Resipi pemanis mulut yang sedap, pulut dikukus dengan santan dan kelapa parut manis gula yang enak.
PULUT INTI
BAHAN INTI
- 50gm gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300gm kepala parut
CARA MEMASAK
- Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
- Masak hingga gula larut.
- Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, Biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
Resipi pemanis mulut yang sedap, pulut dikukus dengan santan dan kelapa parut manis gula yang enak.
BAHAN-BAHAN
- 100gm beras pulut
- 100gm air
- 50gm santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
- Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
- Ambil sedikit beras pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
- Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
- Sedia dimakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Donut Kampung Lembut Tanpa Guna Telur & Tanpa Uli.
Sedapnya donut kampung. Donut versi basic dan disalut gula. Tapi teksturnya lembut dan gebu. Sekali makan, memang rasa tak puas. Bagi puan-puan yang rasa nak makan donut macam yang biasa nikmati masa zaman kecil dulu, resipi yang dikongsi oleh saudari Ina Bakeri ni antara yang terbaik boleh dicuba. Malah doh ni juga boleh digunakan untuk buat pau goreng atau pau Malaysia. Memang terbaik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONUT KAMPUNG LEMBUT, GEBU & TANPA TELUR
BAHAN A:
- 2 1/2 cawan air suam
- 2 paket yis mauripan
- 5 sudu makan gula
- 5 sudu makan susu pekat
BAHAN B:
- 1 kg tepung gandum ( Puan Ina guna tepung cap sauh)
- 5 sudu makan marjerin (Puan Ina guna cap pelangi)
- 4 sudu teh baking powder
- 2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan A dalam satu bekas. Kacau untuk sebatikan dan biar kembang seperti dalam gambar.
2. Sementara menunggu larutan yis kembang, satukan bahan-bahan B dan gaul sebati.
3. Masukkan larutan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung. Uli dalam 5-10 minit hingga kulit doh licin dan cantik. Tak nak uli pun tak mengapa. Tapi jika nak donut lebih gebu, ulilah sekejap. Tutup doh dan biarkan 30 minit.
4. Bila doh mengembang 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
5. Tabur sedikit tepung pada bahagian atas dan bawah doh. Canai dan terap guna acuan donut. Jika tiada acuan dan nak cepat, boleh bulatkan guna tangan sahaja.
6. Bila dah siap, panaskan kuali dan goreng donut tadi dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan.
7. Jika buat donut untuk frozen, goreng sekejap sahaja untuk matikan yis. Bila kuih nampak sedikit kuning, angkat dan sejukkan atas dulang.
8. Donut siap untuk disejukbekukan. Pastikan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik.
9. Beginilah rupa donut dari dalam. Ada rongga-rongga halus. Memang gebu. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Ina Bakeri
Resipi Kuih Permata Zamrud Mudah, Guna Sukatan Cawan Saja
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Hidayati Hana telah berkongsi resipi kuih permata zamrud. Kuih ini nampak sangat mewah dengan rona hijau putih. Ditambah pula dengan inti kelapa yang dimasak bersama gula merah. Manis-manis lemak gitu. Bolehlah cuba buat nanti ya.
KUIH PERMATA ZAMRUD
BAHAN INTI KELAPA
3/4 cawan gula merah
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air
Sehelai daun pandan (disimpul)
1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
1 sudu besar tepung gandum
CARA MEMASAK INTI KELAPA
1. Dalam kuali, masak gula merah, gula putih dan air. Masukkan daun pandan sehingga gula larut.
2. Selepas gula larut, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Apabila sudah kering, masukkan tepung gandum dan tutup api.
4. Biarkan sejuk. Kemudian bulat-bulatkan. Ketepikan.
RESIPI ADUNAN HIJAU
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan air
Pewarna hijau
CARA BUAT ADUNAN HIJAU
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian letak pewarna hijau. Uli sebati hingga jadi doh.
3. Ambil doh dan bulatkan. Leperkan sedikit untuk senang masukkan inti.
4. Tutup semula dan bentukkan bulat-bulat.
5. Masukkan dalam bekas kuih lompang yang sudah disapu sedikit minyak masak.
6. Sudah siap, ketepikan.
ADUNAN PUTIH
2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Sehelai daun pandan
CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Untuk adunan putih pula, campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga sedikit pekat tapi jangan likat sangat.
3. Apabila siap, tutup api.
CARA MEMASAK
1. Tuangkan adunan putih ke dalam acuan lompang. Jangan isi penuh sangat.
2. Ulangi langkah ini sampai habis adunan.
3. Panaskan pengukus.
4. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
Selamat mencuba!
Kredit: Facebook Hidayati Hana
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.
Resipi Kuih Lopes Daun Pisang, Cara Orang Lama Potong Guna Benang
Kuih Lopes sememangnya digemari ramai. Dibungkus menggunakan daun pisang dan dipotong dengan benang, mengikut cara orang tua dulu-dulu. Namun sekarang, ramai yang memilih untuk memasak menggunakan cara yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, cara lama ini harus dikekalkan supaya ‘skill’ nya tidak pupus dek masa dan peredaran zaman. Anda suka makan Kuih Lopes Pulut yang dibalut dengan daun pisang? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasil dan rasanya. Memang terbaik. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang.
CARA MASAK KUIH LOPES DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras pulut – beli online disini
- Air pandan secukupnya
- Sedikit pewarna hijau – beli online disini
- 1 biji abuchang @ khee – boleh gantikan dengan kapur – beli online disini
BAHAN AIR GULA MELAKA:
- 3 keping gula melaka – beli online disini
- 1/4 cawan gula pasir – beli online disini
- 2 helai daun pandan
- 2 ½ cawan air
BAHAN-BAHAN LAIN:
- Daun pisang untuk membungkus
- Tali atau getah untuk mengikat
- Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama air pandan dan abuchang. ( jika beras pulut biasa, rendam 1 malam. Jika guna pulut susu, rendam 4 jam sudah memadai.)
2. Kukus pulut selama ½ jam.
3. Bungkus pulut dalam daun pisang, kemaskan dengan mengikat menggunakan tali atau getah.
4. Rebus bungkusan pulut tadi selama 1 jam.
5. Sejukkan, potong dengan benang.
6. Gaul kepingan lopes bersama kelapa dan hidangkan dengan air gula melaka.
7. Untuk membuat air gula melaka, masak semua bahan hingga larut. Sejukkan dan tapis.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bubur Krong Khreng. Resipi Manisan Thailand Yang Sedap, Mudah Buat
Sayur Rebus Kulit Tembikai. Lauk Kampung Je Tapi Sangat Sedap
Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official