Rasa tak mau makan malam dengan menu berat, apa kata anda cuba lempeng gulung yang gerenti ketagih sekali makan mesti nak cuba lagi. Yang penting ia sedap dan mudah disediakan. Anak-anak pun gerenti suka. Kalau buat lebih boleh dijadikan bekal untuk anak ke sekolah atau anda bawa ke pejabat keesokan harinya..
LEMPENG GUNTING CICAH SAMBAL TUMIS DAGING KISAR
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL TUMIS DAGING KISAR:
Ads
250gm daging kisar
1 biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan sos bolognese
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
Kisar sebati hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak untuk permulaan.
Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
Ratakan menjadi bulat yang nipis.
Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan hingga habis adunan.
Seterusnya sediakan Tumus Daging Kisar.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan sos bolognese
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Memiliki anak yang boleh tahan ramai, dengan ibu bapa bekerja memang memerlukan teknik supaya tetap dapat makan di rumah.
Paling penting, menu kenalah senang disediakan dan peralatan di dapur mudah dibersihkan. Tapi tetap sebolehnya menyihatkan dan anak-anak tetap berselera hendak makan.
Menerusi perkongsian resipi daripada Khabbab Jamalludin, hidangan burger kukus ini sangat sedap, ringkas, cepat disediakan.
Kelebihan Burger Kukus :
1. Bahan mudah. 2. Tidak ada tambahan minyak/mentega. 3. Lemak dari daging(patty) turut dikurangkan. 4. Daging patty tak mengecut sangat, moist dan lembut (tak kalah sedap berbanding digoreng) dan anak-anak approved. 5. Dapur tak berminyak bau masakan tak pergi merata tempat. 6. Tak perlu pakai banyak perkakas atau pinggan mangkuk. 7. Cepat kerana boleh masak serentak sekali banyak.
3. Ya, roti juga boleh muat 6 sekali jalan. Tak perlu sapu mentega ke apa. Lepas kukus, tekstur dia macam roti hailam kukus; lembut, fluffy, chewysedikit. Memang best.
4. Panaskan air pengukus. Pengukus asal saya dah berlubang jadi saya pakai kuali saja.
5. Letakkan tepak yang berisi daging dahulu. Tutup dan biarkan masak selama 5 minit. Antara 5 minit tu boleh balikkan pakai sepit. Jangan risau, tak melekat.
6. Lepas daging masak (dalam 5 minit), baru letakkan tepak berisi roti di atas, tutup dan biar kukus selama 2 minit. Selepas itu boleh tutup api.
7. Ini minyak lemak dari daging pattyyang turun. Ada juga lagi ditepak patty tadi. Boleh bayangkan berapa banyak kita elak dari lemak masuk ke badan kita dan anak anak kita.
8. Sediakan roti dan daging burger yang sudah siap dikukus. Boleh letakkan kepingan cheese jika suka.
Bagi anda yang ada anak kecil, pasti akan menggemari sajian Oyster Sauce Chicken @ Ayam Masak Sos Tiram cara cina ini. Menu ini bersifat savori tapi manis. Ayamnya dimasak lembut dan berjus. Rasa sos yang pekat tapi tidak terlalu masin. Berbeza dengan ayam masak sos tiram versi Melayu. Ayam sos tiram versi Melayu digoreng garing dahulu kemudian baru dicampur ke dalam kuah sos tiram. Ha…Bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Anak-anak pasti suka.
Potongan ayam secukupnya Secubit serbuk kunyit – beli online disini Sedikit garam (tak perlu terlalu masin) 2-3 tiga titis cuka makan – beli online disini 2 sudu minyak masak 1 ulas bawang putih – ketuk 1 pokok daun bawang – potong panjang 1/2 biji bawang merah – hiris 1/2 batang lobak merah – potong mancis Sedikit air 1 sudu besar kicap pekat – beli online disini 1 sudu besar kicap cair – beli online disini 1 sudu besar sos tiram – beli online disini 2 sudu air bancuhan tepung jagung – beli online disini
1.Sediakan ayam. Satukan dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan cuka makan. Gaul sebati dan perap selama 10 minit.
2. Panaskan minyak masak ke dalam pan. Masukkan ayam. Tutup pan.
3. Biarkan ayam keluarkan jus dan masak dalam proses pengewapan. 4. Bila buka penutup pan, ayam akan jadi warna keemasan seperti ini. Balik-balikkan dan tutup semula pan. 5. Biarkan ayam sehingga jus kering.
6. Potong lobak merah, daun bawang, bawang merah dan bawang putih.
7. Masukkan bawang putih, bawang merah dan hirisan lobak merah ke dalam pan. Masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih.
8. Tutup lagi. Biarkan ayam masak sehingga air kering.
9. Bila air sudah kering. Masukkankicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Tidak perlu lagi tambahan perasa lain.
10. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sehingga kuah menjadi pekat dan likat.
Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.