Kuih cara lemak manis ini taklah terlalu susah nak membuatnya. Sesuai untuk dijadikan hidangan ketika minum petang. Perkena pula dengan kopi P panas. Memang ngam!
Tapi sebenarnya, bila-bila pun boleh makan. Untuk sarapan pun sesuai.
1 helai daun pandan – dilipat beberapa kali, ikat getah bahagian atas dan carik-carik bahagian hujung untuk sapu minyak pada acuan tu nanti
Cara Memasak:
Masukkan semua bahan basah ke dalam pengisar. Masukan garam, tepung gandum dan tepung jagung. Kisar semua bahan hingga sebati.
Ads
Panaskan acuan, sapu minyak dan tuang adunan. Tunggu kejap sampai nampak line hijau (tengok gambar ye) baru masukkan gula di tengah kuih. Nak tahu kenapa? Supaya tak nak bagi gula tu senang bocor.
Lepas letak gula di bahagian tengah kuih, tutup dan tunggu hingga masak, siap.
Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya kuih lepat kacang hijau yang dikongsikan ini. Jarang sekali kita mendengar atau merasai , apa kata kamu cuba resipi air tangan mak ni, mesti sedap. Selamat mencuba!
RESIPI LEPAT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung beras
50gm tepung jagung
1 cawan gula merah
1 1/2cawan air
1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan)
1 1/2cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
1/2sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati..
Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul.. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk..
Resipi kuih peria, atau dipanggil juga kuih ku. Ia antara kuih tradisional yang popular untuk hidangan waktu pagi.
Rasanya lemak manis dengan inti kelapa atau kacang merah memang takkan cukup satu kalau dimakan.
Jika sebelum ini kita selalu beli, boleh cuba pula buat sendiri. Caranya pun mudah saja. Tip untuk bentuk jadi buah peria, gunakan jaring pembalut buah yang selalu kita dapat secara percuma bila membeli buah-buahan.
Resipi kuih peria
Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
2 sdb tepung gandum
Garam secukup rasa
Guna air atau santan
Inti kelapa atau kacang merah
Jaring pembalut buah
Cara membuat kuih peria
1. Satukan semua bahan dalam bekas dan uli hingga menjadi doh. Masukkan air sedikit demi sedii supaya doh tdak terlalu lembik atau keras
2. Selepas itu bahagian doh kelapa beberapa bahagian dan warnakan ikut cita rasa.
3. Ambik sedikit doh anggaran dalam 18grm kemudian leperkan dan masukkan inti yang disukai. Bentuk menjadi bulat lonjong.
4. Sediakan jaring pembalut buah dan golekkan untuk jadi bentuk seperti peria. Alas dengan daun pisang yang dipotong kecil sebelum letak alam acuan kukus.
5. Panaskan kukusan terlebih ahulu kemudian kukus antara 7-8 minit menggunakan api perlahan. Jangan kukus lama supaya kuih tak kembang.
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1/2 sudu teh garam
Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Bahan air gula :
Seketul gula melaka
1 cawan air
Sebatang kecil kayu manis
Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukar dengan hirisan halia. *air untuk air gula boleh tambah ikut citarasa manis yang diinginkan.
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.