
Sedapnya Lasagna Daging. Anda gemarkan hidangan ini? Biasanya untuk menjimatkan masa, ramai yang menggunakan sos Bolognese segera sebagai sos utama. Namun sebenarnya kalau buat sendiri di rumah, rasanya jauh lebih enak dan puas hati.
Hanya menggunakan sos tomato, sos cili dan beberapa bahan mudah lain, hasilnya memang sangat sedap. Kuahnya lebih kaya rasa, daging lebih juicy dan sos putih pula sangat creamy.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Noratiqah Nordin ini. Memang sesuai dijadikan menu makan malam bersama keluarga atau hidangan istimewa hujung minggu.
Cara Masak Lasagna Daging Sedap & Mudah Tanpa Sos Segera

Bahan-Bahan Utama
- Keju mozzarella secukupnya
- Kulit lasagna
- Minyak masak secukupnya
Bahan Sos Bolognese
- 1 cawan sos tomato
- 3 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 biji tomato – potong dadu
- 1 biji bawang merah atau bawang holland – cincang kasar
- Lobak merah secukupnya – potong dadu
- 7 ulas bawang putih – cincang kasar
- 1 sudu makan setiap Italian herb seperti oregano, parsli dan basil
- Daging burger atau daging cincang
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya jika mahu lebih berkuah
Bahan Sos Putih / Sos Bechamel
- 3 keping keju cheddar
- 2 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
- 3 cawan susu full cream
- Garam secukup rasa
Cara Memasak Sos Bolognese
1. Tumis Bahan Cincang
Panaskan minyak masak dan masukkan bawang merah serta bawang putih yang dicincang kasar.

Tumis hingga naik bau dan sedikit kekuningan supaya rasa sos lebih sedap.
2. Masukkan Sos
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.

3. Tambahkan Sayur dan Daging
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu bersama lobak merah.


Seterusnya masukkan daging cincang dan kacau hingga sebati. Biarkan daging separuh masak sebelum dimasukkan bahan lain.

4. Perasakan Sos
Masukkan campuran Italian herbs seperti oregano, parsli dan basil untuk menaikkan aroma masakan.

Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Jika suka sos lebih berkuah, boleh tambah sedikit air.

Apabila kuah menjadi sedikit pekat dan daging masak sempurna, sos Bolognese siap digunakan.

Cara Buat Sos Putih Bechamel
1. Panaskan Susu
Masukkan susu full cream ke dalam kuali dan panaskan menggunakan api sederhana.

2. Masukkan Tepung
Tuangkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.

3. Tambahkan Keju
Masukkan kepingan keju cheddar dan kacau sehingga cair sepenuhnya.

Tambahkan sedikit garam dan teruskan mengacau sehingga tekstur sos putih menjadi pekat dan creamy.


Cara Susun Lasagna Daging
1. Rebus Kulit Lasagna
Panaskan air dan masukkan sedikit minyak masak supaya kulit lasagna tidak melekat.

Rebus kepingan lasagna kira-kira 5 minit atau sehingga lembut.

2. Susun Lapisan Lasagna
Ambil bekas yang sesuai dan susun kulit lasagna di bahagian dasar.

Masukkan sos Bolognese secukupnya sehingga rata di atas permukaan lasagna.

Kemudian tuang sos putih dan lapiskan semula dengan kulit lasagna.

Anda mungkin berminat dengan
Ulang langkah yang sama sehingga loyang penuh. Empunya resipi menggunakan tiga lapisan lasagna sahaja.
3. Tabur Keju dan Bakar
Akhir sekali, taburkan keju mozzarella dengan secukupnya di bahagian atas.



Bakar Lasagna Daging pada suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 30 minit atau sehingga keju cair, berbuih dan keperangan.

Apabila siap dibakar, lasagna sedia untuk dinikmati panas-panas.

Petua Lasagna Daging Lebih Sedap
- Gunakan daging cincang segar untuk rasa lebih juicy.
- Italian herbs membantu menaikkan aroma ala restoran western.
- Pastikan sos putih tidak terlalu cair supaya lapisan lasagna lebih cantik.
- Keju mozzarella yang banyak menjadikan tekstur lebih creamy dan sedap.
- Biarkan lasagna rehat seketika selepas dibakar supaya lebih mudah dipotong.
Memang puas hati dapat makan Lasagna Daging homemade begini. Rasanya lebih kaya, cheesy dan jauh lebih sedap berbanding menggunakan sos segera.
Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!



