Menu makan malam ni kita masak lempeng. Memang kenyang tambah pula dimakan dengan gulai ayam. Nak buat yang gebu, ikut resipi ni. Gerenti bertambah makan. Lempeng ni ikut resepi dekat warung, dapat sekeping pun kenyang. Betul-betul sedap,gebu dan lain dari lain. Cicah dengan sambal pun sedap.
LEMPENG KAMPUNG
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan tepung kentang
Garam
Ads
Sedikit ajinomoto -option
1 biji telur gred paling kecil, kalau gred besar kurangkan putihnya
Cara membuat:
1.Satukan semua.Tuang air kalau ikut sukatan cawan mak dalam 4 cawan. Korang boleh agak-agak adunan tu tak pekat dan tak cair. Cara tengoknya masa korang tuang dari senduk adunan tak melekat dekat senduk. Kalau korang rajin tapis la pakai tapis besi tu.
2.Panaskan kuali tidak melekat.
3.Sapu pakai tisu minyak di kuali
4.Tuang adunan sesenduk.Buat bulatan O pakai belakang senduk.Masa ni kecil kan sedikit api.
Kuih tepung pasung atau kuih serunai ini, popular di bahagian negeri Pantai Timur.
Diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti, ia diletakkan dalam acuan berbentuk kon yang dibuat dari daun pisang.
Kuih ini sesuai dimakan waktu pagi atau waktu petang. Melalui perkongsian daripada Tahrunnisah Jali ini, dia kongsikan resipi dan cara buat kuih ini.
KUIH TEPUNG PASUNG/KUIH SERUNAI
Mula-mula, kena buat kelongsong dia. Saiz 14cmX14cm, layurkan daun pisang dulu atas api dan ikut step by step.
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
2 sudu besar gula* 1 ½ ketul nisey atau kalau tak ada, boleh guna gula melaka* 1 2/3 cawan air (350ml-400ml)* 1 helai daun pandan disimpul* 40gm tepung beras 20gm tepung ubi 1 sudu kecil air kapur
1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. Kemudian, dibiarkan sejuk. 2. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur. Kacau sebati.
3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental. Tutup api.
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
1 ½ cawan santan pekat 2 ½ sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil garam (anggaran) 1 sudu kecil gula
CARA MEMBUAT:
1. Campur kesemua bahan di atas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daripada Ruzanna Abd Rahman. Wanita ini membuat kuih Puteri Ayu yang cantik kejadiannya.
Kuih ini sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan. Boleh juga dihidangkan sebagai juadah minum petang.
Kuih orang lama, namun tetap diminati hingga kini. Jom kita cuba!
KUIH PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete
100 ml santan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil emulco pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT
1. Satukan telur ayam, gula dan ovellete. Gunakan mixer dan kisar sehingga gebu serta ringan.
2. Masukkan santan. Kisar lagi sehingga ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kisar lagi.
4. Masukkan emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau lagi.
5. Masukkan dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Cantik kejadian kuih ini.Sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Dah menonton rancangan Nostalgia Ramadan semalam, menarik bukan. Sebenarnya bila dapat tahu Chef Wan akan memasak menu Sayur Lodeh Johor, Louisa Alissa Chong Abdullah atau Louisa Chong cukup teruja menantikan juadah yang selalu dimasak ibu mentuanya dari Johor.
Setiap kali puasa dan Hari Raya, ibu mentuanya memasak seperiuk besar kerana tahu anak menantunya Louisa cukup suka dengan hidangan ini.
Mendirikan rumah tangga dengan Hamid Samad, masakan Melayu memang sudah sebati dengan diri Louisa. Apa tidaknya neneknya berketurunan baba nyonya Melaka yang sajiannya banyak menyamai masakan Melayu.
Selain Louisa ibu saudaranya juga juga berkahwin dengan orang Melayu seperti dirinya. Jadi amalan berbuka puasa memang cukup difahami dan dihormati dalam keluarga Louisa.
Setiap kali balik beraya ke kediaman keluarga mentua pula, hidangan Sayur Lodeh Johor akan disajikan. “Kalau mak mentua yang masak kuah ni , percaya tak saya boleh makan segala sayurnya dan boleh mengadap tiga mangkuk sekali makan. Kuah lodeh tu saya hirup macam minum air,”ujarnya tertawa kecil.
Buat Louisa kedatangan Ramadan ditunggu dengan cukup teruja. “Bagi saya berpuasa taklah susah sangat. Macam hari biasa aje, cuma kita bersarapan awal pagi dengan bersahur. Banyak kebaikan berpuasa ni salah satunya saya dapat juga berdiet cara sihat,” ceritanya yang juga memenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Cina terbitan Media Prima yang berlangsung di China, peringkat Asia baru-baru ini.
Bagi sesiapa yang nak ‘refresh’ memori atau tercicir mencatat resipi semalam, ni dia 2 resipinya Sayur Lodeh dan kuih Bingka Ubi.
SAYUR LODEH
BAHAN-BAHAN :
1 liter santan cair
300gm udang basar | dibersihkan
Bahan dikisar halus :
10 biji bawang merah
2 batang serai
1sm halia
1sm lengkuas
8 biji buah keras
10 tangkai cili merah | dibuang biji
1sm kunyit hidup
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan belacan | dibakar
4 ulas bawang putih
60gm udang kering
Bahan sayur-sayuran :
10 batang kacang panjang | dipotong panjang 5sm
3 keping tauhu | digoreng dan dipotong besar
4 keping tempe | digoreng dan dipotong besar
1 batang terung | dipotong 5sm panjang
150gm kubis
½ biji sengkuang | dipotong memanjang
30gm soo hoon | dicelur
4 helai daun salam
2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus hingga naik bau.
Masukkan santan cair dan sayur-sayuran, biarkan sehingga semua sayuran masak.
Selepas 10 minit masukkan udang basah. Sajian sedia dihidang.
KUIH BINGKA UBI
BAHAN-BAHAN :
4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Hancurkan gula merah dengan santan dan tapis.
Masukkan ubi, gula pasir dan garam. Gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang saiz 8 1/2″ atau 9″ yang telah dilengser minyak di permukaan dan di bahagian tepinya.
Bakar hingga masak. Jika guna ketuhar, masak menggunakan suhu 200C selama 45-50 minit atau sehingga masak.
Untuk pastikan bingka masak atau tidak, cucuk menggunakan lidi. Jika tidak melekat, itu menandakan bingka telah masak.
Angkat dan potong bila dah sejuk
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA ELFIRA ROY.
Artis lain yang memeriahkan lagi rancangan ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Ummi Aida, Siti Nordiana, Amelina, Sharifah Shahira, Amelina, Aaron Aziz, Azira De Fam, Abam Bochey , Noorkumalasari, Serina Chef Wan, Kak Engku dan lain-lain lagi.
Ingat tau jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.