25 minit. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!