
Acar Rampai antara menu sayur sampingan yang dihidangkan bersama lauk-pauk bila ada pelbagai jenis kenduri kendara. Gabungan sayur lobak merah dan timun dalam acar ini akan lebih sedap kalau ia rangup, tidak berair serta cukup rasa masam, manis dan sedikit pedasnya. Kalau anda nak cuba, berikut disertakan resipinya.
RESEPI ACAR RAMPAI
BAHAN-BAHAN :
BAHAN HIRISAN:
2 biji timun
2 batang lobak merah
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi hijau
4 inci halia
BAHAN KISAR:
1 peket kecil udang kering
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
BAHAN LAIN:
2 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Garam halus
Ajinomoto
Kapur makan
Minyak masak
Biji sawi | disangai
CARA MEMBUAT :
- Timun (dibuang empulur), lobak merah dan halia dihiris memanjang seperti batang mancis.
- Rendam dalam air kapur selama 15 minit (supaya rangup). Kemudian dibasuh dan dituskan hingga kering airnya.
- Bawang merah dan bawang putih jika besar ukurannya hendaklah di belah dua. Cili Padi dibuang tangkai.
- Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering hingga halus.
- Panaskan minyak hingga pijar dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblend tadi hingga naik minyak.
- Kemudian masukkan cuka, air, gula, garam halus dan perasa. Masak bahan selama 1/2 jam hingga kuahnya pekat.
- Bila kuah telah pekat baru masukkan halia, lobak merah, bawang merah, bawang putih, cili padi dan timun. Gaulkan hingga rata baru masukkan biji sawi yang telah disangai dan gaul lagi hingga rata dan tutup api.
- Biarkan acar di dalam kuali selama 1/2 jam barulah dihidangkan ( supaya bahan tumisan meresap dalam bahan hirisan tadi)
INFO: Acar rampai sedap di makan bersama nasi panas atau nasi minyak atau nasi beriani.
Kredit : fauziah ali
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan

Sedapnya Pajeri Nanas. Kombinasi rasa rempah, wangi bau tumisan serta rasa masam manis nanas membuatkan sajian ini digemari ramai. Terdapat pelbagai versi Pajeri Nanas dan ada yang menggunakan santan. Tapi bagi saudari Mastura Burhanuddin, beliau berkongsi resipi Pajeri Nanas mudah yang tidak menggunakan santan namun kuahnya pekat elok dan pecah minyak dengan sempurna. Jom cuba resipi ni. Anda pasti sukakan rasanya.
RESEPI PAJERI NANAS TANPA SANTAN OLEH KAK MAS

BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas – saiz terpulang dan jangan terlalu ranum
2 paket kecil rempah kari daging Babas – beli online disini
Bawang merah saiz sederhana – dihiris / kisar halus
2 ulas bawang putih saiz kecil – dihiris / dikisar
1 potong halia – dihiris / dikisar
1 tangkai daun kari
2 sudu makan gula perang – boleh ubah bergantung pada selera masing-masing – beli online disini
Garam secukupnya
1 paket kerisik saiz sederhana – beli online disini
1 sudu makan udang kering – direndam terlebih dahulu – beli online disini
2 sudu makan minyak masak
Rempah empat sekawan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan nanas, potong ikut selera masing-masing.
2. Panaskan minyak dalam periuk n tumis halia, bawang merah, bawang putih, empat sekawan dan daun kari.
3. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan guna api sederhana.
4. Untuk dapatkan kuah yang cantik, saya buat step pecah minyak sampai tiga kali.
*Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali.
5. Kemudian masukkan udang kering.
6. Masukkan kerisik, garam dan gula perang. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing.
7. Akhir sekali baru masukkan nanas. Biar mereneh dan nanas mesra dengan rempah.

8. Rasa kuah tu, mana yang kurang boleh tambah atau kurangkan. Diulang ikut selera masing-masing.
9. Bila semua sudah sempurna, boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.

INFO: Empunya resipi masak dengan api yang perlahan, jadi kalau nak masak untuk makan tengahari, dalam kul 10 pagi tu sudah boleh mula masak pajeri ni.
Sejam juga masa yang siambil, sebab nak pastikan rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu. Selamat mencuba. Doakan empunya resipi murah rezeki. Andai ada yang nak berniaga jual Pajeri Nanas, boleh cuba resipi ini.
Kredit resipi & foto: Mastura Burhanuddin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Terung John. Idea Menu Rendah Karbo Untuk Turunkan Berat Badan
Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan

Bagi penggemar kentang putar, resipi perkongsian ciklyn ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jika beli, dah berapa kan? Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KENTANG PUTAR @ MASH POTATO

BAHAN KENTANG PUTAR:
- 8 biji ubi kentang
- 1 kotak kecil susu segar
- 2-3 sudu makan mentega (beli online disini)
- Serbuk lada hitam secukupnya (beli online disini)
- Serbuk lada sulah secukupnya (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
3. Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
4. Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.

5. Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
6. Tambahkan serbuh lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
7. Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
8. Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)

BAHAN SOS (GRAVY):
- 1 biji bawang besar – dadu (beli online disini)
- 2 ulas bawang putih – dadu (beli online disini)
- 4 sudu makan mentega
- 2 sudu makan tepung gandum@ jagung (beli online disini)
- 2 kiub pati ayam (beli online disini)
- Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
- 2 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan.
2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus.
4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana.
5. Masukkan kiub ayam dan juga serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukup rasa.
5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul.
7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.

Kredit resipi & foto: ciklyn via Rabi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Doh Serbaguna. 1 Resipi Boleh Hasilkan 3 Menu Berbeza
Resipi Telur Pecah Sambal Berlado. Lauk Simple Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Empat Hidangan Dari Satu Biskut…Oreo Berbaloi DiCuba.

Oreo merupakan salah satu makanan yang sangat digemari terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Jom kita lihat olahan resipi berasaskan oreo yang boleh dihasilkan dan dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga atau rakan-rakan. Selamat mencuba!
- KEK OREO

BAHAN-BAHAN
- 250 gm butter
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung naik sendiri – (resipi ini guna tepung kek)
- 1 sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 8-10 keping oreo – kisar halus (boleh dikisar sekali dengan krimnya)
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ya.
- Campurkan oreo dan kacau rata.
- Adunan dibahagikan kepada 3 dan dibakar berasingan.
- Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak
BUTTERCREAM
BAHAN-BAHAN
- 80 gm mentega
- 200 gm krimwell
- 350 gm golden syrup
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
- Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
- Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak masing-masing.
CARA MENDECO KEK
BAHAN-BAHAN
- Buttercream
- Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
CARA PENYEDIAAN
- Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
- Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
- Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
- Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.
HIASAN COKLAT
BAHAN-BAHAN
- Coklat compound secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
- Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
- Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
INFO: Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.
Kredit resipi & foto: Qasey Honey
2. MILKEY OREO COOKIES

BAHAN A
- 130 gm butter
- 70 gm gula
- 1/4 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
BAHAN B
- 170 gm tepung gandum
- 20 gm tepung jagung
- 20 gm tepung beras
- 1/8 sudu teh baking powder
- 20 gm cornflakes ~ dikisar
- 20 gm serbuk badam
- 20 gm badan nibs
- 20 gm oreo ~ dikisar
HIASAN
- Coklat putih ~ dicairkan
- Coklat Oreo ~ dikisar
CARA PENYEDIAAN
- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati.
- Satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
- Uli adunan hingga menjadi doh.
- Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang disukai.
- Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
- Sejukkan.
- Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
- Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
- Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Kredit resipi & foto: Azlita Aziz
3. PUDING OREO KASTAD

BAHAN A
- 15g agar-agar serbuk
- 200g gula pasir – kalau manis kurangkan
- 750ml air
BAHAN B
- 1/2 tin susu cair @ 200ml
- 3 biji telur
BAHAN C
- 45g tepung kastad + 60g air – untuk membancuh sahaja
SAMPINGAN
- 2 sdm milo + 1sdt coklat paste
- Pewarna kuning sedikit
- 1 bungkus biskut oreo (Inti terpulang suka yang mana) – patah 2
CARA PENYEDIAAN
- Sejukkan loyang 8 inci terlebih dahulu
- Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
- Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhana. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
- Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian.
- Untuk lapis coklat, ambil 2 cawan adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
- Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
- Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ia terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan ia tidak melekat di jari)
- Carik sedikit dipermukaannya dengan garfu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
- Ulang cara yang sama kecuali adunan coklat untuk lapis atas sekali.
- Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
- Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Sue Norrman
4. PUDING MILO LAPIS OREO

BAHAN-BAHAN ( Saiz: 8″ persegi )
- 1 bungkus @ 10g Jelly Powder – Serbuk Agar-Agar
- 750ml Air
- 160g Gula – (resipi ini guna140g gula)
- 1 tin @ 400g susu cair
- 3/4 cup serbuk Milo
- 1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis
CARA PENYEDIAAN
- Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
- Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
- Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
- Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengann api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
- Taburkan biskut oreo.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
- Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalamm peti sejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya kerana takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik
Kredit resipi & foto: Yatie
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA BOLEH JUGA SEMAK RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

