Kuih muih tradisi menjadi kesukaan dan puas jika dapat nikmatinya. Kuih ulat bulu mempunyai persamaan dengan buah melaka. Bezanya cuma pada inti dan bentuk. Jika buah Melaka berintikan gula Melaka atau gula merah tetapi kuih ulat bulu diletakkan kacang merah di dalamnya. Warnanya juga pelbagai terpulang pada individu mengikut citarasa.

Kuih Ulat Bulu

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar tepung gandum BELI ONLINE DI SINI
1 cawan air
Sedikit air kapur
Secubit garam
Kelapa parut
Pewarna ikut suka
Inti kacang hijau

Bahan inti.
Sedikit kacang hijau
Gula melaka
Gula
Garam
Daun pandan
Sedikit santan

Cara buat inti

1.Rebus kacang hijau bersama daun pandan.Rebus hingga empuk.
2.Bila sudah kering air, masukkan sedikit santan, gula, gula melaka dan garam.
3.Rasakan manis masinnya ikut selera sendiri.
4.Bila dah hampir kering bolehlah diangkat. keluarkan semua daun pandan dan kisar kacang hijau tadi sehingga hampir hancur
5.Sejukkan dahulu.

IKLAN

Cara membuat ulat bulu:
1.Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur.. gaul semua sehingga sebati
2.Jika inginkan yang warna warni buat asing-asing dan letakkan sedikit pewarna.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Agak-agak ye tak lembik dan tak keras..sama lebih kurang doh untuk buat buah melaka.
4.Ambil sedikit doh dan leperkan atas tapak tangan dan letak inti kacang hijau
5.Kemudian tutup doh dan gentel bujur -ulang semua sampai habis.
6.Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai ianya timbul
7.Apabila sudah timbul angkat toskan air skjp masukkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam..Golek-golekkan biar kelapa tu melekat rata
8.Siap untuk dimakan

*jika suka boleh goreng sedikit beras pulut taburkan atas kuih ulat bulu masa hidang

selamat mencuba 😊

IKLAN

kredit : Faezan Afza & Ida Hanie

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru?  Klik sini

IKLAN

Biskut Mazola, Biskut Raya Paling Lejen

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Buat Sendiri Sos Carbonara Homemade. Mudah, Sedap & Lebih Jimat.