Laksam dinikmati bersama kuah yang sama seperti kuah laksa lemak Kelantan. Yang membezakan hanyalah mi nya sahaj. Jika anda tidak mempunyai masa untuk menasak laksam, boleh gantikan dengan laksa beras atau laksa kering yang direbus.
BAHAN-BAHAN:
360gm tepung beras
6 sudu makan tepung jagung
1500ml air
½ sudu teh garam
BAHAN LAIN:
3 biji telur rebus – dihiris
Daun salad secukupnya – dihiris
½ batang timun | dihiris
4 tangkai kacang panjang | dihiris
Sambal belacan secukupnya
BAHAN KUAH:
3 ekor ikan sardin
250ml santan
1/2 biji bawang besar | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
2 kiub pati ayam
2 sudu makan kerisik
Lada sulah secukupnya
Asam keping secukupnya
2.5cm lengkuas
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
3. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
4. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
5. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
6. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
7. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.
8. Selepas itu masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
9. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. kacau sebati.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.
11. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
12. Ketika menghidang, potong-potongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.
13. Tuangkan kuah dan bolehlah dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jemu makan nasi? Apa kata anda buat Macaroni And Cheese untuk dinikmati seisi keluarga. Resipi Macaroni And Cheese ini pasti digemari anak-anak. Tidak lama pun hendak menyediakannya. Hanya memakan masa 30 minit sahaja. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini.
RESIPI MACARONI AND CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1 paket makaroni – beli online 1 tin sos pasta berkrim jenama Prego (keju dan herba) – beli online Sosej (anggaran 3-4 batang) – beli online 100 ml susu segar Mozzarella cheese
CARA MEMBUAT:
1. Kalau nak cepat, guna food solution ini. Mudah dan pantas. Rasa pun sedap. Boleh ubah suai dengan tambah stok ayam, garam, lada hitam dan mix herbs. Double sedap. Apabila rasa sudah memuaskan hati, masukkan makaroni yang telah direbus. Kemudian masukkan 100 ml susu.
2. Boleh letak sosej, isi ayam kisar, daging kisar atau udang. Terpulang.
3. Letak dalam bekas ini. Selapis makaroni, sedikit shredded cheese kemudian selapis lagi makaroni.
4. Sepaket makaroni kecil yang harga RM4 itu boleh dapat tujuh bekas ini.
5. Selepas itu, tabur lagi mozzarella cheese di atasnya. Jika anak suka makan keju, boleh letak lebih.
6. Selepas itu tutup bekas ini. Masuk peti beku. Apabila hendak makan, panaskan di dalam oven atau ketuhar gelombang mikro.
Anak-anak suka sangat membeli oden dekat Family Mart. Boleh tahan juga harganya jika sering membeli. Jadi nak puas hati apa kata buat sendiri, lebih puas makan. Hanya gunakan pes tomyam dan pes asam pedas je dah sedap. Boleh cuba buat ikut resipi yang dikongsikan ini.
Oden ala Family Mart
Bahan-bahan:
1 paket pes tomyam
1 paket pes asam pedas
1 ketul kiub ayam
½ biji lemon
Mi udon(direbus dan ditapis)
Garam
Cara membuat:
1.Didihkan 5 cawan air bersama pes tomyam dan pes asam pedas.
2.Masukkan garam dan kuib ayam.
3.Setelah mendidih perahkan lemon.
4.Siap untuk dihidang.Nak makan baru masukkan bebola yang anda suka. Biarkan mendidih lagi sekali.Hidangkan bersama Mi Udon.