Siapa sangka gabungan Serunding Tom Yam dan Makaroni Bakar mampu menghasilkan satu hidangan yang enak dan menyelerakan. Cukup segala rasa masam dan masin. Lebih enak apabila menggabungkan tiga jenis keju di dalamnya iaitu Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Perfect Italiano Perfect Melt. Apabila menggunakan keju-keju ini, ia akan memberi hasil regangan yang sempurna, kerak perang keemasan yang memukau serta menaikkan rasa dalam hidangan. Kombinasi yang cukup mantap.Makaroni Bakar Serunding Tom Yam, Hidangan Yang Enak & Menyelerakan

Makaroni Bakar Serunding Tom Yam, Hidangan Yang Enak & Menyelerakan

Makaroni Bakar Serunding Tom Yam, Hidangan Yang Enak & Menyelerakan

MAKARONI BAKAR SERUNDING TOM YAM

Makaroni Bakar Serunding Tom Yam, Hidangan Yang Enak & Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • 180gram makaroni – rebus al-dente
  • 200ml Fernleaf Susu UHT
  • 250gram campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella
  • Anchor Salted Butter secukupnya

Bahan-bahan Serunding:

  • 100gram Anchor Salted Butter
  • 200ml Anchor Cooking Cream
  • 300gram daging – rebus dan siat-siat halus
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 helai daun limau purut – hiris halus
  • Garam & gula secukupnya

Cara Memasak:

  1. Untuk membuat serunding, cairkan mentega dalam kuali. Tumis cili kisar dan pes tomyam hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan Anchor Cooking Cream serta hirisan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan sebati.
  3. Tambah garam dan gula secukupnya. Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sempurna dan kering. Ketepikan.
  4. Di dalam mangkuk besar, satukan makaroni, serunding tomyam, Fernleaf Susu UHT dan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella. Gaul sebati.
  5. Sediakan bekas/casserole tahan panas. Sapu mentega secukupnya. Tuang campuran makaroni serunding tadi ke dalam bekas dan ratakan. Tabur lebihan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella dan lebihan hirisan daun limau purut.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit. Hidangkan panas.

 

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

IKLAN

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

IKLAN

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI