Masak lemak bayam dan labu memang lauk kampung yang tak lapuk dek zaman. Rasa manis semula jadi labu berpadu dengan bayam yang lembut, ditambah kuah santan pekat… memang cukup membuka selera.
Menu ini bukan sahaja sedap, malah mudah disediakan dan penuh khasiat. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas dan sambal belacan, pasti buat anda tambah nasi berkali-kali.
MASAK LEMAK BAYAM & LABU
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu (400g)
20g ikan bilis – tumbuk
5 ulas bawang kecil – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
1 kotak kecil santan
1 ikat bayam
1 biji cili merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya
Ads
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Acar Umbut Kelapa memang unik dan jarang jumpa, tapi rasanya memang memikat. Tekstur umbut yang lembut rangup dimasak dengan kuah acar masam manis pedas, memang cukup membuka selera! Sekali cuba, confirm jatuh cinta dengan rasa tradisi ni. Jom cuba!
Acar Umbut Kelapa merupakan antara hidangan tradisional yang semakin sukar ditemui pada masa kini. Walaupun bahan utamanya agak jarang digunakan, keenakan hidangan ini memang tidak boleh disangkal. Gabungan rasa masam, manis, pedas dan sedikit lemak daripada santan menjadikan ia sangat seimbang dan menyelerakan.
Menu ini juga sering dihidangkan dalam majlis kenduri atau acara istimewa kerana keunikannya. Ramai yang mengenali acar timun atau acar nenas, tetapi tidak ramai yang pernah mencuba versi menggunakan umbut kelapa ini.
Untuk mendapatkan rasa Acar Umbut Kelapa yang lebih padu, pastikan bahan tumisan dimasak sehingga betul-betul pecah minyak. Ini penting untuk mengeluarkan aroma sebenar rempah dan cili. Selain itu, jangan terlalu lama memasak umbut kelapa supaya teksturnya kekal sedikit rangup.
Anda juga boleh menyesuaikan kadar gula dan cuka mengikut citarasa sendiri. Ada yang suka lebih masam, ada juga yang suka lebih manis. Fleksibiliti ini menjadikan hidangan ini mudah disesuaikan dengan selera keluarga.
Acar Umbut Kelapa sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas. Ia juga sesuai digandingkan dengan nasi minyak, nasi briyani atau lauk-pauk kampung yang lain. Kombinasi rasa acar yang kuat mampu menaikkan selera makan dengan mudah.
Selain itu, hidangan ini juga boleh dijadikan sebagai menu sampingan dalam jamuan atau kenduri. Keunikannya pasti menarik perhatian tetamu dan memberikan kelainan berbanding acar biasa.
Jika anda belum pernah mencuba Acar Umbut Kelapa, inilah masa terbaik untuk mencubanya sendiri di rumah. Resipi ini bukan sahaja mudah, malah menggunakan bahan yang ringkas. Dengan sedikit usaha, anda boleh menikmati hidangan tradisional yang semakin dilupakan ini.
Rasanya yang seimbang antara masam, manis dan pedas menjadikan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Lebih menarik, ia juga boleh disimpan untuk beberapa hari dan rasanya akan menjadi lebih sebati dari masa ke masa.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi Acar Umbut Kelapa ini. Sekali cuba, pasti akan menjadi antara menu kegemaran anda sekeluarga!
Buat mereka yang inginkan kelainan untuk bubur nasi, boleh cuba resipi lengkap bubur nasi berlauk ini.
Resipi yang dikongsikan daripada Ben Safwan ini, memang popular dalam kalangan mereka yang gemarkan menu simple tapi mengenyangkan.
Jom kita cuba resipi yang mudah dan sedap ini!
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
300-350gm isi ayam | dipotong kecil ½ senduk minyak – beli online di sini 1 ulas bawang putih | ketuk 1 senduk hirisan halia tua (potong dulu baru sukat) 1 senduk hirisan bawang besar holland (potong dulu baru sukat) ½ senduk sos plum 1/3 senduk kicap masin cair 1/3 senduk sos ikan Secubit gula Cili (untuk hiasan)
CARA MEMASAK:
1. Isi ayam dipotong kecil. Toskan dan masukkan sekali dengan kulit ke dalam kuali. Api sederhana. Biarkan air ayam keluar, tuang keluar air tu dan baru letak minyak ½ senduk. Goreng sekadar setengah masak. Keluarkan.
2. Boleh tengok pada gambar jenis senduk yang saya guna. 3. Tumis (guna minyak yang sama) 1 ulas bawang putih ketuk,1 senduk hirisan halia tua (potong dulu baru sukat ),1 senduk hirisan bawang besar Holland. Biarkan layu bawang besar.
4. Tambah masuk ½ senduk sos plum, 1/3 senduk kicap masin cair,1/3 senduk sos ikan dan secubit gula. Masukkan semula ayam. 5. Besarkan api hingga ayam mulai masak, sos mulai memekat. Tutup api. Taburkan cili. 6. Saya buatkan nak rasa herbal dan masin sedikit, sebab bubur nasi plain (kosong). Jadi sesuai sangat.
SOTONG MINYAK CILI
BAHAN-BAHAN:
250-300gm sotong kecil ½ senduk minyak cili 2 ulas bawang putih | ketuk 1 ½ senduk minyak cili premium Ben (produk sendiri) 2/3 senduk sos cili Batang saderi (optional) | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buang isi perut dan dakwat hitam 250-300gm sotong kecil. Lepas tu masukkan dalam kuali tanpa minyak. Api sederhana. Biarkan air sotong keluar dulu. Buang air dan keluarkan sementara sotong.
2. Tuang ½ senduk minyak cili dan tumis 2 ulas bawang putih kecil diketuk sampai baik bau. Baru tambah masuk 1 ½ senduk minyak cili premium Ben, 2/3 senduk sos cili. Tak perlukan perasa sebab minyak cili dah cukup. Kacau seketika.
3. Baru masukkan sotong dan besarkan api. Biarkan sotong mulai masak dan kuah mulai memekat. 4. Angkat dan sebagai hiasan, taburkan batang saderi (optional). 5. Saya buatkan nak rasa pedas sedap untuk makan dengan bubur nasi.
KANGKUNG GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah saiz 50 sen lama 1 ulas bawang putih sederhana 2/3 sudu makan belacan ½ senduk minyak 2/3 senduk sos tiram ¼ senduk sos ikan Secubit gula ½ senduk hirisan bawang besar ½ senduk hirisan kangkung
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk 2 bawang merah saiz 50 sen lama,1 ulas bawang putih sederhana dan 2/3 sudu makan belacan. Tumbuk lagi sedap dari kisar. 2. Tumis bahan tumbuk dengan ½ senduk minyak. Bila dah layu bawang, tambah 2/3 senduk sos tiram, 1/4 senduk sos ikan dan secubit gula untuk harmonikan rasa.
3. Masukkan sekali ½ senduk hirisan bawang besar dan batang kangkung. Masak sampai batang kangkung layu. 4. Tambah baki 1 ikat kankung yang telah dipotong. Angkat bila warna kangkung menjadi hijau terang. Tanda dah masak. Terus angkat. 5. Kalau dibiar lama tak sedap nanti terlalu layu. Menu ni saya buat supaya beraroma bila makan dengan bubur nasi.
BUBUR NASI
BAHAN-BAHAN:
250gm beras bubur nasi Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk bubur nasi ni senang je. Saya guna lebih kurang 250gm beras bubur nasi dan tambah air sehingga paras jari paling atas. Air kena banyak. 2. Didihkan dan ulang tambah air 2 kali lagi sehingga mulai nampak rupa bubur. Api sederhana hingga dia mulai mendidih dan seterusnya api kecil. 3. Jangan biarkan bubur kering ya. Biarkan bubur ada air seperti ini. 4. Bubur nasi ni saya buat kosong sebab kekuatan menu lain sudah cukup. Beras cap ni tak wangi. Kalau anda nak jenis yang wangi, guna beras nasi air thai cap naga hijau. 5. Kalau nak makan dengan menu atas ni,nak tambah 1-2 titik minyak bijan dalam mangkuk bubur pun sedap. Ada penggemar dia.
TELUR MASIN
Telur masin macam biasa, saya bersihkan dan letak terus dalam air. Buka api sederhana hingga mulai mendidih dan baru saya kira 8-10 minit dari tempoh mendidih tu sebelum tutup api.
BILIS KERING
BAHAN-BAHAN:
1 genggam ikan bilis 1/3 senduk minyak Emping cili/chili flakes Secubit gula
CARA MEMASAK:
1. Bilis kering ni senang je. Goreng 1 genggam ikan bilis sampai garing. Toskan. 2. Letak sedikit minyak dalam 1/3 senduk minyak,masukkan emping cili / chili flakes kasar bercampur halus bersama dengan secubit gula. 3. Masak hingga mulai kering lepas tu tutup api. 4. Lap dulu dasar kuali dengan tisu untuk kurangkan minyak. Dah sejuk sikit baru masukkan ikan bilis dan gaul sebati. 5. Baru bilis kekal rangus dan tak lembik. Kalau nak buat bilis goreng sahaja pun dah cukup sedap.
Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING
Bahan-bahan :
Cara memasak: 1. Rebus daging hingga lembut. 2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang. 3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan. 4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar. 5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata. 6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF: Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM
Bahan-bahan :
Cara memasak : 1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG. 2. Kemudian tos dan ketepikan. 3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *. 4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap. 5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air. 6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
Bahan dihiris :
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam. 4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam. 5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF: Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam. 2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau. 3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi. 4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan. 5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api. 6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai. 7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara pilih strawberi yang segar, manis dan tahan lama dengan 7 tip mudah. Elakkan buah cepat rosak dan pilih strawberi berkualiti setiap kali membeli.