SeEnaknya dapat menikmati kuih talam gula merah. Adakala yang kita beli di gerai, teksturnya agak keras dan kurang berlemak. Jadi, inginkan tekstur yang lembut, boleh goyang gedik, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi ini.
Jika betul-betul mengikut resipi perkongsian daripada Shakinah Zainal ini, boleh menghasilkan kuih talam gula merah yang lembut dan boleh goyang gedik. Pasti memuaskan hati. Jom cuba resipi ini.
Kalau makan nasi tak habis, jangan dibuang ye. Sekarang ni tengah musim panas jemur kering-kering boleh buat jajan iaitu bepang. Bepang ialah sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan. Mudah caranya.
Bahan-bahan:
Nasi sejuk(ikut masing2 nak byk mana ye)
saya guna 3 cawan nasi sejuk
1 cawan gula pasir
4 sudu makan minyak masak
minyak secukupnya untuk menggoreng nasi
Cara membuat:
1.Jemur nasi sehingga kering(saya jemur 2 hari juga sbb panas terik😅).
2.Kalau beras biasa dah kering tu ceraikan jadi sebutir2 kalau keras..ketuk je guna lesung batu..p ketuk2 manja je..jgn sepenuh hati nanti lumat pulak mcm tepung beras😂😂
3.Panaskan minyak dan goreng nasi sampai mengembang.. jgn kembang mcm popcorn pulak tau nanti hangit..agak sedang naik cantik putih angkat dan tos kan..
4. Sejukkan dahulu..kalau tak nanti masa nak salut gula nasi jadi lemau tak crunchy..
5. Masak gula sampai agak keperangan dan sedikit cair masukkan minyak masak, agak-agak kalau gula tak hancur sangat tambah sedikit air panas..dalam suku cawan..masak lagi hingga gula betul hancur dan air dah menyejat.
6.Tutup api masukkan nasi yang dah ditoskan dan disejukkan.Part ni kena pantas sikit..gaul nasi laju-laju dengan gula tadi sampai sebati..
boleh letakkan dalam loyang atau tupperware dan sejukkan..
Tip: sebaiknya loyang sapu sedikit minyak untuk memudahkan bepang dikeluarkan. Jangan potong sebelum betul-betul sejuk dan keras..nanti bepang berderai..
Ada roti lebih, jangan buang ye. Tukarnya menjadi menu lebih sedap dan senang sangat nak membuatnya. Daripada membazir ini tiga menu yang boleh dicuba dan dijadikan menu sarapan atau boleh dijadikan bekal anak-anak ke sekolah. Yang pasti korang tak membazir dan sarapan pagi menjadi lebih bervariasi.
.
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
1 biji bawang Holland | 1/2 didadu halus, 1/2lagi dihiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala merah dan kuning
Sedikit serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam halus dan gula
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK: 1. Lenserkan loyang 6X6 inici dengan mentega kemudian alas dengan aluminium foil. Kemudian lenserkan aluminium foil dengan mentega. 2. Bagi menyediakan inti, Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi , 3. Masukkan pes cili, tumis seketika masukkan pula daging kisar. 4. Setelah daging kisar berubah warna masukkan pula hirisan cendawan. 5. Kacau seketika, masukkan sos balognese. 6. Perasakan dengan garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Kacau rata hingga tumisan kering. 7. Tutup api dan sejukkannya. 8. Sementara menunggu untuk proses melapis, panaskan ketuhar pada suhu 180C atay bergantung kepada ketuhar masing-masing. 9. Untuk melapis roti, kacau campuran telur dengan susu cair dan perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. 10. Susun daasar loyang dengan empat keping roti, kemudian tuangkan bancuhan telur. 11. Biarkan seketika, kemudian taburkan sepatuh tumisan daging dan taburkan separuh dari parutan keju cheddar. 12. Kemudian lapisankan satu lagi lapisan roti, tuangkan separuh lagi campuran telur dan susu, kemudian biarkan seketika dan lapiskan dengan separuh lagi tumisan daging dan keju. 13. Untuk lebih berperisa, taburkan juga di atasnya hirisan cili benggala, tomato ceri dan bawang. 14. Setelah siap, bolehlah bakar selama lebih kurang 45 minit. 15 . Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
KARIPAP ROTI BAHAN-BAHAN:
1 paket roti putih
1 sudu tepung | campur dengan sedikit air
Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN UNTUK INTI KENTANG
3-4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil
100gm daging kisar
1 biji bawang Holland | potong dadu kecil
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit air
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali. 2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar. 5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang. 6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang. 7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan. 10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis. 11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti. 12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi. 13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap). 14. Setelah siap karipap sedia digoreng. 15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan. 16. Karipap sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila disebut kuih Melayu Tradisional, tepung dan beras pulut memang di antara bahan ‘popular’ terkandung dalam ramuannya. Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang.
Jom kita cuba warisan resipi zaman berzaman. warisan budaya usah dilupa
PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
50 gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300 gm kelapa parut | diambil putih sahaja Bahan pulut :
100 gm beras pulut | direndam 3- 4 jam toskan
100 ml air
50 ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI : 1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali. 2. Masak hingga gula larut. 3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati. 4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN : 1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata. 2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap. Angkat dan ketepikan. 3. Ambil sedikit beras pulu yang sudah masak tadi, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap. 4. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas 5. Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2 .TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan salutan :
500 gm kacang hijau Bahan inti :
Air secukupnya
200 gm gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1 sudu makan tepung gandum
1 biji kelapa parut Bahan Kuih:
500 gm tepung pulut
Garam secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK : Cara masak bahan salutan: 1. Basuh dan toskan kacang hijau. 2. Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan 3. Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepuk. Ayakkan dan ketepikan.
Cara masak inti : 1. Masak gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. 2. Biarkan gula larut, angkat dan tapiskan 3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula. 4. Kacau hingga inti masak dan sebati. 5. Angkat dan sejukkan dahulu. 6. Bulat-bulatkan dan ketepikan
Cara memasak : 1. Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental. 2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. 3. Masukkan inti dan leperkan dengan kemas. 4. Masak air, selepas mendidih masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat. 5. Gaul atau golekkan dengan bahan salutan, siap dihidangkan
Saiz hidangan : 30- 40 orang makan Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kenyal dan kaya rasa kacang hijau Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis boleh juga menggunakan inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut dan gula Melaka. Cuma inti kelapa manis gula Melaka memberi variasi rasa.
3.KUIH BOM
BAHAN-BAHAN : Bahan doh :
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
1 biji kelapa parut/ putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan /disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI : 1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana. 2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering 3. Angkat dan ketepikan 4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH: 1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. 2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. 3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut 4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi. 5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. 6 .Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
4.TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras pulut | basuh bersih dan rendam selama tiga jam
1/2 biji ragi
Daun pisang atau daun getah untuk membungkus
CARA MEMASAK : 1. Tanak pulut hingga masak. Sukat pulut menggunakan 5 cawan air panas untuk 5 cawan pulut. Boleh gunakan periuk elektrik 2. Selepas pulut masak letakkan dalam dulang dan sejukkan. 3. Ayakkkan ragi di seluruh permukaan pulut, terbalikkan dan ayak lagi di atas bahagian sebelah. 4. Bungkus pulut dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama dua hari dalam periuk besar bertutup yang sudah dialas dan ditutup dengan daun pisang. 5. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Tanak dan peram Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Peram selama 48 jam untuk dapatkan hasil tapai yang cukup rasa manis dan masaknya. Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Jangan masukkan tapai yang belum cukup tempoh peraman ke dalam peti air kerana ia akan membantutkan proses menapainya. Sedap dimakan sejuk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!