Sesekali ubah selera memang best. Bagi anda yang tak lalu nak makan nasi, apa kata cuba masak Bihun Sup Chinese Style perkongsian saudari Cik Puan Julieta yang sangat mudah ni. Bahan-bahan yang digunakan ringkas sahaja. Malah nampak sangat sedap. Jom cuba. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK BIHUN SUP CHINESE STYLE

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • Bihun – celur
  • 15 ekor udang sederhana besar
  • Bebola ikan / fishball secukupnya
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 labu bawang putih – tumbuk
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam kasar

BAHAN SAMBAL KICAP:

IKLAN
  • Cili padi merah / hijau secukupnya
  • Cuka secukup rasa
  • Kicap cair secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • Sawi jepun celur
  • Brokoli celur
  • Kek ikan / fishcake goreng – hiris nipis
  • Bawang putih goreng

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak anggaran ½ cawan. Kemudian tumis bawang putih yang telah ditumbuk hingga perang.
2. Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi ke dalam mangkuk. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk.
3. Untuk menyediakan sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk berisi bawang putih tadi. Jumlahnya terpulang pada banyak mana yang anda kehendaki.
4. Kemudian masukkan kiub pati ayam, fish ball, udang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Reneh selama beberapa minit.
5. Untuk menyediakan sambal kicap, campur kicap cair, cuka dan hirisan cili padi merah dan hijau. Gaul rata dan sesuaikan rasanya dengan selera masing-masing.
6. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama sup bawang putih. Tambahkan juga bahan-bahan hiasan dengan secukupnya.
7. Nikmati segera.

IKLAN

Jom Masak Bihun Sup Chinese Style Yang Sedap & Mudah.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Julieta

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI