Hasil penemuan satu kajian dalam talian1 baru-baru ini mendapati bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia memerlukan pemangkin untuk mengembalikan kecergasan mereka. Di samping rakyat Malaysia menempuh kehidupan harian dalam dunia yang bergerak pantas, mereka sering mengejar masa untuk menunaikan tuntutan kerja dan komitmen peribadi. Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa 31% daripada responden menghadapi cabaran untuk mencapai keseimbangan bagi memenuhi matlamat kerjaya dan peribadi kerana terlalu fokus pada tarikh tamat kerja dan pelbagai tugasan untuk diselesaikan setiap hari, manakala 22% daripada mereka adalah ibu bapa bekerja dengan jadual kerja yang padat tetapi terus sibuk menguruskan anak-anak mereka selepas waktu kerja.
Sari Pati Ayam BRAND’S® merupakan jenama pati ayam pilihan nombor satu yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan, berasaskan Nielsen’s Retail Audit2. Kini, lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati khasiat kebaikan dan rasa yang ditambah baik dengan formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® yang meningkatkan kecergasan sambil menghadapi hiruk-pikuk kehidupan dunia. Formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® mengekalkan manfaat-manfaat yang sedia ada boleh meningkatkan metabolisme sambil mengurangkan keletihan dan menambah aliran oksigen kepada otak untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.3
Formulasi Baharu dengan Rasa Lebih Enak Diminum berserta Khasiat Kebaikan yang Sama
Ads
Formulasi baharu Sari Pati Ayam BRAND’S® kini disediakan dengan rasa yang lebih enak untuk diminum berserta khasiat kebaikan sama yang dijanjikan oleh jenama BRAND’S®. Berasaskan ujian rasa yang dikendalikan oleh Home Tester Club4, 92% bersetuju BRAND’S® Sari Pati Ayam baharu mempunyai rasa
yang lebih halus, dan 96% bersetuju BRAND’S® Sari Pati Ayam sesuai diambil untuk mereka yang ingin kekal produktif di sepanjang hari.
“Di BRAND’S, kami memahami desakan gaya hidup pantas rakyat Malaysia di mana kita sentiasa bergerak untuk mengimbangi tuntutan kerja, komitmen peribadi dan pelbagai tanggungjawab lain. Dengan formulasi baharu ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya dengan rasa yang lebih enak diminum ini. Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan formulasi baharu akan meningkatkan kecergasan setiap hari untuk memenuhi tuntutan gaya hidup mereka yang sibuk,” kata Wong Wee Leong, Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia.
Wong menambah, “Sebab itulah kami melantik Dr Shazril Shaharuddin, yang lebih mesra dikenali sebagai Dr Say, dan juga Chan Fong, sebagai duta-duta Sari Pati Ayam BRAND’S® di majlis pelancaran ini. Mereka berdua merasai kelebihan Sari Pati Ayam BRAND’S® dapat membantu mereka sentiasa bergerak aktif setiap hari. Dr Say, seorang bapa yang sibuk dan juga pempengaruh media sosial, dan Chan Fong, seorang penyampai radio dan usahawan yang berjaya, menggunakan produk sari pati ayam kami untuk memastikan mereka kekal cergas untuk mengharungi kesibukan mereka memenuhi jadual yang padat.”
Ads
Jaminan Kualiti Unggul
Apa yang membezakan Sari Pati Ayam BRAND’S® ialah proses pengeluaran hak miliknya, yang menjamin produk bermutu tinggi bagi rakyat Malaysia yang mahu meningkatkan tenaga untuk menempuh kehidupan harian. Sari pati ayam baharu ini diperbuat daripada ekstrak semula jadi sepenuhnya yang terdiri daripada ayam premium bermutu tinggi yang diproses secara bersih di bawah suhu tinggi dan tekanan yang dipantau rapi, sambil mengekalkan pelbagai nutrien semula jadinya. Setiap kelompok produk perlu menjalani lebih daripada 200 pemeriksaan kualiti yang ketat. Tambahan lagi, Sari Pati Ayam BRAND’S® juga menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), untuk memenuhi keperluan pemakanan penduduk yang pelbagai.
Dengan pelancaran formulasi baharu ini, rakyat Malaysia kini boleh memanfaatkan khasiat kebaikan Sari Pati Ayam BRAND’S® untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan tenaga dan fokus untuk menyahut cabaran harian masing-masing. Sama ada hari kerja yang mencabar atau jadual peribadi yang padat, Sari Pati Ayam BRAND’S® adalah teman terbaik untuk membantu sesiapa sahaja untuk terus fokus dari segi mental dan memberikan yang terbaik untuk kekal bertenaga dalam kehidupan mereka.
Ads
Anda kini boleh membeli Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan formulasi terbaharu daripada gedung runcit dan kedai farmasi utama dan juga di dalam talian menerusi Shopee dan Lazada.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila sebut tentang keju dan kek keju mesti teringkat kartun Tom & Jerry. Kartun legend ini amat digemari di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa produk tenusu kegemaran ramai ini mempunyai hari perayaannya yang tersendiri?
Kredit foto: Cartoon Network
Ya – Hari Keju Sedunia jatuh pada 4 Jun, dan Cartoon Network menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry – dengan tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu percutian.
Kredit foto: Cartoon Network
Adunkan ia pada waktu pagi dan hasil tangan anda akan sedia untuk dijadikan sajian pencuci mulut enak yang menyeronokkan dan enak untuk Hari Raya, sambutan ulang tahun kelahiran dan banyak lagi acara istimewa.
Selain resipi bertema keju, anda juga boleh memuat turun pek stiker WhatsApp hari Keju Tom and Jerry (Tom and Jerry’s Cheese Day WhatsApp) di https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com. Cartoon Network juga menyediakan video masak bersama untuk membantu mengasah bakat kulinari anda.
Kredit foto: Cartoon Network
Apalah maknanya Tom and Jerry tanpa keju? Selama lebih daripada 80 tahun, keju telah menjadi matlamat utama Tom yang tidak pernah berjaya dalam rutin memburu tikus. Hirisan keju yang terjuntai dari tali, yang diletak di dalam perangkap tikus, benar-benar menjadi kryptonite Jerry. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan Tom yang satu hari nanti dia akan berjaya, catatan rekod kegagalan Tom untuk menangkap musuh dalam selimutnya itu memang mengagumkan. Kasihan Tom!
Kredit foto: Cartoon Network
Jadikan ia sebagai cabaran percutian musim panas di rumah anda, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever.
Terokai juga seksyen Gymsville with Tom and Jerryuntuk merangsang jantung anda berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori dari kek keju yang enak itu!
Bila sebut Malaysia, ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan. Malah Malaysia juga disebut ‘syurga’ makanan.
Sebut sahajalah apa-apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media sosial hari ini, pastinya mendapat sambutan.
Namun begitu, sayang seribu kali sayang apabila makanan Malaysia gagal menempatkan diri dalam senarai 10 Hidangan Mee Paling Popular Pilihan TasteAtlas di Asia Tenggara, yang dikeluarkan pada 24 Disember 2022.
Sebaliknya, Laksa Indonesia dan Char Kway Teow Singapura tersenarai dalam kedudukan 10 menu mee paling popular di Asia Tenggara.
Manakala Pho Vietnam mendahului di kedudukan pertama dan Pad Thai Thailand di tempat kedua.
Meskipun begitu, kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia masih tersenarai dalam senarai 50 Hidangan Paling Popular TasteAtlas di Asia Tenggara.
Buat pengetahuan pembaca RASA, laman sesawang TasteAtlas memaparkan panduan kembara dan pengalaman yang mengumpulkan makanan tradisi, resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan juga artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari seluruh dunia.
Jom kita lihat senarai ‘top 10’ hidangan mee di Asia Tenggara dan di manakah kedudukan Malaysia tercinta kita:
Berita baik buat para penggemar biscoff, Cinnabon kini telah memperkenalkan Siri Lotus Biscoff yang terdiri daripada satu Cinnabon dan dua minuman, disemai dengan rasa Lotus Biscoff yang cukup lazat.
Produk pertama dalam siri ini adalah Lotus Biscoff Cinnabon baharu. Ciptaan baharu ini menggabungkan roti gulung cinnabon yang ikonik dengan kekayaan karamel Lotus Biscoff. Cinnabon Malaysia telah mencipta frosting keju krim berperisa Lotus Biscoff, bersama-sama dengan karamel mewah dan serbuk biskut Lotus Biscoff. Gabungan ini menjanjikan hidangan yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga dan rakan-rakan.
Boleh didapati dalam saiz klasik dan mini, Lotus Biscoff Cinnabon ditawarkan untuk masa terhad, menawarkan gabungan keselesaan dan kemeriahan perayaan yang menggembirakan di dalam satu hidangan yang lazat, menjadikannya ideal untuk dimakan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.
Siri Lotus Biscoff juga memperkenalkan dua minuman baharu iaitu Lotus Biscoff Latte dan Lotus Biscoff Chillatta®. Minuman ini menonjolkan rasa Lotus Biscoff yang istimewa dan menjanjikan pengalaman minuman yang penuh kenikmatan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.
“Kami teruja untuk membawakan rasa segar dan lazat ini kepada rakyat Malaysia, membolehkan mereka menikmati pengalaman baharu untuk isi rumah mereka. Dengan pengembangan kami yang berterusan di seluruh Malaysia, kami berharap dapat mencipta pengalaman rasa terbaik untuk peminat-peminat kami dan berharap semua orang berkongsi lebih banyak detik-detik manis dengan kami,” kata Andy Chaw, Pengasas AC Hesed Group.
Kunjungi Cinnabon di The Exchange TRX, Nu Sentral, Sunway Pyramid dan IOI City Mall dan rasai sendiri siri Lotus Biscoff terbaharu daripada Cinnabon ini! Anda pasti terpukau dengan kelazatannya!