Resipi Som Som Sagu atau Kanji Som Som bergedik perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian manisan tradisional, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK SOM SOM SAGU @ KANJI SOM-SOM
BAHAN SAGU:
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK: 1. Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan pewarna hijau. Kacau. 2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu. Kacau hingga pekat. ( masa ni sagu masih bermata ikan). Padam api. 3. Tuang sagu ke dalam bekas kecil. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih. Sejukkan.
BAHAN KANJI SOM-SOM:
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk. Sebatikan dan masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Pastikan sentiasa dikacau untuk elak berketul. 2. Tuang adunan kanji ke atas sagu tadi. Sejukkan.
Zaman sekarang ni dah ada Air Fryer kalau google je pelbagai resipi boleh dicuba! Teringin Kuih Bakar? Walaupun kuih tradisional, guna Air Fryer pun boleh menjadi kuihnya. Jangan risau, saya kongsikan resipi dari awal sampai akhir cara pembuatan Kuih Bakar guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ni.
Cara penyediaannya sangat cepat dan mudah. Tekstur dan rasa Kuih Bakarnya sama sahaja seperti menggunakan ketuhar. Jom cuba!
KUIH BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua bahan tadi sampai sebati. Masukkan dalam loyang (loyang air fryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun).
Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau. Kira bahagi 2 lah bancuhan tu.
Masukkan air fryer suhu 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
Siap! Tunggu betul-betul sejuk baru potong tau. Nanti bahagian tengah tu akan mendap sikit. Fuhhh bau dia, serius sedap!
Jom sesekali kita cuba buat sarapan berbeza sikit. Asyik makan nasi goreng je kan. Jom try roti bawang putih dengan sup cendawan.
ROTI BAWANG PUTIH & SUP CENDAWAN
Bahan Roti Bawang Putih
• Bawang putih
• Mentega
• Secubit garam (jika mahu)
• Daun parsley
• Roti Gardenia
Cara membuat
1. Tumbuk bawang putih. Masukkan ke dalam mentega. Gaul rata.
2. Masukkan garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.
3. Sapu ke atas roti.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah.
Bahan Sup Cendawan
• 300 ml air
• 500 ml susu segar
• 1 kiub ayam
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 tin cendawan butang (hiris atau cencang)
• 1/2 sudu teh daun parsley
• 1/2 sudu besar mentega
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 cawan tepung gandum
Cara membuat
1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Siap.
Jika suami dan anak-anak anda penggemar pencuci mulut yang manis, apa kata cuba sediakan puding karamel yang sememangnya menjadi kegemaran ramai ini. Memang sedap dimakan ketika sejuk. Nikmat sungguh! Jika anda tidak pernah buat sebelum ini, jom kita cuba ikut resipi perkongsian Juman Islam.
RESIPI PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN KARAMEL:
5 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
CARA PENYEDIAAN:
Masak gula api kecil sehingga gula cair dan warna keemasan. Kacau perlahan sehingga sebati & masukkan air panas (hati².. nanti akan meletup² @ merecik..) Tuang dalam loyang dan biar caramel seketika.
BAHAN-BAHAN PUDING:
6 biji telur
1 sudu esen vanilla (sy lebihkan sikit)
1 tin susu cair @ sejat
1/3 tin susu pekat (manis sedang-sedang je..)
1/4 cawan air masak
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan semua bahan dan blend sekejap sahaja dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus 20-30 minit.
* Pastikan puding ni betul-betuk sejuk sebelum nak keluarkan daripada loyang.. (saya masuk dalam freezer sebab nak bagi cepat sejuk)
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.