Minum petang ni kita hidangkan kuih melayu. Dah lama tak buat kuih ketayap ni. Intinya yang manis menyedapkan lagi rasa ketayap. Kalau warna inti kurang gelap, tambahkan gula merah. Inti bagi basah-basah sikit.Bila makan rasa berjus.Resepi ni boleh juga untuk nak buat kuih cara manis.
KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan santan (daripada ½ biji kelapa, ambil separuh)
1/2 cawan air pandan
2 ½ cawan tepung gandum
1 biji telur
½ sudu besar tepung ubi
1 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Pewarna hijau
Ads
Cara membuat:
1.Kisar semua bahan kecuali minyak masak, pewarna dan garam.
2.Tapis.
3.Masukkan minyak masak dan pewarna,secubit garam.Kacau sebati.
INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Sedikit tepung gandum
Cara membuat:
1.Air,daun pandan,gula merah,gula pasir dimasak hingga gula larut.
2.Masukkan kelapa.Kacau dan dimasak hingga hampir kering.
3.Taburkan sedikit tepung gandum.
4.Kacau-kacau, siap.
Cara masak kulit ketayap:
Ads
1.Panaskan kuali.
2.Oles minyak masak.
3.Adunan dikacau dulu. Ambil sesenduk. Tuang atas kuali.Dadarkan adunan tu.
4.Tepi keliling dah lekang, angkat.Buat sehingga adunan habis.
Apa yang anda boleh buat dari buah labu. Selain dibuat pengat atau bingka, boleh juga buat kimpu kueh. Kuih labu goreng yang lembut.Resepi dikongsikan Musyahadah Oo adalah turun temurun dari moyang.Dimakan ketika panas memang enak. Bolehlah cuba nanti.
KIMPU KUEH (CHINESE)
Bahan-bahan:
Labu kuning-sagat halus
Tepung gandum
Kucai
Bawang merah kecil dan bawang putih-hiris
Garam
Lada sulah
Air sejuk
Ajinomoto/perasa sedikit kalau suka
Cara membuat:
1.Campur semua bahan tadi.
2.Pastikan cukup rasa macam adunan cucur.
3.Goreng hingga kekuningan.
4.Siap dihidang dengan sos cili Thai/kampung koh cili.
Donut tidaklah terlalu sukar untuk dibuat namun kadang kala hasilnya tidak segebu dan selembut yang dibayangkan. Teringin nak makan donat yang lembut tapi hanya guna bahan biasa? Resipi perkongsian Norhazwani Binti Johari ini boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar planta (cairkan)
1 biji telur (pukul sikit)
1 cawan air suam(*)
3 sudu besar gula (*)
2 sudu besar susu pekat manis (*)
1 bungkus mauripan (*)
CARA-CARA:
Satukan bahan bertanda (*). Kacau sebati dan ketepikan 15 minit untuk proses pengembangan.
Dalam bekas berlainan, satukan planta, tepung dan telur. Gaul hingga sebati dan seakan serbuk roti.
Kemudian masukkan bancuhan bahan bertanda (*). Masukkan sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan.
Tumbuk sedikit doh kemudian rehatkan selama 45 minit hingga 1 jam.
Setelah doh mengembang, uli semula kemudian canai. Bulatkan dan bentukkan menjadi bentuk donut.
Susun doh donuh dan biarkan seketika sehingga kelihatan kembang.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Guna minyak yang tidak terlalu panas bagi mengelakkan donut hangus.
Angkat, toskan minyak dan taburkan gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Sajian tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian Opah Mas Cotekni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
CARA BUAT KUIH LEPAT LIAT SEDAP
BAHAN A:
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
BAHAN B:
Daun pisang untuk membungkus
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam) – untuk inti / jika suka
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul. 2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan. 3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.
4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya. 6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan. 7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.
8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. ( empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan.)
9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...