Ketam enak dimasak dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara masak gulai atau kari. Kali ini RASA nak kongsi resipi Gulai Ketam Berapi Penang Style perkongsian saudari Saiful Nasuha. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuatkan rasa terliur. Kalau dirasa, pasti enak sekali. Jom cuba resipi ini. Pasti puas hati.
BAHAN HIASAN: 2 pelepah daun kari 1 biji cili hijau – belah 2
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ketam terlebih dahulu. Potong dua.
2. Sediakan bahan-bahan untuk tumisan seperti bawang merah, bawang putih, halia, 2 pelepah daun kari dan kulit kayu manis.
3. Bahan-bahan yang perlu ditumbuk halus, kisar halus dan bahan hiasan.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
5. Masukkan rempah yang dikacau bersama air panas dan dicampur dengan jintan manis, putih dan lada hitam yang ditumbuk halus.
6. Masak sampai pecah minyak.
7. Kemudian masukkan kelapa parut yang dikisar halus dan juga santan.
8. Setelah mendidih, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak santan seketika dengan api perlahan.
9. Apabila santan masak dengan mesra, masukkan ketam.
10. Renehkan dengan api perlahan. Biarkan ketam masak. Akhir sekali masukkan bahan hiasan untuk mewangikan lagi gulai. 11. Gulai ketam ni memang akan pekat kuahnya sebab tu guna santan yang banyak baru umphh.
Ada gulai kosong macam ni memang memudahkan, goreng ikan atau ayam dah boleh makan dengan nasi. Nak cicah dengan roti kosong, roti canai frozen, paratha apa saja roti pun boleh. Cicah dengan macam-macam cucur pun sedap.
Resipi gulai kosong yang sedap untuk menyicah atau makan dengan nasi
Bahan dimayang
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 inci halia
Bahan rempah
3 sudu makan Rempah kari ikan
1 sudu makan beriani
1 sudu makan kurma
2 sudu besar cili
Bahan lain
1 kotak santan pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Air secukupnya
Garam, gula, serbuk perasa
Cara membuat
1. Panaskan satu cawan minyak kemudian tumis bahan yang dimayang.
2. Sementara itu satukan bahan-bahan rempah dalam mangkuk.
3. Bila tumisan sudah garing masukkan semua rempah tadi kemudian kecilkan api.
4. Bila dah masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa, kacau. Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih 5 minit.
6. Masukkan santan pekat kotak (100ml). Kacau, waktu ini guna api yang sederhana. Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau.
7. Kemudian masukkan air asam jawa pekat, tambah santan pekat 50ml. Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian bolehlah ditutup api. Sedia dimakan.
Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa jenis nasi, roti apa apa pun sama ada roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti kosong dan macam macam lagi.
Rasa tomyam yang dimasak menggunakan rempah yang dibuat secara homemade memang lebih sedap jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Terasa sangat beza rasanya. Bagi anda yang teringin nak cuba masak pes tomyam secara homemade, resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni boleh dicuba. Tak susah pun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Kuih Apam Gula Hangus dan Apam Mekar Aiskrim Soda adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang-orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasa Kuih Apam Gula Hangus dan Apam Mekar Aiskrim Soda membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba.
1. APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN
190gm gula pasir
180gm air
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji telur gred A
10gm mentega atau majerin
100gm minyak masak
20gm susu pekat manis
190gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
2. APAM MEKAR AISKRIM SODA
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
290gm gula pasir
1sudu teh ovalete
240gm ais krim soda
300gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pink atau pewarna yang disukai
CARA MEMASAK:
Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4 penuh.
Kukus dengan api besar selama 12 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.