Kuih batil pisang atau dikenali juga sebagai talam pisang ini antara kuih tradisional masyarakat Banjar. Sedap berlemak dari rasa pisang dan juga santan, kuih ini sesuai untuk hidangan petang.
Buat Sarah Alias yang berkongsi resipi ini, kuih batil pisang ini menggamit memori silam zaman kanak-kanak. Kuih ini selalu dimasak arwah ibunya menggunakan pisang terlebih masak yang tidak mahu ambil oleh peraih.
Pesan beliau untuk membuat batil pisang ini, boleh gunakan pisang awak atau pisang yang selalu digunakan untuk membuat kuih. Tapi elakkan pisang nangka dan pisang tanduk.
Resipi kuih batil pisang
Bahan untuk lapisan bawah atau lapisan pisang
1 cawan penuh pisang dilenyek
2 cawan santan cair
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
Sedikit garam
1. Terlebih dahulu sediakan lapisan bawah, campur kesemua bahan kecuali pisang dan gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Kemudian barulah dimasukkan pisang lenyek tadi. Gaul rata pisang dengan adunan tadi.
3. Panaskan pengukus, sediakan loyang dan sapu sedikit minyak masak ke dalamnya. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang.
4. Kukus selama 20 minit jika menggunakan pengukus jenis lama dimasak atas dapur pastikan penutup pengukus dibalut kain.
Ads
5. Bagi membuat lapisan atas, campurkan semua bahan dalam periuk atau kuali. Buka api dan panaskan sekejap. Jangan terlalu lama kerana adunan boleh berketul dan hangit. Tutup api.
6. Cucuk dulu permukaan lapisan pisang yang sudah masak dengan garpu kemudian tuang lapisan atas perlahan-lahan.
Ads
7. Kukus dalam 15 minit, jika masih lembik boleh tambah masa dalam 3-5 minit.
Kuih batil pisang yang baru masak sangat lembut, jadi elak memotongnya Ketika ini. Tunggu hingga sejuk barulah cantik bila dipotong.
Sedap dan lembut kuih talam lapis pandan ni. Bila buat sendiri, rasa manis boleh ikut citarasa sendiri.
Menerusi perkongsian resipi daripada Iedaa Jahaya ini, memang mudah untuk disediakan.
RESIPI LAPIS PANDAN
BAHAN-BAHAN:
800ml santan sederhana pekat (saya guna santan segar) 1 ½ cawan gula kastor (kalau tak nak manis, kurangkan sikit) – beli online di sini Daun pandan ½ sudu kecil garam *Masak santan guna api sederhana, bagi suam-suam kuku je. Tutup api.
160g tepung ubi 80g tepung beras Santan guna semua baki yang ada *Sebatikan semua. Titis esen pandan dan pewarna hijau. Sebatikan semua dan tapis.
CARA BUAT:
1. Dah siap buat untuk 2 adunan. Masa untuk melapis pula. Panaskan kukusan.
2. Tuang 90ml adunan hijau ke dalam loyang 6 inci, kukus 7 minit. Teruskan melapis untuk lapisan hijau. Setiap lapisan kukus 7 minit. Buat untuk 5 lapisan. Ulang hingga habis.
3. Untuk lapisan tengah, adunan putih (jika ada pewarna putih, titis je 2 titik dalam adunan. Kalau tak ada, tak perlu letak. 4. Tuang 90ml lapisan putih atas lapisan hijau. Kukus 7 minit. Ulang hingga habis. Buat hingga 5 lapisan.
5. Lapisan akhir, hijau. Buat langkah yang sama juga. Lapis hingga habis. Lapisan akhir sekali kukus lama sikit, lebih kurang 20 minit. Dah masak sejukkan dulu. Baru potong.
Lazimnya, jika sesekali teringin menikmati putu mayam, mudah juga untuk mencari penjualnya. Ada yang biasa dan ada perisa pandan. Namun, jika inginkan rasa hasil air tangan sendiri, boleh saja kita membuatnya di rumah.
Teruja melihat acuan tradisional ini untuk menghasilkan putu mayam sendiri. Usia acuan tembaga itu pun telah mencecah puluhan tahun, namun masih setia kekal berkhidmat. Meskipun acuan ini agak kasar sedikit, tak seperti bihun hasilnya, namun ianya tetap memberikan tekstur dan rasa yang tersendiri.
Menurut Faizah Husain yang sudi berkongsi resipi putu mayam ibunya, jika dulu ibunya yang akan membuatkan putu mayam untuknya. Namun, atas faktor usia dan kudrat yang semakin berkurangan, kini dia pula yang membuatkan putu mayam untuk ibunya tatkala ibunya teringin. Jom kita pula buat putu mayam untuk hidangan minum petang seisi keluarga.
Potong daun pisang besar sedikit daripada saiz putu mayam. Buat banyak keping. Panaskan kukusan.
Dalam periuk lain, masak air hingga mendidih. Masukkan garam dan minyak masak.
Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati. Ikut kesesuaian, kalau lembut sangat boleh tambah lagi tepung. Kalau keras, tambahkan air.
Adunan panas-panas, terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk, adunan keras dan tak boleh nak pusing acuan.
Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan.
Pusing acuan secara membulat. Biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas, boleh putar di luar, kemudian susun dalam kukusan.
Ini contoh acuan tembaga yang digunakan.
Kukus lebih kurang 3-4 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Setelah masak, susun dalam bekas.
Parutkan gula kabung. Kesedapan gula kabung memang tak sama dengan gula lain. Gula melaka, gula merah atau gula perang pun boleh guna.
Siap. Gaulkan gula kabung dan kelapa parut, makan bersama putu mayam.
15 resipi kuih-muih tradisional, tak lapuk dek zaman. Kuih tradisional di Malaysia sebenarnya ada lebih daripada 100 jenis. Kuih tradisional ni bukan sahaja terdiri daripada kuih manis, tetapi ada juga kuih pedas.
Kalau anda nak tahu, setiap negeri di Malaysia ada kuih tradisional yang tersendiri tau! Dengan itu, RASA kongsikan 15 resipi kuih-muih tradisional Malaysia untuk anda cuba. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Daun pandan
2 1/4 tepung beras cap teratai
2 sudu besar tepung ubi
3/4 cawan gula pasir
Sedikit garam
Pisang berangan
Daun pisang
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN INTI:
200gm ayam / daging kisar
Sebiji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih dikisar
2 ulas bawang merah dikisar
Sedikit halia dikisar
5 sudu besar rempah kari daging
Sedikit cili kisar
Garam, perasa, gula secukupnya
BAHAN HIASAN:
Cili merah
Daun sup
BAHAN-BAHAN KUIH TALAM:
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
100ml santan
5 cawan air
1 biji telur
1 kiub pati ayam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
4-5 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
Sedikit garam
1 biji telur
Inti kelapa parut
2 cawan santan sederhana cair
2-3 titis pewarna hijau
Sedikit minyak
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
3 cawan kelapa parut (kelapa putih)
5 sudu makan gula – jumlah bergantung pada tahap kemanisan masing-masing
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya- jangan banyak sangat. tengok keadaan adunan
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Bahan bahan:
1 cawan gula kastor
2 biji telur ( suhu bilik )
1 sudu makan ovalette
¾ cawan santan (kalau santan fresh beli RM3)
¼ cawan air pandan
Pewarna hijau -secukupnya
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung – ayak
1 sudu kecil baking powder – ayak
Lapisan Kelapa:
2 ½ cawan kelapa parut
Garam atau secukup rasa
1 sudu besar tepung ubi
Cara penyediaan boleh tonton di video
BAHAN-BAHAN
500-600gm Labu
½ sudu kecil garam halus
½ cawan (100gm) gula pasir
1 cawan (120gm) tepung gandum
½ cawan (50g) tepung ubi
Daun pisang – dilayur
BAHAN KELAPA
½ biji kelapa parut putih
½ sudu kecil garam halus
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
2 cawan pisang – dilecek
¼ cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula melaka
¼ cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN DOH:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh garam halus
5 helai daun pandan
Sedikit air
Pewarna hijau
BAHAN-BAHAN INTI KELAPA:
1 keping gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula merah
1 helai daun pandan
½ biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum
BAHAN KUAH:
5 cawan santan sederhana pekat
4 sudu besar tepung beras
1 ½ sudu teh garam halus
1 helai daun pandan
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
6-7 helai daun pandan
¾ cawan gula
2 cawan air
½ cawan santan (separa pekat)
1 cawan tepung gandum
¾ cawan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
Kelapa parut | dikukus dan digaul bersama garam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
1 Cawan Tepung Pulut
1 Helai Daun Pandan
2 1/2 Cawan Air
1 Ketul Gula Melaka
3 Sudu Besar Gula Merah
1 Kotak Kecil Santan
Garam Secukup Rasa
Cara memasak boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan atau lebih air
Pewarna kuning, biru dan hijau
Seketul gula melaka – potong dadu
Sedikit garam
1/2 biji kelapa parut ditambah sedikit garam – kukus sebentar