Mencari menu menggunakan sardin yang mudah dan enak? Kerabu Sardin adalah jawapannya! Menu yang cukup mudah nak buat. Kejap je dah siap. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian Hunny Wanny ni.
KERABU SARDIN
BAHAN-BAHAN
Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
Bawang besar | dihiris
Cili padi | dihiris
Cili besar | dihiris
Tomato | dihiris
Asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Info RASA: Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Kecur liur bila tengok macam macam jenis kerabu. Tambah berselera bila adanya kerabu dalam hidangan. Sebenarnya telur ikan pun boleh dibuat kerabu. Kedengaran pelik tapi sekali rasa pasti nak lagi. Berikut min kongsikan enam resipi kerabu paling unik dan terlajak sedap.
Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk isi udang
3 biji tomato hijau
2 sudu makan kacang tanah goreng (Ditumbuk kasar)
3 sudu makan santan pekat
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Buang kulit udang dan sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali sehingga isinya kemerah-merahan.
2. Potong tomato kecil-kecil.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
4. Gaulkan supaya sebati dan rata.
Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
500 g telur ikan tenggiri
1 sudu teh serbuk kunyit
5 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 helai daun kunyit (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili hijau (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
5 biji cili api (Dihiris)
½ cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh dan tuskan telur ikan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Gorengkan telur ikan sehingga masak dan sedikit garing.
3. Angkat telur ikan dan potong kecil.
4. Hiris daun kunyit halus-halus.
5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul perlahan-lahan supaya sebati.
Sedia dihidangkan
Bahan-bahan diperlukan:
15 biji terung telunjuk
1 biji cili merah
8 biji cili api
1 sudu makan udang kering
1 sudu teh lada hitam
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api, udang kering, lada hitam dan belacan ditumbuk bersama)
1 labu bawang besar (Dihiris)
1 sudu makan kerisik
½ cawan pati santan
4 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Rebus terung telunjuk sehingga lembut selama 10 minit dengan garam, kemudian belahkan dua.
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan bawang besar, kerisik dan santan di dalam mangkuk.
3. Masukkan terung dan bahan-bahan lain. Kemudian gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk kupang
1 mangkuk kecil tauge
2 biji tomato (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
8 biji cili api
2 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan ditumbuk halus bersama)
½ cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan perahan limau kesturi
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh dan rebuskan kupang dengan sedikit garam. Kemudian tuskan.
2. Buangkan akar tauge dan basuh.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
2 biji peria katak
1 labu bawang besar (Dihiris nipis)
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan santan
2 sudu makan jus limau kesturi
2 biji cili merah
5 biji cili api
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api dan belacan ditumbuk bersama)
Cara menyediakan dan memasak:
1. Belah dua peria katak dan buangkan biji di tengahnya. Kemudian hiris nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
1 kg kerang (Bersaiz besar)
1 ikat pucuk paku hijau (Dipotong kasar)
1 sudu makan kerisik
½ cawan santan pekat
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 labu bawang besar (Dihiris)
10 biji cili api
3 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan dikisar bersama)
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit.
2. Tuskan dan ambil isi kerang sahaja
3. Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.
4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kurang rasa selera makan, resipi kerabu santan pelam yang sangat ringkas boleh menaikkan selera anda. Rasa lemak, masam dan manis bersatu untuk rasa yang lazat. Boleh tambahkan dengan kacang tanah tumbuk untuk rasa crunchy.
Resipi kerabu perut pucuk paku ini kalau hidang memang tangan cepat saja ambil untuk meratah. Boleh jadi tak sempat buat lauk untuk makan dengan nasi, dah habis dulu.
Sebabnya gabungan rasa masam, pedas dan lemak membuatkan kerabu ini sedap sangat rasanya.Dengan perut yang direbus empuk, digandingkan pula dengan pucuk paku dan tauge yang dicelur ringkas, menghasilkan tekstur rangup dan kenyal yang unik.
Apa yang menjadikan kerabu ini lebih istimewa adalah bahan kisar yang kaya dengan aroma serai, belacan dan kerisik, serta rasa santan yang menaikkan lagi rasa tradisi.
Mudah disediakan dan sangat sesuai dinikmati begitu sahaja atau sebagai pelengkap hidangan utama. Jom cuba!
Perut lembu -direbus
Pucuk paku -dicelur
Taugeh -dicelur
Air limau
Bawang besar -dihiris
10 biji cili padi
5 batang serai
2 biji bawang besar
1 inci halia
Lengkuas
Santan
Kerisik
Belacan
Garam
Perasa
1. Perut yang direbus dipotong
2. Satukan perut engan pucuk paku, taugeh, bawang besar serta air limau.
3. Seterusnya tuang bahan yang dikisar ke dalam bekas berisi bahan tadi. Gaul rata.
Pulut Kuning Kelantan asli yang lembut, cukup lemak dan sedikit manis. Ikuti resipi mudah orang Kelantan untuk hasil pulut kuning yang sedap walaupun sudah sejuk.