Selain lauk rendang dan sajian daging di Hari Raya Aidilfitri, petangnya pula dapat ‘mengadap’ laksa hmmm memang padu. Setiap negeri ada keunikannya, kalau nak tahu apa beza dan istimewanya laksa dari 3 negeri ni , kenalah cuba kan.

Senarai bahan agak panjang, tapi murah dan senang didapati. Walaupun sedikit berbeza ramuan setiap negeri, tetapi keenakannya tetap sama .

1. LAKSA PAHANG ‘SPECIAL’

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket spageti @ mi laksa | direbus masukkan sedikit garam dan tos

BAHAN A :

  • 1kg ikan tenggiri | dibersihkan dan direbus

BAHAN B :

  • 200 gram isi ikan masin kurau | bakar dalam kuali sebentar

BAHAN DIKISAR C :

  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 7.6 sm lengkuas
  • 7.6 sm halia
  • 25 tangkai cili kering | direbus sebelum dikisar
    (disangai sekejap dan dikisar halus):
  • 2 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 3 cawan air
  • 2 cawan santan cair

2 biji kelapa | ambil santan pekat
3 sudu makan kerisik
3-4 asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN ULAM :

  • Tauge | dicelur sebentar dalam air panas
  • Daun kaduk | dihiris
  • Daun kunyit | dihiris
  • Kobis | dihiris
  • Daun kesum | dihiris
  • Daun selasih | dihiris
  • Bawang besar | dihiris nipis
  • Kacang panjang | dihiris
  • 2 biji limau kasturi | diperah
  • Sambal belacan | cili kering ditumbuk dengan belacan dan air sedikit

BAHAN SAMBAL BELACAN:

  • 2 tangkai cili merah
  • 15 tangkai cili padi
  • Sebesar ibu jari belacan
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 biji limau kasturi untuk perahan
  • Sedikit gula

CARA MEMASAK :
Cara masak sambal belacan :
1. Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering.
2. Tumbuk dulu cili merah dan belacan.
3. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi
Cara masak Kuah :
1. Rebuskan ikan tenggiri, dan air rebusan digunakan untuk kisar tulang dan juga isi ikan, asingkan isi dan tulang.
2. Kisar tulang dan tapiskan serta ambil airnya
3. Kemudian kisar pula isi ikan menggunakan air kisaran tulang tadi. Ketepikan bahan A ini.
4. Selepas ikan kurau masin dibakar dalam kuali, rendam ikan masin dalam air dan dikisar halus menggunakan air rendaman tadi. Buangkan kulit ikan kurau masin. Ketepikan bahan B ini.
5. Bahan C dikisar halus.
6. Campurkan bahan A,B, C masak hingga mendidih dengan api yang perlahan.
7. Setelah mendidih masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kacau selalu.
8. Masukkan pula kerisik, asam keping, garam dan gula
9. Masak lama lebih kurang 7 jam hingga pecah minyak dan kacau selalu.
10. Tuangkan kuah atas spageti, dan letakkan bahan ulaman dan sambal belacan.

INFO: Anda boleh juga menggunakan mi laksa yang biasa selain spageti. Ikan selayang juga boleh digunakan selain ikan tenggiri.

2. LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU

BAHAN-BAHAN :

BAHAN KUAH :

  • 1500 ml santan pekat
  • 10 ekor ikan kembong atau ikan selayang/ direbus, dibuang tulang dan kisar
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan cili boh
  • 3 biji bawang besar /dikisar
  • 1 labu bawang putih /dikisar
  • 2 sm halia /dikisar
  • 4 sm lengkuas /dikisar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 sm belacan / dikisar45 gm ikan bilis /dikisar
  • 3 sudu makan udang kering /dikisar
  • 2 ketul gula Melaka
  • 3 sudu makan gula
  • 4 keping asam keping
  • 6 gelas air (220 ml satu gelas)

LAKSA:
1 kg laksa kering
*Direbus hingga lembut dan toskan

BAHAN ULAM: (dihiris halus kecuali taugeh)

  • 150 gm kacang panjang
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 100 gm taugeh
  • 60 gm daun kemangi/selasih
  • 200 gm kubis (jika suka)

BAHAN SAMBAL:

  • 100 gm cili merah
  • 20 gm belacan /dibakar
  • Garam secukup rasa
  • *Tumbuk sekali hingga lumat

CARA MEMASAK;
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar bawang , belacan dan rempah kari ikan dan masukkan cili boh sehingga naik minyak.
2. Bila agak garing masukkan santan dan air.
3. Masukkan pula gula Melaka dan asam keeping.
4. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan kembong/selayang, bilis dan udang kering yang dikisar tadi bersama gula dan garam secukup rasa.
5. Mendidih tutup api dan kuah siap dihidangkan bersama laksa, ulaman dan sambal belacan.

INFO : Laksa Terengganu ada dua jenis. Laksa kuah merah dan laksa kuah putih. Laksa kuah putih lebih rasa lemak, Laksa kuah merah bagi mereka yang sukakan rasa masam dan manis yang enak.

3. LAKSA JOHOR

BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm satu paket spageti
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak

Bahan A :

  • 1 kg ikan kurau segar /direbus dan ambil isi
  • 500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
  • 500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
  • 3 keping ikan kurau masin
  • 5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah

Bahan B :

  • 8 keping asam gelugor
  • 3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan

Bahan dikisar halus :

  • 20 tangkai cili kering
  • 15 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 batang serai
  • 4 sm halia
  • 4 sm lengkuas
  • 2 sm kunyit hidup
  • 3 sm belacan
  • 9 sudu makan biji ketumbar
  • 3 sudu makan biji jintan putih
  • 3 sudu makan jintan putih
  • 2 biji buah keras
  • 4 sudu makan kerisik

Bahan ulaman :

  • Limau kasturi/dipotong untuk diperah
  • Taugeh
  • Daun kesum atau daun selasih
  • Timun
  • Sambal belacan
  • Bawang besar /dipotong bulat
  • Kacang panjang
  • Lobak asin

CARA memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2 .Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4 .Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan Perahkan limau kasturi..

INFO  : Laksa Johor agak mewah ia biasanya menggunakan ikan kurau dan ikan parang sahaja dan bukannya jenis ikan lain