Sedapnya cucur ikan bilis jagung. Lagi sedap jika cucur itu lembut sampai ke petang. Memang tak penat mulut nak mengunyah.
Perkongsian resipi kali ini daripada Adik Chaq yang turut berkongsikan tips yang diperoleh untuk menjadikan cucur ikan bilis jagungnya lembut.
Menurutnya, sebelum ini dia paling tak tahu nak buat cucur ikan bilis. Dah guna air panas, air sejuk, tak menjadi juga. Keras dan terlalu berminyak. Sejak ada orang beritahu resipi dan tips untuk menjadikan cucur lembut, dia mencuba dan baru menjadi. Jom kita buat.
*Saya buat sikit saja. Jika nak buat lebih banyak, boleh gandakan bahan-bahan di atas.
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati.
Sementara itu, campurkan air mendidih ke dalam 2 sudu besar tepung gandum. Letakkan sedikit demi sedikit. Ini adalah tips untuk menjadikan cucur lembut.
Kemudian, bahan-bahan yang telah digaul sebati itu dicampurkan pula dengan tepung yang dibancuh dengan air panas tadi.
Selepas itu, masukkan pula air biasa sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dijemput dengan jari.
Adunan tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Agak-agak saja. Nanti, jika dah banyak kali buat, dah boleh tahu dan pandai sesuaikan adunannya.
Kemudian, bolehlah dijemput menggunakan jari dan digoreng.
Sedapnya Kuih Lompang perkongsian Opah Mas Cotek ni. Kuih tradisional tapi punya ramai peminat tak kira tua atau muda. Ramai beranggapan, kuih orang lama macam ni susah nak buat. Tapi sebenarnya, ia sangat mudah malah bahan-bahannya sangat ringkas dan senang diperolehi. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kuih Lompang yang mudah, lembut dan sedap untuk minum petang, resipi ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH LOMPANG YANG MUDAH, LEMBUT & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
Sedikit air kapur
Pewarna pilihan
Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam
Acuan lompang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung beras, tepung ubi, gula pasir, air dan air kapur. Sebatikan hingga gula larut. Tapis adunan jika perlu. 2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. 3. Ambil acuan lompang, oleskan sedikit minyak masak. 4. Tuang adunan lompang hingga memenuhi 3/4 acuan. 5. Kukus kuih selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
6. Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
Rasa kongsikan dengan anda semua tiga jenis talam manis menggunakan acuan untuk tampilan talam lebih cantik, comel, mudah disediakan dan cepat dimasak. Untuk jualan juga satu idea yang bagus, boleh jana pendapatan sampingan.
TALAM GULA MERAH BAHAN-BAHAN: LAPISAN GULA MERAH: 500ml santan 150 gm gula Melaka 2 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam 100gm tepung beras 30gm tepung ubi BAHAN LAPISAN PUTIH: 250ml santan pekat 1 helai daun pandan 1/4 sudu teh garam 50gm tepung beras 15gm tepung ubi
CARA MEMBUAT:
Lapisan merah: Dalam periuk, campurkan santan, gula melaka yang sudah dihancurkan, daun pandan dan garam.
Renehkan atas api kecil hingga gula larut. Sejukkan kemudian tapiskannya.
Setelah sejuk tuangkan santan gula melaka ke dalam bekas berisi campuran tepung beras dan ubi. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan talam yang telah disapu minyak. Isikan hanya 3/4 tinggi acuan.
Masukkan dalam kukus yang telah dipanaskan.
Gunakan api sederhana, kukus selama 20 minit.
Sementara itu sediakan lapisan kedua: Dalam periuk campurkan santana, daun padan dan garam, reneh hingga santan mendidih, tutup api, dan sejukkan.
Tuangkan santan dalam campuran tepung beras dan ubi, kacau rata.
Setelah siap, tuang adunan atas adunan pertama tadi. Kemudian kukus lagi selama 15 minit atau hingga talam masak.
Setelah masak, tutup api. Setelah sejuk talam sedia dihidangkan.
TALAM JAGUNG BAHAN-BAHAN: LAPISAN KUNING: 250gm jagung dalam tin 2 biji telur 35gm tepung ubi 40gm tepung beras 100gm gula pasir 1/4 sudu teh garam 150ml santan Jagung dalam tin secukupnya BAHAN LAPISAN PUTIH: 50gm tepung gandum 10gm tepung ubi 1/2 sudu teh garam 250ml santan Jagung dalam tin secukupnya | untuk hiasan
CARA MEMBUAT:
Lapisan kuning: Masukkan semua bahan lapisan kuning dalam blender dan kisar.
Sediakan acuan dan oleskan dengan minyak masak.
Masukkan adunan dalam acuan 3/4 tinggi acuan. Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan sebelumnya. Taburkan sedikit biji jagung di dalamnya
Kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.
Sementara itu sediakan lapisan putih: Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan garam dalam bekas, tuangkan santan dan kacau rata sehingga tiada berketul.
Tapis adunan dalam bekas lain.
Setelah adunan kuning masak, tuangkan adunan putih dan taburkan di atasnya hirisan jagung, kukus lagi 15 minit.
TALAM LABU BAHAN-BAHAN: Bahan A : 200gm labu kuning |kukus dan kisar halus 70gm tepung ubi 30gm tepung beras 100gm gula pasir 170ml santan 1/2 sudu teh garam Bahan B : 17 ml santan pekat 30gm tepung beras 15gm tepung tapioka 3/4 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Panaskan kukusan dengan api serderhana.
Sediakana bahan A : Campurkan semua bahan, kacau rata kemudian tapis.
Tuang ke dalam acuan yang sudah dioles dengan minyak masak. Tuang 3/4 acuan.
Kukus selama 10 minit.
Sediakan bahan B: Campurkan semua bahan, tapis.
Tuangkan adunan atas lapisan A hingga penuh.
Kukus lagi 10 minit atau hingga masak.
Sejukkan dan keluar dari acuan apabila sedia dihidangkan. Recipe : hestikitchen By @ettyyuni .
Resipi cekodok pisang rangup luar dan lembut di dalam ini ada rahsianya. Nak tahu? Dengan menambah marjerin di dalam adunan. Pernah cuba?
Semestinya ramai suka cekodok pisang. Tak kira untuk sarapan, minum petang atau untuk dimakan waktu malam saat lepak bersama keluarga. Cukup mudah nak membuatnya. Tapi, kadangkala cekodok liat.
Ha..Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Cik Pooja ni ye. Terasa perbezaannya. Tak percaya, cuba sendiri.
Resipi Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam
Bahan-bahan:
5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecil
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.