Sizzling Yee Mee selalunya dihidang menggunakan hot plate kerana sizzling sedap makan ketika masih panas. Kalau tidak ada hot plate anda masih boleh lagi membuat hidangan sizzling yee mee ini di rumah.

Mudah Masak Sizzling Yee Mee Sedap!

SIZZLING YEE MEE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul ayam bahagian thigh
  • Yee mee (Tapi kali ini guna mee sanggul)
  • Sayur sawi yg size kecik 3 pokok
  • Sayur brokoli, lobak merah, kubis bunga
  • Cendawan butang 2 tin
  • 1 inci halia
  • 10 biji cili kering
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 6 cawan air
  • Kicap pekat (ikut warna gelap yang anda suka)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 kali percik kicap cair
  • 4 kali percik minyak bijan

Mudah Masak Sizzling Yee Mee Sedap!

IKLAN

Mudah Masak Sizzling Yee Mee Sedap!

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Cincang bawang putih, potong halus halia & potong serong cabai kering.. tumis dgn 2 sdm minyk masak.
  2. Tumis sampai naik bau  dan masukkan ayam yangg dipotong kecik gaul hingga kluar air ayam dlm 5 minit.
  3. Masukan air dan semua sos perasa kecuali minyak bijan. Perasakan garam sedikit.
  4. Tumbuk lada hitam dan masukkan Biar menggelegak dalam 10 minit.
  5. Masukkan cendawan dan biar dalam 3 minit. Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Tuang sedikit-sedikit sambil kacau sampai kuah akan memekat. Akhir sekali percikkan minyak bijan dan siap.
  6. Akhir sekali didihkan mee sanggul hingga lembut dan tos air. Celur sayur sekejap dalam air panas dan goreng telur tapi biar separuh masak. Hidang dalam pinggan dan tuangkan kuah. Siap.

Mudah Masak Sizzling Yee Mee Sedap!

INFO: Sukatan resepi ini boleh makan 4 – 5 orang.

Kredit: Mazliyani Abu Bakar

IKLAN

Resipi Mi Jawa Dengan Ramuan Kuah Yang Enak Memang Tidak Cukup Sepinggan

Resipi Kuah Bihun Sup Tumis Yang Paling Sedap, Hanya Guna Serbuk Lada Sulah

Rahsia Masak Maggi Goreng Ala Kedai Mamak Yang Enak & Tidak Masin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI