Kuey Teow Thng antara menu yang sesuai dinikmati untuk minum petang. Tidak terlalu ‘berat’ dan tidak pula ‘terlalu ringan’ pendek kata hidangan yang sedang-sedang sahaja. Enak dinikmati ketika panas, bila kuahnya sedap, habis kuah dalam mangkuk dihirup. Jom kita cuba buat Kuey Teow Thng mengikut resipi yang dikongsikan oleh Fatyn Zamry
RESEPI KUEY TEOW THNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam Fishball & fishcake Serbuk lada putih – BELI ONLINE Lada putih biji ditumbuk 1 biji sengkuang (saiz sederhana je agak besar bulatan burger) Gula batu atau gula biasa – BELI ONLINE 2 batang serai diketuk Batang saderi (optional) 2 kiub pati ayam Garam & serbuk hilal Taugeh, daun bawang Cabai kicap Mi/Koey Teow/Maggie/Bihun
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.
2. Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.
3. Bila sudah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam th’ng nanti. Tulang ayam masukkan balik dalam kuah, biar merebus sekali. Siap kuah!
4. Fishball dan fishcake boleh dicelur atau goreng. Jika goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.
5. Minyak bawang putih: Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak itu ya. Biar sahaja, hendak makan ceduk sesudu.
6. Cili kicap: Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang dan bawang putih 5 ulas. Tengok saiz, kalau kecil-kecil tambah sikit lagi. Goreng sampai naik bau dan tutup api. Tunggu sejuk sekejap, kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Boleh guna campuran kicap Mudim dan kicap Kipas Udang Habhal warna merah. Siap!
7. Sudah boleh dihidang dengan pilihan mi, taugeh celur serta taburan daun bawang.
Cuti sekolah pastinya pelbagai menu perlu disediakan untuk anak-anak. Bosan dengan menu yang sama tentunya anak nak minta menu yang lain pula. Boleh cuba buat bihun taucu ni. Menurut empunya resipi, menu ini menjadi kegemarannya di zaman kanak-kanak dulu. Boleh makan berulang kali. Jom cuba.
BIHUN TAUCU
Bahan-bahan:
Mihun – dicelur
Air asam jawa
Serbuk perasa
Gula
Air
Minyak masak
Bahan tumis:
A
30 biji cili kering – celur/rendam dengan air panas
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
– kisar bahan A
B.
1 mangkuk ikan bilis
½ botol taucu cap jalen (buang airnya)
– kisar ikan bilis dengan sedikit air jangan sampai terlalu halus. Kemudian masukkan separuh dari taucu. Kisar sekejap saja. Separuh lagi tak perlu dikisar supaya masih ada butir-butir taucu.
Cara memasak:
1.Tumis bahan A. Bila sudah terbit minyak, masukkan bahan B.
2.Biarkan sebati kemudian masukkan air asam, sedikit gula dan serbuk perasa. Saya tak menggunakan garam sebab ikan bilis dan taucu dah cukup masin.
3.Masukkan air mengikut kepekatan yang kita mahu. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Kebiasaannya, selain menyediakan hidangan berasaskan nasi, makanan yang lebih ringan seperti mi dan bihun turut disediakan ketika mengadakan rumah terbuka. Ia untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada para tetamu sekiranya tidak mahu menjamah nasi. Bagi yang masih tercari-cari resipi hidangan berasaskan mi, menu di bawah boleh dijadikan idea rumah terbuka.
1. MEE SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
5kg mi kuning | celur
5 liter air
2gm bunga lawang
5 helai daun limau purut |kisar
2gm biji pelaga
2gm kulit kayu manis
200gm bawang merah |kisar
100gm bawang putih |kisar
5gm halia
2 paket rempah sup
2 batang serai | titik
20gm jintan manis
20gm jintan putih
5gm serbuk lada hitam
300gm isi ayam
30gm serbuk ketumbar
10ml minyak masak
400gm nasi impit | rebus
100gm bawang goreng | hiasan
10gm tauge | hiasan
Sedikit hirisan cili merah | hirisan
SAMBAL KICAP CILI PADI:
20gm cili padi merah/cili api
5gm bawang putih
500ml kicap lemak manis
5ml air limau
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Biar mereneh dan tutup api.
Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.
2. MI BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
5kg mi kuning
300gm cili kering
500gm bawang merah kisar
50gm bawang putih kisar
50ml sos tiram
100ml sos cili
20gm udang kering kisar
1kg udang segar
5 liter stok daging
10 biji telur
2kg sawi |potong
200gm tauge
150gm bunga kubis | potong
20gm cili merah hiris
5 keping tauhu | goreng dan hiris
15 biji telur rebus | belah enam
10 biji limau kasturi |belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus udang kering bersama sedikit air. Angkat dan ketepikan. Air jangan buang.
Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, cili sos kemudian masukkan air stok rebusan daging
Masukkan udang dan daging, kacau seketika.
Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih.
Pecahkan telur untuk tambahkan rasa.
Masukkan sayur-sayuran dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mi yang telah dicelur.
Boleh dihidangkan dengan potongan telur rebus, hirisan cili, limau kasturi dan tauhu goreng.
3. MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
5kg mi kuning | celur
150gm bawang putih | kisar
300gm bawang merah | kisar
500gm isi ayam
300gm udang
50ml kicap pekat
20gm lada hitam
300ml sos tomato
350ml sos tiram
5 liter air
20gm cili merah | hiris nipis
400gm bawang goreng
6 biji telur
100gm bunga kubis | potong
300gm sawi | potong
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.
4. MI REBUS
BAHAN-BAHAN:
5kg mi kuning celur
40gm bawang putih | kisar
500gm bawang merah | kisar
5 batang serai | ketuk
20gm halia | kisar
10gm cili | kisar
50gm udang kering| kisar
100gm serbuk kari daging
500gm keledek | rebus dan lenyek
5 liter air rebusan daging
20gm garam
20gm gula
300gm tauge
50gm daun bawang
30gm cili merah hiris
20 keping tauhu goreng
15 biji telur rebus | potong enam
200gm bawang goreng
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar, rempah kari, cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.
Masukkan keledek yang direbus tadi. Tambahkan air rebusan daging.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
Angkat dan hidangkan bersama telur rebus, tauhu goreng, cili hiris dan lain-lain.
5. MI UDANG
BAHAN-BAHAN:
5kg mi kuning | celur
10kg udang
100gm bawang merah | kisar
200gm bawang putih | kisar
30gm halia | kisar
50gm cili kering | kisar
500gm sos cili
50gm sos tomato
500ml udang kering
5 liter stok udang
500gm bawang goreng
15 biji telur | rebus dan belah enam
10 biji tauhu goreng
50gm daun bawang | hiris
20gm cili merah | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, stok udang masak sehingga kuah mendidih.
Kemudian masukkan udang, dan tambah garam secukup rasa.
Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan bawang goreng dan bahan hiasan.
6. MEE KARI SIPUT LALA
BAHAN-BAHAN:
5 paket mi kuning | celur
5gm kulit kayu manis
3gm bunga lawang
2gm cengkih
2gm buah pelaga
15 helai daun kari
500gm bawang merah | kisar
30gm bawang putih | kisar
20gm halia | kisar
5 batang serai | kisar
100gm rempah kari ayam
5liter air
1kg siput lala
150gm bebola ikan
150g kek ikan
8gm asam gelugur
2kg santan pekat
1 tin susu cair
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari dan daun kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
Kemudian tuang air. Masak sehingga mendidih.
Masukkan pula santan pekat, susu cair, bebola ikan, kek ikan, siput lala asam gelugur tambahkan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkan mi bersama bahan hiasan seperti telur rebusa, tauhu goreng dan cili merah dan tuang kuah secukupnya.
Biasanya kalau nak buat mi, kedailah tempat kita mendapatkan mi tersebut. Jika ada kerajinan boleh saja buat mi sendiri secara manual dan ikut selera kita. Cuma selepas doh dipotong, taburkan sedikit tepung supaya ia tidak melekat bila tercampur. Boleh cuba buat ikut resipi berikut.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.