Kalau nak buat kuih yang simple dan cepat lagi-lagi di bulan puasa ni, bolehlah cuba buat kuih sagu yang senang dan sedap ni. Cara membuatnya sangat mudah tak perlu dimasak baru nak kukus. Selamat mencuba!

Resipi Kuih Sagu, Tak Perlu Nak Masak Baru Kukus. Paling Senang Nak Buat!

Resipi Kuih Sagu, Tak Perlu Nak Masak Baru Kukus. Paling Senang Nak Buat!

IKLAN

RESIPI KUIH SAGU

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Sagu setengah cawan
  • Gula 5 sudu
  • Kelapa parut + garam( kukus kejap)

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros(saya rendam 1jam setengah)
  2. pastu toskan, buh dalam satu bekas dan tambahkan gula kacau2,
  3. Sudukan dalam acuan dan kukus selama 25-30 min..
  4. Kemudian gaulkan dalam kelapa..
  5. Siap..sedap…langsung tak nampak putih2..merah jernih ja kuih lepas siap…
    * manis yg saya guna manis2 buah ja..kalau suka manis lagi boleh tambah gula sikit lagi
    * sy buat nie dapat 13 kuih yg comel..

Selamat mencuba

Kongsi resipi: Zuhara JN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI