Kuih lejen, kuih tiram antara yang masih ramai peminat setianya. Memang sedap dimakan terutamanya ketika menonton tv di rumah bersama keluarga.
Menerusi perkongsian daripada Aznor Aznora, dia membuat hasil jualan dengan meniaga kuih tiram yang ada 2 perisa, iaitu perisa original dan campur kacang tanah kisar.
RESIPI KUIH TIRAM LEJEN
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung gandum cap ros 6 sudu makan marjerin (cairkan) – beli online di sini 1 biji telur (kacau dulu) 1 sudu makan garam Air sejuk secukupnya (saya guna air sejuk coway je) Minyak masak* Tepung ubi* – beli online di sini (Gaul bersama tepung ubi dan minyak masak, sedang-sedang pekat untuk sapuan pada tepung nanti) Minyak (untuk menggoreng)
1. Tuang tepung gandum dalam bekas. Buat bulatan tengah-tengah. Letak garam di lubang tu. 2. Kemudian, tuang marjerin panas dalam lubang tepung tadi. Kacau dengan senduk bagi garam hancur, baru ratakan pad semua tepung.
*untuk mesin yang digunakan, untuk lenyek permulaan, saya guna no 1. Kemudian, nak bagi licin, guna no 2. Bila dah siap potong, nak lenyek bagi berlapis tu, saya guna no 1 semula.
Kudapan sambil tengok TV boleh buat tak berhenti mengunyah. Jom kita buat jajan homemade menggunakan cornflakes dan kekacang dengan resipi yang dikongsikan Afieza Ariffin.
Sedap tau sebab rasanya macam muruku. Ada rasa pedas sebab guna cili padi. Boleh buat bersama anak-anak kerana prosesnya sangat mudah dan cepat siap.
CORNFLAKES ALA MURUKU
BAHAN-BAHAN:
250gm marjerin – beli online di sini Hirisan cili padi Daun kari 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 sudu kecil cumin powder (optional) 1 sudu besar mango powder (optional) 1 sudu besar gula – beli online di sini 1 sudu besar madu 2 kotak Nestle cornflakes Gajus Kacang tanah goreng Kacang dhal goreng Kismis
CARA MEMBUAT:
1. Cairkan marjerin. 2. Tumis cili padi dan daun kari hingga wangi.
Sesekali nak rasa kelainan, cuba masak nasi mentega. Rasanya macam nasi ayam tapi ada rasa lemak sedikit sebab guna mentega. Memang sedap. Paling menarik, nasi ini boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik. Senang saja.
NASI MENTEGA
Bahan-bahan
150 gram mentega
5 ulas bawang putih hiris nipis
2 helai daun pandan
4 cawan beras (basuh bersih)
Garam secukup rasa
Setengah kiub pati ayam
Cara membuatnya
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih dan daun pandan. Kacau sekejap saja.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh, serbuk perasa, garam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
4. Tambah sedikit air. Kacau beras sehingga air kering sedikit. Nasi akan masak sedikit.
5. Apabila air sudah kering, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air seperti masak nasi biasa.
6. Tekan button cook dan biarkan sehingga nasi masak.
Mi kuning memang tidak mahal harganya namun jika dibuat sendiri secara homemade, pastinya lebih enak, bersih serta dijamin halal. Anda pun tidak ragu-ragu untuk menikmatinya. Bahkan boleh menambah sayur-sayuran seperti daun ketumbar atau bayam hijau di dalamnya menjadikan mi anda lebih enak serta berkhasiat. Bagi yang nak cuba buat mi kuning sendiri, jom lihat cara-caranya.
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
350 air
1 sudu teh air abu
1 sudu makan garam
1 sudu teh pewarna kuning atau serbuk kunyit
1-2 pokok daun ketumbar
CARA-CARA:
1: Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit , air dan daun ketumbar dalam mangkuk.
2: Gaulkan adunan menjadi doh . Kemudian bulatkan kepada beberapa bahagian.
3: Canaikan doh menjadi nipis menggunakan mesin pengelek 2-3 kali.
4: Seterusnya masukkan kepingan doh dalam mesin untuk membentuk mi.
5: Panaskan air, tambahkan sedikit minyak di dalamnya dan celur seketika mi.
6: Gaulkan mi yang telah ditoskan dengan minyak bawang putih.
7. Boleh dinikmati sama ada digoreng, dibuat sup dan sebagainya. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 7 hari.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...