Lempeng Kelapa memang antara sajian yang menjadi pilihan untuk bersahur. Hidangan yang mudah dan ringkas. Nak lagi sedap, tambahkan Serunding Daging dan Keju Cheddar Chesdale. Gabungan rasa pedas serunding dan lelehan keju ni memang cukup serasi. Sekeping confirm tak cukup!
Keju Cheddar Chesdale yang digunakan diperbuat dengan susu dari New Zealand; tinggi dengan kalsium dan protein. Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan rasa makanan menjadi lebih enak dan berperisa. Memang banyak khasiat untuk anak-anak. Cubalah buat nanti.
LEMPENG KELAPA KEJU
BAHAN-BAHAN:
500gram tepung gandum
250ml Susu UHT Fernleaf
100ml air
6-8 keping Keju Cheddar Chesdale
1 sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh garam halus
Serunding Daging secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk; satukan tepung gandum, Susu UHT Fernleaf, air, kelapa parut dan garam lalu gaul sebati.
Panaskan kuali non-stick yang telah disapu sedikit mentega/minyak. Sendukkan bancuhan tepung lalu letakkan di dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian lempeng.
Letak 1-2 keping Keju CheddarChesdale di bahagian atas lempeng lalu masak Keju CheddarChesdale beberapa minit hingga sedikit cair.
Angkat lempeng dan letakkan di atas pinggan. Taburkan serunding daging secukupnya dan hidangkan segera.
Leka dapat makan kudapan yang disukai. Misalnya kerepek bawang, boleh layan makan sampai habis sepaket. Kalau suka dengan kudapan seperti ini , boleh buat sendiri dan ikut citarasa masing-masing. Moga perkongsian resipi oleh Suzi Yanti yang diwarisi dari arwah maknya boleh buat anda puas makan.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 biji bawang besar dicincang halusssss
1/2 cawan minyak masak yg dipanaskan
1/2 cawan udang kering cincang halussss
Segengam daun bawang dicincang hausss
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara-cara:
Masukan semua bhn kedalam bekas dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 15 ke 20 minit supaya mudah untuk dihiris
susun yg telah dihiris ke dalam dulang.
Jika beli di kedai, mentega kacang versi tanpa gula ni memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Tapi usah risau kerana anda boleh hasilkan sendiri secara homemade. Menarik kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MENTEGA KACANG HOMEMADE TANPA GULA
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah tanpa kulit
CARA MEMASAK:
1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.
2. Masak hingga kacang jadi seperti ini.
3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.
4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.
5. Siap untuk dinikmati.
6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
Kalau anda ada wrap di rumah, boleh cuba buat tortilla chips menggunakan wrap tersebut. Rangup dan sangat sedap. Daripada wrap terbiar begitu sahaja, lebih buat kita oleh menjadi tortilla chips. Resipi ini dikongsi oleh saudari Zatil Arip yang menghidangkan chips ini dengan telur hancur.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.