Kuah Pasta Carbonara Super Creamy

Share

Korang yang suka makan pasta boleh cuba resepi ini. Nak buat kuah pasta macam dekat pizzahut tanpa menggunakan sos prego ini caranya.Anak-anak pasti suka makan pasta ini.Isi korang boleh tukar pada bahan segar contohnya isi ayam atau udang.

Kuah Pasta Carbonara

Bahan-bahan:
1 paket pasta
Hotdog ramli secukupnya
1 kotak kecil cooking cream
3 kiub pati ayam know
3 keping cheesedale
2 gelas susu kotak full cream
2 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan 1 gelas air
Hujung sudu kecil serbuk lada hitam
Hujung sudu kecil parsley flakes
Garam,gula secukup rasa
Air sekadar tenggelamkan pasta
Bahan tumis:
1 ketul buttercup guna separuh sahaja
1 biji bawang holland dipotong dadu
1 tin cendawan butang dicuci dan dihiris
Cara memasak:

1.Panaskan instan pot tekan menu “saute” dan cairkan butter.

2.Masukkan semua bahan tumis kacau rata biarkan hingga keperangan.


3.Masukkan susu full cream dan semua bahan berbaki satu persatu kecuali pasta.

4.Kacau sebati barulah masukkan pasta .Pastikan pasta tenggelam di dalam kuah.

5.Tekan menu “pressure cook” set tempoh memasak “5 minit”

6.Siap untuk dihidang.

*Jika guna periuk biasa,pastikan pasta dan kuah dimasak asing. Pasta direbus dahulu sehingga lembut kenyal dan
baru tuang sos atau kuah yang siap dimasak atasnya.

Kredit: Aisyah Humaira

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN