Memang sedap ayam masak style mamak. Rasanya cukup berempah dan cukup cita rasanya. Boleh cuba masak untuk berbuka puasa. ​Kadang kita makan nasi di kedai mamak atau restoran nasi kandar, kita rasa ayam dia tu sedap betul kan? Nak tau cara masak lauk ayam macam tu? Nah, RASA berikan resipinya. Boleh buat untuk jamu seisi keluarga.

AYAM STYLE MAMAK NASI KANDAR

Sedap Berbuka Puasa Dengan Ayam Style Mamak Nasi Kandar

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng ayam
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili

IKLAN

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
4 tangkai cili hijau
3 tangkai daun kari
1 inci halia

Caranya: Kisar semua bahan sehingga lembut.

IKLAN

Bahan Tumis
1 biji bawang holand (hiris bulat)
Rempah 4 sekawan
3 tangkai daun kari

Bahan Rempah
2 peket kecil rempah kari daging
6 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk kas-kas

IKLAN

Caranya: Satukan Bahan Rempah dengan air dan kacau.

Cara memasak
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, tumis Bahan Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan Bahan Rempah. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Tambahkan sos tomato dan sos cili 3
5. Tambah air sedikit dan masukkan ayam. Biar mereneh.
6. Hias dengan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.

Resipi Oleh Zara Ixara‎ dari Telegram KakiMakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI