Kuey Teow Thng antara menu yang sesuai dinikmati untuk minum petang. Tidak terlalu ‘berat’ dan tidak pula ‘terlalu ringan’ pendek kata hidangan yang sedang-sedang sahaja. Enak dinikmati ketika panas, bila kuahnya sedap, habis kuah dalam mangkuk dihirup. Jom kita cuba buat Kuey Teow Thng mengikut resipi yang dikongsikan oleh Fatyn Zamry
RESEPI KUEY TEOW THNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam Fishball & fishcake Serbuk lada putih – BELI ONLINE Lada putih biji ditumbuk 1 biji sengkuang (saiz sederhana je agak besar bulatan burger) Gula batu atau gula biasa – BELI ONLINE 2 batang serai diketuk Batang saderi (optional) 2 kiub pati ayam Garam & serbuk hilal Taugeh, daun bawang Cabai kicap Mi/Koey Teow/Maggie/Bihun
CARA MEMBUAT:
1. Campur sekali ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah 4, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam.
2. Rebus hingga mendidih, masuk serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi hingga ayam empuk.
Ads
3. Bila sudah empuk ayam, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam th’ng nanti. Tulang ayam masukkan balik dalam kuah, biar merebus sekali. Siap kuah!
4. Fishball dan fishcake boleh dicelur atau goreng. Jika goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap, toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.
5. Minyak bawang putih: Bawang putih 10 ulas dicincang halus, goreng dengan minyak hingga tukar warna kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang sekali minyak itu ya. Biar sahaja, hendak makan ceduk sesudu.
6. Cili kicap: Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah 3 batang dan bawang putih 5 ulas. Tengok saiz, kalau kecil-kecil tambah sikit lagi. Goreng sampai naik bau dan tutup api. Tunggu sejuk sekejap, kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. Boleh guna campuran kicap Mudim dan kicap Kipas Udang Habhal warna merah. Siap!
Ads
7. Sudah boleh dihidang dengan pilihan mi, taugeh celur serta taburan daun bawang.
Ini adalah laksa yang terkenal dikalangan orang Perak terutama di kawasan pantai remis, pangkor dan manjung. Laksa mi Pangkor berbeza dengan laksa yang lain keran ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu sup, sambal, sayur dan mi.
LAKSA PANGKOR
BAHAN A
• Laksa mee
BAHAN B (Terpulang pada citarasa masing-masing boleh sup ketam/sup udang lipan/sup ikan)
• Ikan kembung
• Daun sup
• Bawang putih
• Bawang merah
BAHAN C (Sayur)
• Kacang panjang
• Bawang putih
• Lobak masin
BAHAN D (Sambal Udang)
• Cili giling
• Bawang merah
• Bawang putih
• Belacan yg dibakar
CARA MEMASAK KUAH:
1. Panaskan sedikit minyak (tumis darat). Masukkan bawang putih yang diketuk dan bawang merah dihiris halus tumis sehingga garing (ini untuk dimasukkan dalam kuah sup nanti)
2. Dalam periuk yang lain masukkan rebus ikan kembung, asam keping dan sedikit garam.
3. Angkat ikan perisi ambil isi ikan (kadang-kadang terpulang ada yang letak seekor ikan yang dipotong dua. Sudah itu letak semula dalam rebusan tadi.
4. Masukkan bahan yang tumis darat tadi dan masukkan daun sup.
5. Letak sedikit garam dan gula. Siap kuah ala-ala sup Ikan kembung
CARA MEMASAK SAYUR:
1. Kacang panjang dipotong halus
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih yang diketuk (kalau suka boleh letakkan lobak masin dan masukkan sedikit garam jika tidak letak)
3. Tumiskan sekejap sahaja jangan sampai layu.
CARA MEMASAK SAMBAL:
1. Panaskan minyak sedikit minyak. Masukkan cili yang sudah dikisar
2. Tumis sehingga garing, masukkan bawang putih yang dibelah dua (bila sambal hampir masak lenyekkan bawang putih yang dibelah tadi untuk lebih aroma)
3. Masukkan sedikit belacan yang dibakar tadi. Bila cili sudah hampir masak baru masukkan isi udang.. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMASAK LAKSA MI:
1. Rebus laksa mi seperti biasa. Toskan dan hidangkan bersama kuah, sayur, dan sambal.
Mi Goreng Basah memang sangat enak dan imbau nostalgia zaman dulu-dulu. Biasanya menu ini berkait rapat dengan hidangan yang suka dimakan diwaktu kecil. Sama seperti resipi Mi Goreng ni. Jika mi yang dibeli di kedai atau pasar malam, kemudian dibungkus pula dengan kertas, aromanya memang lebih enak. Saudara Emee Sham ada kongsikan satu resipi Mi Goreng Basah yang sedap yang boleh kita semua cuba. Dinikmati pula dengan hirisan cili jeruk dan perahan jus limau nipis, lagi bertambah sedapnya. Jom cuba! Anda pasti suka.
Sedapnya Maggi Kari Tumis ni. Sekali sekala, teringin juga nak makan sajian selain dari nasi yang simple dan tak susah masak. Bagi anda yang suka makan makanan pedas, menu perkongsian saudari Syazlin Mansor ni boleh dicuba.
CARA MASAK MAGGI KARI TUMIS
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mi segera perisa kari
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat. Kemudian gaul sekali dengan rempah mi segera.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk hingga garing. ( dulu-dulu nenek kata masukkan air dalam lesung. Petua masak sedap katanya.)
3. Masukkan air ikut cita rasa masing-masing. Kuah banyak atau sikit, terpulang. Tunggu hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan mi. Bila dah lembut, pecahkan telur. Sedia untuk dinikmati.
5. Jika suka, boleh masukkan sayur sawi, sosej atau apa sahaja yang digemari.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.