Ads

Sup Ayam Lada Hitam Paling Sedap & Berkhasiat, Sesuai Untuk Demam Dan Diet Sihat

Bagi anda yang menggemari hidangan bersup, boleh cuba Sup Ayam Lada Hitam yang terlajak mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ini. Jika anda demam, batuk dan selsema, elok sangat nikmati sup ini. Sup ni bukan untuk orang yang tak sihat sahaja tau. Yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan.

Ibu-ibu yang sedang dalam pantang, kalau dah jemu makan ikan bakar, pun boleh nikmati sup ni. Sangat sedap dan menyelerakan. Malah, sup ini juga sangat sesuai dijadikan menu keluarga kerana rasanya ringan tetapi tetap berkhasiat.

Istimewa buat yang tengah dalam usaha nak turunkan berat badan, Sup Ayam Lada Hitam ini juga sesuai dijadikan menu harian anda. Kenapa? Sebab masak menu ni tak guna minyak pun. Jadi ia lebih sihat dan rendah lemak. Minyak masak pun jimat.

Jika anda sukakan rasa sup yang sedikit masam, boleh tambah sedikit asam keping bersaiz kecil ke dalam sup. Kalau boleh, elakkan guna air asam jawa kerana ia akan menjadikan warna sup lebih gelap dan kurang menarik.

Nak tambah serbuk lada sulah pun boleh ikut citarasa masing-masing. Namun untuk rasa yang lebih padu, sebaiknya gunakan lada hitam biji yang ditumbuk kasar dan bukannya serbuk lada hitam segera. Ini kerana aroma dan rasa yang dihasilkan lebih wangi serta sedap.

Sup Ayam Lada Hitam ini memang mudah disediakan dan bahan-bahannya juga ringkas. Sesuai dimasak ketika cuaca hujan atau ketika badan terasa kurang sihat.

Resipi Sup Ayam Lada Hitam Yang Mudah Dan Berkhasiat

Sup Ayam Lada Hitam Paling Sedap & Berkhasiat, Sesuai Untuk Demam Dan Diet Sihat

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam – dipotong kecil
  • 2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia – tumbuk
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun bawang – dihiris
  • Air secukupnya

Cara Memasak Sup Ayam Lada Hitam

  1. Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam.

Sup Ayam Lada Hitam Paling Sedap & Berkhasiat, Sesuai Untuk Demam Dan Diet Sihat

Sup Ayam Lada Hitam Paling Sedap & Berkhasiat, Sesuai Untuk Demam Dan Diet Sihat

Ads

2. Satukan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.

Sup Ayam Lada Hitam Paling Sedap & Berkhasiat, Sesuai Untuk Demam Dan Diet Sihat

3. Masukkan serai dan air secukupnya mengikut kuantiti sup yang diinginkan.

4. Didihkan menggunakan api perlahan sehingga ayam masak sempurna dan kuah sup menjadi sebati.

5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut citarasa masing-masing.

Ads

6. Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

7. Angkat dan nikmati ketika panas bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja.

Sup Ayam Lada Hitam Paling Sedap & Berkhasiat, Sesuai Untuk Demam Dan Diet Sihat

Tips Sedapkan Sup Ayam Lada Hitam

Untuk mendapatkan rasa sup yang lebih sedap, gunakan ayam segar dan jangan terlalu banyak air supaya rasa lada hitam lebih menyerlah. Jika suka pedas, boleh tambah lebih sedikit lada hitam tumbuk kasar.

Ads

Selain itu, penggunaan halia dan serai membantu memberikan aroma yang menyegarkan serta menjadikan sup lebih sesuai dimakan ketika demam atau selsema. Gabungan bahan-bahan ini juga membuatkan badan terasa lebih nyaman.

Anda mungkin berminat dengan

Sup Ayam Lada Hitam ini bukan sahaja mudah dimasak, malah sangat sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan warga emas. Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Sup Ayam Bungkus yang Wangi, Lembut dan Memikat Selera

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sambal Sotong Kembang Pedas Berempah, Resipi Paling Padu Buat Tambah Nasi

Sambal Sotong Kembang pedas berempah dengan sotong lembut dan sambal pekat memang cukup membuka selera. Ikut resipi mudah ini untuk hasil yang sedap dan tidak liat.