Ibu-ibu memang sukakan masakan mudah dan sedap. Istimewa buat anda RASA kongsikan koleksi resipi lauk pauk menggunakan daging dan ayam yang boleh dimasak setiap hari. Semuanya ringkas dan sedap, malah orang bujang pun boleh cuba masakan mudah ini. Pasti membuka selera anda dan keluarga.

 

ANEKA RESIPI SAJIAN MASAKAN MUDAH MENGGUNAKAN AYAM & DAGING

 

1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 batang serai | titik
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayam cuci bersih dan tos.
  2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
  3. Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  8. Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah secukup rasa, tutup api.
  10. Ayam kicap sedia dihidangkan.

2. AYAM SERUNDING SERBUK ROTI

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 8 biji cili padi hiris halus
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
  4. Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
  6. Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
  8. Masukkan ayam dan tutup api.
  9. Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.

3. AYAM MADU CILI KERING

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
  • 150gm biji gajus
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
  • 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
  6. Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
  8. Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
  9. Tutup api dan sedia dihidangkan.

4. DAGING GORENG HALIA

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
  • Sedikit hirisan cili Benggala merah
  • Sedikit hirisan cili Benggala hijau
  • 4 biji cili padi | hiris memanjang
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  6. Tutup api dan daging sedia dihidangkan.

5. DAGING MASAK MERAH

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.

6. KERABU DAGING SALAI

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging /yang telah dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar/dihiris membulat
  • 5 biji cili api/dihiris
  • 1 batang serai/dihiris nipis
  • 2 biji limau kasturi
  • Kicap lemak manis secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
  2. Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
  3. Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan

7. SINGGANG DAGING

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm daging
  • 2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
  • 2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
  • 1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
  • 1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
  • 4 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
  2. Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.

8. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 2 batang serai | titik
  • 5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
  • 1 kuntum bunga kantan | jika suka
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
  2. Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  3. Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
  4. Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
  5. Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.

9. AYAM LEMON ALA KAK NGAH

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg ayam | potong kecil
  • 100gm tepung serbaguna untuk goreng ayam
  • 1 biji lemon | perah ambil jusnya
  • 1 sudu makan sunquick
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 2cm halia | hiris halus memanjang
  • 5 biji cili padi | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan tepung serbaguna dan perapkan lebih kurang lima minit.
  2. Sementara itu panaskan minyak, kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan pes cili kering kacau rata dan jus lemon, sunquick dan hirisan cili padi.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

10. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN

Koleksi Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Guna Ayam & Daging

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 16
  • 4 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam secukupnya untuk menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 3cm lengkuas
  • 3 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam kemudian toskan.
  2. Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.
  3. Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.
  4. Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
  5. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.
  6. Sajian masakan mudah; Ayam goreng berempah sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI