Ads

Kuih Tepung Gomak Lembut & Sedap, Resipi Tradisional Paling Mudah Buat

Sedapnya Kuih Tepung Gomak ni lebih-lebih lagi kalau makan waktu minum petang. Lembut, sedikit kenyal dan manis intinya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ini. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri di rumah, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi lengkap yang sangat mudah diikuti. Selamat mencuba.

Resipi Kuih Tepung Gomak Tradisional Paling Sedap

Kuih Tepung Gomak Lembut & Sedap, Resipi Tradisional Paling Mudah Buat

Bahan Doh Kuih Tepung Gomak

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan santan (tak perlu habiskan bergantung pada doh)

Cara Uli Doh

  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras supaya kuih mudah dibentuk.

Bahan Inti Kuih Tepung Gomak

  • 3 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Tepung kacang hijau secukupnya untuk salut kuih

Cara Masak Inti

  1. Masak gula merah, gula pasir dan air sehingga larut sepenuhnya. Selepas itu tapiskan supaya tiada kotoran.
  2. Masukkan kelapa parut dan daun pandan. Masak sehingga inti hampir kering.
  3. Tambahkan bancuhan tepung gandum dan terus kacau menggunakan api perlahan.
  4. Masak sehingga inti menjadi sedikit lembab dan sebati. Angkat serta biarkan sejuk sebelum digunakan.
  5. Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau sehingga naik bau kemudian ayak supaya halus.

Kuih Tepung Gomak Lembut & Sedap, Resipi Tradisional Paling Mudah Buat

Cara Buat Kuih Tepung Gomak Yang Lembut

  1. Didihkan air di dalam periuk yang sesuai.
  2. Ambil sedikit doh dan leperkan. Letakkan inti secukupnya kemudian bulatkan doh dengan kemas.
  3. Masukkan doh ke dalam air mendidih dan rebus sehingga doh timbul di permukaan air.

Kuih Tepung Gomak Lembut & Sedap, Resipi Tradisional Paling Mudah Buat

3. Angkat dan toskan seketika sebelum disalut dengan tepung kacang hijau.

4. Golekkan doh dalam tepung sambil ditekan perlahan-lahan supaya bentuknya sedikit leper.

Kuih Tepung Gomak Lembut & Sedap, Resipi Tradisional Paling Mudah Buat

Ads

5. Ulang langkah sehingga semua adunan habis.

Kuih Tepung Gomak Lembut & Sedap, Resipi Tradisional Paling Mudah Buat

Petua Kuih Tepung Gomak Jadi Sedap

Untuk mendapatkan tekstur Kuih Tepung Gomak yang lembut dan kenyal, pastikan doh tidak terlalu keras. Gunakan santan sedikit demi sedikit ketika menguli supaya doh lebih mudah dibentuk dan tidak pecah ketika direbus.

Selain itu, inti kelapa juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan rasa yang sedap. Pastikan inti tidak terlalu kering supaya kuih kekal lembut apabila dimakan.

Ads

Kuih tradisional ini memang sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga. Gabungan doh pulut yang kenyal bersama inti kelapa manis dan salutan tepung kacang hijau memang cukup menyelerakan.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek 

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:    

Resipi Kuih Tepung Pelita Paling Sedap & Lembut, Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

French Toast Bites Viral Yang Sedap, Mudah & Confirm Jadi Di...

French Toast Bites viral yang rangup di luar dan lembut di dalam ini sangat mudah dibuat di rumah hanya menggunakan roti, telur dan susu. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau kudapan anak-anak.