Jom buat Pengat Labu Lemak Manis guna resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Sangat sedap dan mudah je caranya.
Bak kata empunya resipi, istimewanya pengat ni, jika makin lama dibiarkan, lagi berkrim teksturnya. Memang enak! Malah penggunaan biji sagu menyedapkan lagi rasa. Memang tak puas makan lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk. Enaknya! Jom lihat cara-caranya untuk memasak Pengat Labu Lemak Manis ni.

CARA MASAK PENGAT LABU LEMAK MANIS BERSAMA SAGU. SANGAT SEDAP & MUDAH

Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu saiz sederhana – dibuang kulit, biji dan cuci bersih
1 ketul gula melaka atau ikut manis disukai
2 cubit garam
2 kotak kecil santan
4 sudu besar biji sagu beli online disini
2 helai daun pandan – disimpul
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air mengikut banyak kuah yang diingini. Sebaiknya jangan terlalu banyak sangat.
2.Masukkan labu yang telah dipotong, gula melaka dan biji sagu. Masak bahan-bahan ini dengan api sedang hingga labu separuh empuk dan hampir masak.
Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu 3. Seterusnya masukkan santan, garam dan daun pandan yang telah disimpul. Kacau sebati.
Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu 4. Biarkan labu masak hingga empuk. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jom cuba!

Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu Resipi Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

IKLAN

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

https://www.dailymotion.com/video/x8q4g0f

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI