Bila diimbau balik kisah Datin Seri Emylia Yusnita Mohd Tahir mewarisi ilmu memasak memang cukup menyentuh hati. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia lapan bulan. Wanita tabah ini dibesarkan oleh ayah dan arwah moyangnya, Temah Samad yang berkerja sebagai Ketua Tukang Masak di istana Pahang.
Neneknya lebih dahulu meninggal dunia, semasa ibu Datin Seri sedang mengandungkan beliau . Wanita gigih ini duduk bersama arwah moyang di Pahang dengan sering dikunjungi dan kadang-kadang mengikut ayahnya yang tinggal di Johor.
Moyang Jadi Idola Memasak
Di zaman kanak-kanaknya usahawan dan pemilik lima khidmat SPA ini sering mengikuti arwah moyang yang berkerja di dapur Istana, Pekan, Pahang. Makanan yang dimasak adalah untuk Almarhum Sultan Abu Bakar sekeluarga yang cukup menyukai masakan moyangnya.
“Dulu-dulu masa sekolah rendah saya rajin ikut arwah moyang memasak di dapur istana. Bahan-bahan semua sudah disusun pembantu. Saya suka tengok gaya arwah memasak dan perhati bahan-bahan yang digunakan. Dari situ saya dah mula tahu macam mana nak masak dan bila sekolah menengah saya dah boleh memasak.
Di antara amalan masak arwah moyang adalah membuat rempah ratus yang diproses dan dikisar sendiri. Hingga kini saya amalkannya dan saya tak pernah beli rempah yang sudah diproses dalam peket. Aromanya lebih wangi dan rasanya lebih berperisa. Saya juga buat sendiri pes cili kering dan tidak sekali-kali menggunakan cili boh,”kongsi beliau mengenai ilmu masakan yang diwarisi dari moyangnya.
Ads
Seperti juga stail masak orang tua dulu-dulu, Datin Seri Emylia juga memasak ikut campak-campak dan agak-agak bagi mendapatkan rasa lauk yang betul-betul sedap.
Suri hati kepada Datuk Seri Ahmad Hj Abas dan ibu kepada tiga cahaya mata berusia 14, 12 dan 3 tahun ini sememangya handal di dapur. Tidak hairanlah jika rumahnya juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang cukup mengemari masakan dari air tangannya
Ni dia empat juadah istimewa yang dijamu rakan-rakan rapat beliau.
NASI KAROT
BAHAN-BAHAN :
5 cawan beras basmati | cawan penyukat periuk elektrik
6 cawan air
3 biji lobak merah | disagat batang mancis
4 ulas bawang putih | ditumbuk
4 biji bawang merah | ditumbuk
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
½ tin susu cair | susu isian sejat
1 sudu kecil garam
4 helai daun pandan
1 lembar daun pudina | disimpul
1 lembar daun ketumbar | disimpul
4 sudu makan mentega
Segenggam kacang gajus | digoreng tanpa minyak
*Beras basmati direndam sekurangnya 30 minit sebelum masak
CARA MEMASAK :
Panaskan mentega dalam periuk lain dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu, manis dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
Masukkan air, susu cair dan garam, dan biarkan mendidih.
Ambil beras yang telah dibersih dan toskan dan masukkan ke dalam periuk elektrik,
Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan mendidih tadi (air, susu cair dan garam) ke dalam periuk elektrik .
Masukkan lobak merah yang telah disagat .
Bila air sudah mengering masukkan daun pudina dan daun ketumbar.
Balik-balikkan nasi bila sudah betul-betul kering. Sajian siap dihidang.
OPOR DAGING
BAHAN-BAHAN:
½kg daging batang pinang
Bahan dikisar :
4 ulas bawang putih | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 batang serai | dikisar
4sm halia | dikisar
4sm lengkuas
Bahan disangai (goreng tanpa minyak dan kisar)
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh Jintan manis
1 sudu teh Jintan putih
6 sudu makan kerisik
2 sudu makan rempah opor
Gula merah dan garam secukup rasa
1 sudu kecil asam jawa
Minyak masak secukupnya
Sedikit air | secukupnya untuk mengelakkan kering
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar , kemudian masukan bahan-bahan yang disangai.
Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah opor, tumis lagi sampai naik minyak.
Tambahkan sedikit air, masukkan daging dan kacau sehingga kesemua bahan yang ditumis sebati dengan daging. Biarkan daging empuk.
Masukkan kerisik, kacau dengan api yang perlahan. Biarkan mereneh sebentar.
Masukkan garam dan gula merah secukup rasa
ACAR BUAH
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (bahan tumis) :
1 1/3 cawan minyak untuk menumis | Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak )
1 sudu makan biji sawi
Ditumbuk atau kisar tanpa air:
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2.5sm halia
Bahan B (rempah tumis)
3 sudu makan rempah kari
8-10 tangkai cili kering | dibuang biji ,rebus dan kisar)
Disangai dan dikisar halus:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh Jintan Putih biji
1 camca teh Jintan Manis biji
Bahan C 4 sudu makan gula merah 2 sudu makan sos cili
Garam secukupnya
2 sudu makan perahan lemon
Bahan D Disangai : 1/4 cawan bijan 1/3 cawan biji sawi
Ads
Bahan E (Buah-buahan)
50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)
* Kalau buah yang berbiji atau besar seperti prune lebihkan sedikit timbangan | dipotong dua atau empat, atau biarkan sebiji-biji.
2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
12-15 ulas bawang merah | dibelah dua
Cili Padi secukup nya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam periuk.
Tumiskan bahan A sehingga garing.
Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula.)
Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur
Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
BUAH MELAKA KUKUS
BAHAN-BAHAN :
4 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
6 helai daun pandan | diracik halus dan dikisar bersama 1 cawan air
Gula melaka secukunya | dipotong kecil
1 kotak kecil santan kotak | dicampur sedikit air ,sederhana pekat
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Tepung pulut dan tepung gandum digaul bersama air dan letakkan secubit garam.
Masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Ulikan hingga tak melekat di tangan.
Bentukkan bulat dan masukkan gula Melaka yang sudah dipotong kecil ke dalamnya.
Bulatkan lagi dan ketepikan
Masukkan santan ke dalam bekas untuk dikukus, masukkan secubit garam. Panaskan kukus terlebih dahulu.
Masukkan kuih ke dalam bekas kukus berisi santan dan masak selama 10 minit. Sajian sedia dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kek Pisangyang lembut gebu dan nampak urat pisang sememangnya sangat sedap dan digemari ramai. Jika resipi tersebut mudah, lagilah ramai yang suka. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Pisang yang menggunakan sukatan cawan, saudari Zuhaidar Mohd Sofi ada kongsikan resipinya. Sememangnya sangat senang. Beliau juga ada berkongsi tip untuk menghasilkan kek yang berurat cantik. Resipi ini juga sesuai untuk dibakar dan juga dikukus. Jom cuba!
RESIPI KEK PISANG MUDAH & GEBU, SUKAT GUNA CAWAN JE
Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Tokyo. Ia juga dikenali dengan nama Apam Manja. Nak cuba? Ini resipinya.
APAM TOKYO/MANJA
BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:
1 cawan tepung gandum – diayak
1/2 sudu teh serbuk penaik – diayak bersama tepung
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan marjerin cair
Secubit garam
BAHAN INTI KASTARD PANDAN:
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan air pati pandan pekat
1 cawan santan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan didalam periuk atau kuali.
2. Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat.
3. Padamkan api dan sejukkan inti.
4. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.
6. Sendukkan adunan ke atas kuali tidak lekat dan sudukan inti dengan secukupnya.
7. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.
8. Sedia untuk dinikmati.
Apam Tokyo ni juga sedap jika menggunakan inti Kastard dan Kaya.
BAHAN UNTUK INTI KASTARD:
1/2 cawan tepung gandum – diayak
1 sudu makan tepung kastard – diayak
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu kotak/cair
1 sudu teh pewarna
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan diatas di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Masak guna api sederhana besar dan masak hingga likat.
BAHAN INTI KAYA:
60gm gula
125ml air panas
1 sudu makan tepung jagung
170gm gula
300ml santan
3 biji telur
Daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak gula menjadi gula hangus. Masukkan air panas.
Satukan semua bahan lain dan bancuh hingga larut.
Tuang abncuhan ke dalam periuk berisi gula hangus. Masak sehingga likat.
Jika nak hasilkan kaya yang seperti yang dijual di kedai, bila dah masak, kisar seketika. Hasilnya memang cantik licin.
Info: Inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Boleh juga menggunakan coklat.
Kurang 4 jam sahaja lagi, tahun 2020 akan melabuhkan tirai dan 2021 bakal memulakan ceriteranya. Setahun berlalu, banyak pahit manis, suka duka yang dirasa. Ada kisah yang gembira tidak kurang juga mendukakan.
Awalannya kedatangan 2020 paling dinanti kerana dianggap tahun paling bersinar dari segala segi. Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa dan ketentuan Ilahi? Penularan wabak yang tidak dijangka, pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberikan kesan yang sangat besar pada kita semua.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diambil oleh kerajaan menjadi satu pengalaman yang bakal dikenang sepanjang hayat lebih-lebih lagi bagi rakyat Malaysia yang baru pertama kali menghadapi situasi genting ini. ‘Seakan negara tengah berperang’ – Ada yang beranggapan sebegitu. Mana tidaknya, jalan raya senyap sunyi. Kedai dan perkhidmatan hampir semuanya ‘lumpuh’ dan tidak beroperasi. Rindu terhadap keluarga terutamanya masakan ibu yang jauh dimata, memang tidak boleh disangkal lagi. Nak keluar makan di kedai pun, semuanya tutup.
PKP juga membawa hikmah dan kebaikan dimana ramai yang kurang mahir di dapur sebelum ini, sekarang sudah pandai masak dan boleh hasilkan bermacam hidangan enak untuk keluarga. Yang bertambah berat badan pun ramai kan? Ha… Tapi paling penting, kesihatan juga harus dijaga.
Bagi menutup tirai tahun ini, RASA ingin kongsikan kembali seleksi resipi-resipi terbaik yang menjadi pilihan para pembaca di laman web www.rasa.mydi sepanjang tahun 2020. Terima kasih atas sokongan anda semua kerana menjadikan RASA sebagai laman web masakan No 1 di Malaysia. Diharap semoga tahun 2021 memberikan lebih banyak sinar kegembiraan dan permulaan yang lebih baik buat kita semua. Insya-Allah.
KOLEKSI 12 RESIPI TERBAIK, PALING POPULAR 2020
1. DAGING DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah – lebih lagi sedap
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai – lebih lagi sedap
3 senduk besar lada kisar
1/2 mangkuk kicap – untuk perap bersama daging
2 senduk kicap lemak manis
1 kg daging – hiris
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Perap daging bersama 1/2 mangkuk kicap.
2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan lada kisar. Masak hingga sedikit garing.
4. Masukkan daging yang telah diperap dengan kicap tadi. Biarkan daging dengan api kecil @ sederhana dan kacau sentiasa agar tidak hangus di bahagian bawah. Jika kurang rasa, tambahkan kicap.
5. Masak hingga daging menjadi kering. Angkat dan hidangkan.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. lebih lama perap lagi sedap rasanya.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
CARA MEMASAK: 1. Ayam dibasuh bersih dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam goreng rangup yang sebenar.
2. Dalam bekas bersesuaian, masukkan tepung bestari. Tambah sedikit air. Pastikan kelikatannya tidak terlalu cair.
3. Gaulkan dengan ayam. Perap selama 5 jam.
4. Dalam bekas berasingan, satukan bahan-bahan B. Adun rata.
5. Ambil seketul ayam yang diperap tadi, lumurkan ke dalam campuran tepung. Tekap hingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak. Boleh salut 5-6 ketul sekaligus untuk sekali gorengan.
6. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam periuk. Empunya resipi goreng guna periuk kerana ia dalam dan boleh memuatkan minyak yang banyak. Ayam pun boleh masak dengan sekata.
7. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu persatu. Goreng guna api sederhana kuat. Balikkan ayam sekali sekala.
8. Bila ayam telah berwarna coklat keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Lumurkan pada ayam dan perap selama 30 minit atau lebih.
2. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan ayam. Tutup penutup periuk dan rebus selama 5-6 minit.
3. Angkat ayam dan sapukan dengan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan.
4. Gantungkan ayam sekejap anggaran ½ jam atau lebih supaya ayam menjadi kering. Ia bertujuan menghasilkan ayam yang cantik dan berkilat apabila digoreng.
5. Panaskan minyak hingga betul-betul panas, Kemudian jirus ayam menggunakan minyak tadi sehingga rata. Bila kulit ayam dah kering, benamkan ayam dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
6. Angkat ayam dan sapukan dengan madu secukupnya supaya kelihatan berkilat. Ketepikan.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
1 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
2 helai daun pandan
¼ sudu teh serbuk kunyit
Air rebusan ayam secukupnya – jumlah air bergantung pada jenis beras yang diguna. Sukatan air 2 kali ganda dari sukatan untuk masak nasi biasa.
CARA MEMASAK:
1. Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi.
2. Kemudian masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit.
3. Masukkan juga air rebusan ayam dan beras. Kacau rata dan biar nasi hingga masak.
RESIPI SOS CILI
BAHAN-BAHAN:
1/2 senduk (nasi) cili kering kisar
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
Gula, garam dan cuka secukup rasa
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali air dan tepung jagung dan masak atas api sederhana. Tambah sedikit air.
2. Bila cili kelihatan masak, masukkan bancuhan tepung jagung secukupnya untuk memekatkan sedikit kuah.
RESIPI KICAP AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang putih – cincang
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap, sos tiram,gula dan tambahkan air. Kacau hingga sedikit mendidih.
2. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan.
3. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ayam, sos cili dan juga sup.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili padi serta bawang putih hingga kekuningan. Angkat. ( Cili padi perlu dipatahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan ia meletup masa menggoreng.)
2. Masukkan bahan goreng tadi ke dalam bekas pengisar.
3. Masukkan kicap. Kuantitinya sehingga menutupi paras bahan tadi.
4. Tambahkan kicap pekat dan kicap cair untuk warna sambal yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut cita rasa. Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sambal hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Boleh tambah perisa jika perlu.
7. Ibu Sambal Kicap ni sesuai dinikmati bersama pelbagai sajian makanan seperti Soto, Bihun Sup, Bergedil Tauhu dan lain-lain lagi.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar belacan dan bawang besar. Pastikan bawang tidak terlalu layu. Bila nampak agak-agak layu sikit, terus angkat.
2. Masukkan belacan dan bawang yang telah digoreng bersama cili api, cili besar dan gula. (INFO:
Cili tidak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pun boleh.
Gula jangan banyak sangat. Agak-agak sahaja untuk seimbangkan rasa.
Tidak perlu letak garam kerana belacan Melaka sudah masin. Tapi boleh ditambah jika perlu.)
3. Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan ini tidak menggunakan air. Hanya air limau kasturi sahaja.
4. Kisar kasar. Jika buat dalam kuantiti sedikit, boleh guna lesung batu sahaja.
5. Semasa kisar, Sambal ini tidak menggunakan sebarang air. Hanya guna air limau kasturi sahaja untuk menggerakkan blender.
6. Sambal ini kena ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Rasa untuk seimbangkan dengan cita rasa anda.
1 1/2 cawan air suam – isi dalam gelas besar @mangkuk untuk elak buih yis melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan@Saf
1 biji kuning telur gred A@2 biji kuning telur B yang dibuang pusat & dikacau terlebih dahulu (rahsia lembut gebu)
BAHAN-BAHAN LAIN:
4 cawan tepung gandum – ayak (Empunya resipi guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan shortening
2 sudu makan marjerin (kalau tak ada Shortening boleh guna 3 sudu makan marjerin,cairkan dan biar sejuk)
2-3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada ( empunya resipi guna pelembut serbaguna Cream Super).
Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK: 1. Satukan air suam dan gula. Kacau hingga gula larut.
2. Masukkan yis dan kacau sekejap. Biarkan selama 15 minit atau hingga berbuih.
3. Bila yis dah berbuih, campurkan kuning telur dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Satukan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Gaul rata.
5. Tuang perapan yis yang sudah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. (Kalau doh rasa ok, tak perlu tambah air lagi. Doh mesti lembut dan sedikit melekit).
6.Terus uli dengan cara tarik tolak doh (seperti memberus baju) hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. (Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas sekali sekala dan picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit).
7.Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Pada masa ini doh sudah tak melekat pada tangan.
8.Tutup bekas doh dengan penutup@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
9.Apabila doh dah cantik kembang, tekan @ tumbuk perlahan-lahan untuk buang angin dan bolehlah dibentuk atau direrap guna acuan donat. (Sentiasa lumur tepung pada tangan supaya doh tak melekat.)
10. Dah siap bentuk, rehatkan doh lebih kurang 30 minit bergantung suhu ruang. (Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar. Jangan rehat doh sampai terlebih kembang kerana nanti donat akan mengecut, lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.)
11. Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak dan salut gula.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan snow Powder @dusting powder
Sedikit gula kastor
CARA-CARA: 1. Satukan kedua-dua gula dan kacau rata. 2. Letak donat yang telah digoreng dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.
1kg tepung gandum ( empunya resipi guna cap blue key)
1 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin
350ml air
2 sudu makan air rendaman kapur makan (yang jernih)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak bersama marjerin. Sukatan ini untuk 1 kg tepung. Jika nak buat 2kg, gandakan sahaja bahannya.
2. Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu. Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.
3. Gaul tepung hingga jadi seakan serbuk roti.
4. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati. Jangan risau jika tepung tidak menjadi licin. Asalkan ia sebati, sudah mencukupi.
5. Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik sebegini. Tujuannya supaya doh tidak terkena angin. Perap selama 4 jam. Tujuan doh diperap pula adalah supaya ia lembut dan berminyak sedikit.
6. Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.
7. Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masa. Kemudian bekukan.
RESIPI INTI KENTANG
BAHAN INTI KARIPAP:
1 kg ubi kentang | dipotong dadu, direbus dan di tos airnya
1/2 biji bawang besar | didadu kecil
4 sudu makan serbuk kari
8 sudu makan gula | boleh dikurangkan jika kurang gemar inti karipap yang manis
3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa | boleh abaikan
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air, gula, garam dan perasa.
3. Seterusnya masukkan ubi kentang. Kacau hingga kering.
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Boleh digunakan untuk menghasilkan karipap.
1 sudu teh cream of tartar – boleh ganti dengan 1 sudu makan jus lemon
BAHAN B:
5 biji kuning telur
1 biji telur
3/4 cawan tepung kek
1/4 cawan minyak jagung
Secubit garam
1/4 cawan santan kotak
1 sudu teh perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK: 1. Untuk bahan A, pukul putih telur hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan jus lemon.
3. Pukul lagi hingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
4. Kemudian, dalam bekas berlainan, satukan bahan B dan pukul hingga sebati dan berkrim.
5. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. Kaup balikkan hingga sebati.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Kemudian ambil loyang yang bersesuaian, lapik dasar loyang menggunakan baking paper. Kemudian oles dengan marjerin dengan secukupnya.
7. Tuang adunan kek tadi. Jika suka, boleh corak bahagian atas kek ikut kreativiti masing-masing.
8. Ambil satu loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi. Isikan air panas.
9. Letak loyang kek ke dalamnya dan bakar guna teknik double boiler selama 70 minit menggunakan api atas bawah.
10. Bila kek masak, sejukkan seketika dan bolehlah dinikmati.
BAHAN GULA HANGUS ( jika guna loyang saiz 7 inci):
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula dalam loyang masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan (sentiasa kacau).
2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan biarkan seketika. Boleh sediakan bahan puding. Jika guna bekas dadih kecil, sukatan gula berbeza.
BAHAN GULA HANGUS (jika guna bekas dadih):
3/4 cawan gula ( hampir penuh)
1 cawan air panas
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan (sentiasa kacau).
2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan sejukkan seketika.
4. Masukkan 1 sudu makan gula hangus ke dalam bekas dadih. Biarkan dan boleh sediakan bahan puding.
BAHAN PUDING:
1 paket serbuk agar-agar @ 10gm (guna serbuk yang kosong @ jernih. Jika guna agar-agar tali, sukatanya 20gm atau 25gm)
4 cawan air
3 sudu makan tepung kastard
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan hingga sebati, tapiskan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga larut.
2. Apabila dah mendidih kuat, tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada gula hangus tadi atau sudukan ke dalam bekas dadih. Biar sedikit suam.
3. Masukkan dalam peti sejuk. Bila dah mengeras, bolehlah dipotong dan dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. DOH MINYAK: Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan. 2. DOH MARJERIN: Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh. 3. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak. 4. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Masukkan doh marjerin di dalamnya. 5. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh. Rehatkan doh 5 minit. 6. Ambil 1 doh dan canaikan. 7. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-calit sahaja. 8. Gulung doh tadi dan letak memanjang. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi. 9. Gulung doh sekali lagi. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit. 10. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa. 11. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing. 12. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan. 13. Siap untuk dinikmati.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...