Isi Kandungan
ToggleKuih lengat pisang ini mungkin ramai yang tak pernah makan malah ada yang tak pernah melihatnya. Kuih tradisi memang jarang sangat dihidangkan ketika ini. Sayang kerana lengat pisang cukup enak rasanya.
Manis berlemak bersatu, kuih lengat pisang ini sesuai dihidangkan untuk minum petang. Bagi yang nak cuba boleh gunakan perkongsian resipi daripada Wani Sulinan.
Katanya kuih lengat pisang ini sangat mudah membuatnya, lebih mudah dari cekodok pisang dan hanya menggunakan empat bahan. Bahagian putih rasanya seperti tepung pelita dan hanya empat langkah untuk menyediakannya.
Cara buat lengat pisang
Bahan-bahan
1 sisir pisang berangan – resipi asal pisang lemak manis, boleh ikut citarasa
1 kotak kecil santan segera
3 sudu penuh tepung beras
Gula, garam secukupnya
Cara membuat
1) Hiris pisang nipis setiap satu kemudian susun dalam loyang cantik-cantik.
2) Tabur gula atas pisang, buat beberapa lapisan hingga pisang habis.
3) Tuang sekotak santan dalam bekas berasingan kemudian guna kotak yang sama tambah sekotak air. Masukkan tiga sudu tepung beras dan letak garam. Kacau sebati.
4) Tuang semua santan tadi ke dalam loyang pisang. Kukus selama 20 minit. Siap! Makan sejuk-sejuk lagi sedap.
Sumber: Wani Sulinan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Kuih Tradisional ,Getas Dan Abuk-abuk… Gandingan Enak DiMakan Bersama.
Dua kuih pencuci mulut ini memang sedap dimakan bersama dengan air kopi atau teh. Rasa lemak manis dan kenyal memang enak dikunyah sebagai pencuci mulut.
Jika getas rasa manis dari disira gula, kuih abuk-abuk pula dari gula merah pula. Jom cuba buat sendiri memang puas hati lah kan.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 biji kelapa parut
- 2-1/2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1cawan air | atau secukupnya
- 1sudu teh garam
Bahan sira gula :
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
- Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat, nanti susah nak bentuk).
- Uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa. Panaskan minyak masak dan gorengkan kuih getas.
- Dalam bekas/kuali yang lain, masakkan pula air dan gula hingga berbuih..
- Biarkan betul-betul pekat (apabila sudah berbuih) baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi, tutup api, kacau dan golekkan dalam gula tadi hingga kering. Biar gula melekat pada kuih.
Saiz hidangan : 20- 25 keping , saiz nuget
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lemak manis dan lembut serta kenyal teksurnya
INFO CHEF: Apabila campuran air dan gula sudah berbuih, itu tandanya ia sudah pekat dan boleh dimasukkan kuih getas di dalamnya. Jangan lupa tutup api dan biarkan gula menyalut kuih dengan rata.
KUIH ABUK -ABUK
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan biji sagu
- 2 cawan kepala parut putih
- 3 sudu makan gula merah
- 3 sudu makan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
- Basuh sagu dan toskan 5 minit.
- Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
- Campurkan gula merah dengan gula pasir.
- Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
- Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
- Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
- Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang lemak manis.
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
Resipi Pulut Dakap Orang Tua Dulu-Dulu, Memang Sedap Betul
Bahan utama untuk buat pulut dakap, tentulah pisang. Jika tidak, maka tak menjadilah pulut dakap.
Pulut dakap adalah makanan tradisi yang terkenal di negeri Kelantan. Adakala, agak sukar untuk mencari kuih ini. Jadi, jika dah teringin, mahu tak mahu kenalah buat air tangan sendiri.
Kali ini, Azura Yusoff sudi kongsikan resipi pulut dakap resipi orang tua dulu-dulu. Tak lapuk dek zaman. Pasti sedap dan asli rasanya. Jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut – Boleh beli online di sini
500gm santan pekat – Boleh beli online di sini
1 gelas air
2 cawan gula – Boleh beli online di sini
3 sudu kecil garam halus
Daun pisang (yang hijau)
Pisang tanduk (pisang kebatu / pisang nipah / pisang kelat siam atau kelat lega pun boleh)
Tali rafia (Ataupun tali getah. Saya guna tali rafia sebab ikut cara orang tua dulu-dulu)
CARA MEMASAK:
Basuh beras pulut dan rendam dalam air selama 3 jam.
Kemudian, kukus pulut sampai naik wap.
Setelah itu, masak santan, gula dan garam sehingga mendidih.
Kemudian, tutup api dan angkat periuk santan letak di bawah.
Ambil pulut yang telah dikukus tadi dan masukkan ke dalam periuk santan.
Kacau sampai sebati.
Kemudian, panaskan atas api semula dan kacau sehingga nampak keluar minyak sikit-sikit.
Setelah itu, ambil pula daun pisang dan letakkan pulut dan pisang di atasnya.
Tutupkan dengan pulut, balut dan kemudian ikat dengan tali rafia atau pun tali getah.
Dah siap, boleh lah kukus atau pun rebus.
Saya rebus sampai kering airnya untuk elakkan pulut dakap cepat basi.
Selamat mencuba.
Inilah hasilnya.
Kredit: Azura Yusoff
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ketupat Palas Jagung Gandingkan Dengan Rendang, Padu Rasanya
Sedapnya Pepes Ayam Padat Dengan Isi, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Gabungan Rasa Dua Negara, Enaknya Spageti Tomyam Pedas Berkrim
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Apam Kampung Yang Sedap & Mudah Dibuat
Isi Kandungan
ToggleKuih Apam merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba. Bolehlah nikmati untuk minum petang atau sarapan esok.
1. APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN
- 190gm gula pasir
- 180gm air
- 1/2 sudu teh esen vanilla – beli online DISINI
- 2 biji telur gred A
- 10gm mentega atau majerin – beli online DISINI
- 100gm minyak masak
- 20gm susu pekat manis – beli online DISINI
- 190gm tepung gandum – beli online DISINI
- 1 sudu teh soda bikarbonat – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
- Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
- Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
- Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
- Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
- Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
- Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
2. APAM MEKAR AIS KRIM SODA
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur gred A
- 290gm gula pasir – beli online DISINI
- 1sudu teh ovalete – beli online DISINI
- 240gm ais krim soda
- 300gm tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
- Pewarna pink atau pewarna yang disukai
CARA MEMASAK:
- Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
- Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
- Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
- Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
- Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4 penuh.
- Kukus dengan api besar selama 12 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.
3. APAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang berangan – potong kecil
- 3/4 cawan gula – jika suka manis, guna 1 cawan
- 2 biji telur gred B
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder – beli online DISINI
- 2 cawan tepung gandum
- Secubit garam
- 1/2 cawan minyak masak
- Acuan hijau kuih putri ayu secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan pisang, gula, telur, soda bikarbonat, baking powder, tepung gandum dan garam ke dalam pengisar. Kisar selama 1 minit.
- Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya smeua bahan sebati.
- Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau loyang.
- Kukus selama 5 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau loyang, waktu memasak perlu ditambah.
- Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Achik Ita Jsd Kelantan
4. APAM NASI
BAHAN KISAR:
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
- 1 cawan gula
BAHAN AYAK:
- 3 cawan tepung beras – beli online DISINI
- 1 cawan tepung gandum
- 1 peket yis mauripan 11g – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
- Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
- Kukus sehingga masak.
- Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.
Kredit resipi & foto: Nurul Atika Moktar
Anda mencari PENGUKUS? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ini Cara Buat Kuih Lopes Guna Rice Cooker. Mudah, Pantas & Menyelerakan!
Cara Buat Bahulu Cermai Homemade Yang Sedap Hanya Guna 4 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: