Sebagai anak jati Negeri Sembilan, memang tak sah kalau tak makan masak lomak cili api. Dalam masakan ini, kerap dimasukkan sekali sayuran seperti pegaga, sayur maman, betik muda, pucuk ubi, daun puding hitam.
Boleh digulai atau terus jadikan rendang dengan bahan dan cara sama. Menurut Muhamad Muktamin Abdul Karim, dia suka sangat sebab tak perlulah nak masak sayur lagi, 2 dalam 1.
CARA BUAT GULAI AYAM PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
*harus diingat orang Negeri Sembilan memang sangat ringkas, cukup dengan cili, kunyit dan garam ditumbuk sekali.
Ads
1/2 ekor ayam 2 ikat daun pegaga Cili api atau cili padi (ikut tahap kepedasan) – beli online di sini 1 atau 2 inci kunyit hidup Serbuk kunyit *(saya saja tambah) – beli online di sini Lada hitam (kebiasaannya hanya guna lada hitam tapi saya suka tambah biji ketumbar dan jintan manis untuk lebih aroma) Biji ketumbar Jintan manis 1 biji santan kelapa 3 asam keping – beli online di sini 3 batang serai | diketuk – beli online di sini Garam *secukupnya
*Boleh juga macam-macam lagi sayuran lain seperti pucuk ubi, daun puding hitam, sayur maman dan sebagainya.
Tak suka pedas, anda boleh cuba masak Kurma Ayam. Di hujung minggu ni bolehlah buat lebih kerana kurma bukan hanya enak dimakan dengan nasi putih, tetapi juga sedap disajikan bersama roti jalan, roti, nasi impit atau roti prata atau canai frozen. Macam mana nak memasaknya, berikut dikongsikan resipinya, bolehlah cuba ye.
AYAM MASAK KURMA: BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | potong 14
3 sudu makan rempah kurma
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1litter santan segar
Rempah penumis | bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 biji tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat
2 biji cili merah | belah dua
1 biji air perahan limau nipis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu.
Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kentang.
Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan.
Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup.
Akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis dan masukkan hirisan tomato dan cili.
Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.
INFO: Anda boleh tambahkan buah keras yang dikisar untuk memekat dan melemakkan lagi kuah kurma.
Orang utara bila makan mesti ada sambal belacan. Malas nak tumbuk boleh kisar dan buat stok macam cara ni. Mudah dah buat sebalang cedok saja bila-bila masa nak makan.Boleh ikut resipi ni cara membuatnya.
Sambal Belacan Kisar
Bahan-bahan:
Cili hidup
Cili padi
Belacan
Air asam jawa (perah guna air masak suam)
Air perahan limau kasturi(7/9 biji)
2 biji limau kasturi (buang biji,hiris sekali dengan kulit)
Gula
Garam kasar
Cara membuat:
1.Masukkan cili hidup,cili padi,belacan, air asam jawa,air perahan limau kasturi,limau kasturi yang dihiris,gula dan garam kasar.Kisar on off.Agak-agak sedikit lumat ja.Kisar jangan terlalu lama.
*Lagi satu sambal belacan ni boleh buat rencah nasi goreng.Panaskan minyak. Tumis bawang putih.Agak naik bau letak sambal belacan 2 sudu, isi ikan goreng .Gaul hingga sebati. Pecahkan sebiji telur biar sekejap baru kacau. Telur dah sedikit masak masukkan nasi sejuk. Gaul-gaul hingga sebati. Masukkan sayur jika suka. Masukkan secukup rasa. Gaul lagi. Dah cukup rasa semua. Tutup api. Siap.
Menu Air Asam Perut ni memang sedap! Nak-nak bulan puasa ni, memang buka selera. Nak buat menu ni, bahan-bahannya ringkas sahaja namun hasilnya memang terbaik. Nak cuba buat sendiri di rumah? Ini resipi yang boleh dicuba!
AIR ASAM PERUT KITAB
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg perut kitab – direbus sampai lembut
1 biji tomato – hiris kasar
1 tangkai daun kesum – hiris kasar
Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KASAR:
4 biji cili/ cabai- jika nak pedas, lebihkan.
Jus limau nipis/asam jawa – nak masam, lebihkan.
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
Hiris perut menjadi kepingan kecil.
Satukan perut, bahan kisar, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!