Jika dihidangkan mi kari pasti ramai yang menyukainya. Ada pelbagai versi memasak mi kari ni. Kalau orang Perak mesti tahu beza rasa dan cara masak Mi Kari Ipoh.Kuahnya tak sama macam mi kari yang biasa dijual di kedai. Kuahnya guna ikan bilis tamban.Rasanya pun manis bilis dan ringan-ringan je. Sedap dan tak muak rasanya. Jika ingin mencuba, dikongsikan resepi Cikgu Liza.
Kuah Mi Kari Ipoh Cikgu Liza
Bahan-bahan:
200gm ikan bilis tamban kering (rebus dengan 3 liter air.Toskan.Simpan air rebusan ikannya dikisar halus)
8 sudu makan rempah kari daging
*3 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
5-6 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai dititik
2 batang akar daun sup diketuk
3 tangkai daun kari
1 ketul kiub ikan bilis(optional)
Ads
500gm santan
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
500gm tauhu pong dipotong 4
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Kisar bahan bertanda (*).
Ads
2.Tumis bahan kisar,kayu manis,bunga lawang,pelaga,serai dan daun kari hingga naik bau.
3.Masukkan cili kisar dan tumis hingga sedikit garing.
4.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan ikan tamban kisar.Kacau rata.
6.Kemudian masukkan air rebusan,akar daun sup dan kiub ikan bilis. Rebus seketika hingga sedikit didih.
7.Masukkan santan dan tauhu pong.Kacau rata dan sebati.
Ads
8.Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.Biarkan mendidih.
9.Sedia dihidangkan dengan mi kuning,kuetiau atau bihun bersama bebola ikan,kek ikan,taugeh,daun sup dan daun bawang.
Bosan dengan menu nasi dan lauk pauk, kita ubah selera dengan soto ayam pasti sekeluarga suka. Apa yang penting sekeluarga bakal kenyang dari air tangan anda.
SOTO AYAM & BERGEDIL
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
2 batang serai
1 inci lengkuas
Bahan-bahan ini semuanya dikisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna dua batang sahaja pun cukup.
Bahan tumis:
Kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
1 peket kecil rempah kurma 1 bunjut Sup bunjut
Bahan lain:
1 ekor ayam – potong 4
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam
Cara memasak:
1.Mula-mula panaskan minyak. 2.Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, tumis hingga harum. 3.Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus. 4.Masukkan rempah kurma. 5.Masak hingga garing dan terbit minyak ( rempah kurma kena masak lama) 6.Kemudian masukkan air secukupnya. 7.Biarkan air mendidih.Bila dah didih, masukkan sup bunjut, ayam dan kiub ayam.Biarkan kuah mereneh 8.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9.Angkat ayam dan toskan. Ayam kemudian digoreng. Kemudian siat-siat halus. 10.Baki kuah tambahkan air. Biarkan didih 11.Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.
12.Keluarkan ayam dan toskan. Ambil sedikit ayam untuk dibuat begedil ayam. 13.Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan.Kemudian bolehlah disiat halus.
14.Dah siap kuah soto.
BERGEDIL DAGING
4 biji kentang
200 gm daging cincang
Cara membuat:
1.Kupas kulit kentang dan potong bulat nipis. 2.Kemudian goreng sampai masak. 3.Angkat, toskan minyak dan tumbuk lumat. 4.Daging pun digoreng sekejap. 5.Angkat dan tumbuk lumat.
1 pokok daun sup – cincang halus
1 pokok daun bawang – cincang halus
bawang merah – cincang halus
bawang goreng
dua biji kuning telur – putih telur untuk celup sebelum begedil di goreng
1 sudu besar perencah sup
2 biji putih telur
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan dalam bekas kecuali putih telur. 2.Perasakan dengan garam. 3.Bulat-bulatkan. 4.Celupkan dalam putih telur. 5.Goreng dalam minyak panas hingga masak. 6.Sedia dihidangkan
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur. 2.Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam. 3.Kisar halus. 4.Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi.
Soto ni dimakan bersama nasi himpit,taugeh, ayam yang di siat-siat halus,daun sup dan daun bawang dihiris,kacang goreng,bawang goreng,bergedil dan sambal kicap
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi anda yang gemar pelbagaikan sajian, mi adalah antara pilihan bagi menggantikan nasi. Senang disediakan malah boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng daging yang ‘simple’ tapi sedap giler? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
MI GORENG DAGING POWER
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
100gm brokoli | potong kecil
2 biji telur
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan stok daging/air
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
4cm halia muda | hiris halus/nipis
1 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Bihun Goreng Cili Padi perkongsian saudari Har Ryea ni nampak sangat sedap. Sesuai dicuba oleh anda yang sukakan hidangan yang pedas. Rencahnya boleh dipelbagaikan mengikut bahan yang ada dalam peti sejuk dan juga ikut selera masing-masing. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK BIHUN GORENG CILI PADI SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus bihun – rendam – beli online disini Udang secukupnya 4 biji telur Lobak merah – hiris Daun sup secukupnya 1 sudu makan cukup rasa
BAHAN RENCAH: Cili padi hijau Bawang besar Bawang putih 1 genggam ikan bilis – beli online disini (jumlah ikut selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai sedikit garing.
2. Bila rencah sudah garing, masukkan udang. Selain udang, boleh juga guna isi ayam atau sotong. Boleh juga tambah fishcake jika suka. Sesuaikan ikut selera.
3. Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.
4. Ketepikan udang ke sisi kuali, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak sedikit.
5. Hancurkan sedikit telur tadi kemudian gaul rata bahan-bahannya.
6. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah. Gaul rata semua bahan-bahan.
7. Masukkan bihun. Gaul rata hingga bercampur.
8. Tabur perasa Maggi Cukup Rasa. Sebatikan hingga rata.
9. Akhir sekali, tabur hirisan daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika hingga berwap.
10. Bihun Goreng Cili Padi sedia untuk dihidangkan.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!