Makan tengah hari dengan lauk yang simple gerenti bertambah makan. Boleh buat menu ikan rebus goreng ni, sangat simple. Rebus ikan Selayang , tambah garam , cuka dan asam keping dan bahan-bahan ramuan lain. Kemudian digoreng dengan bawang dan cili, ermmm enaknya tak terkata.
1.Susun ikan dalam periuk dan taburkan satu sudu besar garam bukit.
๐ง๐ถ๐ฝ: Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. (Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti)
๐ง๐ถ๐ฝ: Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.
2.Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
3.Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
4.Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
5.Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.
6.Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.
Ads
7.Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.
Teringin masak nanas untuk campuran dalam masakan, ini ada idea bagus, senang dan sedap. Tak payah dan kupas kulit, nak celurย dan silap-silap masam rasanya. Jagi guna je nanas dalam tin dan tentu sedap dan mudah disediakan. Anda boleh pilih nanas dalam tin bentik kiub atau bulat, kemudian campurkan saja dalam masakan.
Senang je kan ? Nak senang lagi ini RASA kongsikan resipinya:-
AYAM NANAS MERAH MADU
BAHAN-BAHAN:
300gm isi dada ayam | hiris nipis
1/2 cawan nanas dalam tin | dadu kecil
3 sudu makana madu
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit hirisanย cili benggala merah dan hijau
1/2 biji bawang Hollandย | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng hirisan isi ayam yang telah digaul dengan sedikit garam halus. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air nanas dalam tin.
Kemudian tambahkan sos tomato dan madu, kacau rata dan perasakan dengan garam.
Setelah cukup rasa masukkan isi dada ayam goreng tadi.
Seterusnya masukkan hirisan nanas dan cili banggala.
Gaul rata seketika, kemudian tutup api.
Ayam Nanas Merah Madu sedia dihidangkan.
DAGING GORENG HALIA BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan hirisan kecil nanas dalam tin | hiris kecil
5cm halia muda | hiris halus memanjang
1/2 bawnag Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan ย daun bawang
3-4 biji cili padi | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan daging yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah hingga bertukar warna.
Tolak ke tepi kuali daging, tumis pula bawang Holland, bawang putih dan hirisan halia dan cili padi.
Kemudian tolak semula daging ke tengah kuali, kacau rata dengan bahan tumisan.
Masukkan hirisan nanas, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan taburkan hirisan daun bawang dan gaul lagi.
Ikan masin talang yang dihiris nipis-nipis dan dimasak sangat ringkas sesuai untuk yang ingin cepat dan bosan makan hidangan yang berat. Boleh makan bersama ikan masin dan nasi panas, jika suka boleh tambah kicap atau telur goreng.
IKAN MASIN TALANG TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
100gm Ikan talang masin | rendam seketika dan goreng seketika
1/2 biji bawang besar | dihiris halus
2 ulas bawang merah | dihiris halus
4 tangkai cili kering | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak
Gula secukup rasa
Bahan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan ikan masin dan cili kering. Goreng seketika.
Masukkan bahan yang dihiris halus. Kacau sehingga sebati.
Buat yang menjaga diet, pasti memilih untuk makanan yang sihat dan mengenyangkan. Menu ikan salmon sering jadi pilihan kerana kandungan protein yang tinggi. Bukan hanya salmon digunakan malah bayam melengkapi diet anda sepanjang hari .
Nak buat kuih akok tapi tiada dapur arang? Cuba resipi akok homemade yang mudah ini! Hanya guna sandwic maker, hasilnya tetap lembut, lemak manis, dan keemasan.